Kod 05 BSH (Kod Tidak Lulus Bantuan Sara Hidup 2020)


Kami faham. Memang mengecewakan jika masuk-masuk sahaja portal Bantuan Sara Hidup untuk buat semakan, tiba-tiba mendapat status TIDAK LULUS dengan kod 05 BSH.

Apa maksudnya? Dan apa yang perlu dibuat?

Maksud Kod 05 BSH

Kod 05 adalah salah satu kod tidak lulus BSH 2020.

Untuk makluman, status Kod 05 yang didapati dalam sistem Bantuan Sara Hidup bermaksud semakan rekod agensi-agensi Kerajaan di Malaysia mendapati pendapatan anda sebagai Pemohon / Pasangan adalah melebihi RM4,000

Ini boleh berlaku apabila:

  • Anda bekerja di dua syarikat atau lebih
  • Anda mempunyai perniagaan atas nama sendiri

Pembuktian Pendapatan

Apabila anda menerima kod 05 BSH, untuk mudah faham, anda sebenarnya tidak layak. Ini kerana gaji RM4,000 itu sudah dikira banyak dan tidak menepati kriteria permohonan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Mungkin ada memohon dahulu, anda letakkan pendapatan yang rendah. Namun, rekod dari agensi kerajaan yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia mendapati anda sebenarnya bergaji tinggi.

Untuk makluman, anda tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ini kerana semakan pendapata dilakukan secara terus dengan agensi yang telah
dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Anda juga tidak perlu buat rayuan BSH kerana sememangnya tidak layak.

 

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup

Buat masa ini, walaupun menerima status Kod 05 BSH, anda hanya perlu buat rayuan sahaja terlebih dahulu. Lulus atau tidak, itu di luar bidang kami.

Kami akan kemaskini ruangan ini jika tarikh keputusan rayuan BSH dimaklumkan oleh Kerajaan.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan rayuan BSH kali ini, sila hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup di bawah:

  • 1-800-88-2747

 

Akhir kalam

Penerangan kod 05 BSH ini adalah berasaskan dokumen KOD TIDAK LULUS BSH 2019 DAN DOKUMEN SOKONGAN yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada tahun 2019.

Boleh muat turun melalu laman rasmi LHDN di sini atau yang kami simpan di sini.

Kami membuat andaian bahawa pada tahun 2020, LHDNM menggunakan kod yang sama juga.

Sekiranya kami salah mohon perbetulkan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment