Kenapa Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki? Apa Tandanya?


Kenapa perempuan tawar hati dengan lelaki? Bagi orang lelaki, memang susah nak jawab soalan ini.

Ramai lelaki yang tak faham tabiat orang perempuan. Selalunya, apabila orang perempuan ini terasa hati atau tawar hati, dia tak akan marah. Dia rela diam seribu bahasa.

Namun, itu ialah reaksi apabila dia sudah tawar hati.

Tahu tak apa sebabnya?

Kenapa perempuan tawar hati

Kenapa perempuan tawar hati

Tawar hati perempuan juga agak complicated.

Secara asasnya, ada tiga golongan lelaki yang mungkin termasuk dalam kategori yang perempuan mungkin tawar hati:

  • Suami
  • Tunang
  • Kawan / teman lelaki (boyfriend)

Kami akan cuba gabungkan kesemuanya.

Perempuan tawar hati bila tahu lelaki curang

Ini adalah sebab yang paling utama.

Kalau sudah kata suka dan sayang kita, kenapa mesti nak berhubungan dengan perempuan lain?

Baik yang belum berkahwin atau belum, ini bukanlah satu perlakuan yang baik. Bila curang, macam-macam perkara yang bermain dalam benak fikiran orang perempuan.

Dia tak sanggup berkongsi.

Akhirnya, ramai yang minta untuk berpisah.

 

Perempuan tawar hati dengan lelaki yang suka menipu

Kalau kena tipu sekali, mungkin boleh tahan lagi.

Kalau sudah kali ke 12, mungkin bukan satu petanda yang baik.

Namun, akibat sayang, ada juga perempuan yang sanggup bersama dengan lelaki penipu.

Contohnya, sudah kahwin dikata bujang. Kata ada duit, tapi sebenarnya pokai.

Macam-macam perangai lelaki.

 

Tak serius dalam perhubungan

Tak salah berkawan. Tapi kenapa mesti lama-lama macam tak ada ikatan perhubungan?

Lelaki, kalau dia betul-betul suka akan seorang perempuan itu, dia akan terus jumpa mak ayah dia. Dia akan minta izin untuk menyunting si gadis itu menjadi suri hatinya.

Jadi, kalau tak serius dan hanya mahu couple sahaja, buat apa?

 

Perempuan tawar hati dengan lelaki ego

Sebelum itu, baca dahulu sebab kenapa lelaki ego. Baru boleh mudah untuk faham kenapa perempuan tawar hati dengan lelaki jenis ego tak bertempat.

Tak kiralah sudah berkahwin atau tidak, kadang-kadang ego lelaki terlalu tinggi. Asyik dia sahaja yang betul.

Ini akan membuatkan perempuan terasa hati dengan sikap sebegitu.

 

Lelaki banyak hutang

Ini penting bagi yang sudah berkahwin. Biasalah, duit itu penting untuk sama-sama digunakan untuk keluarga.

Lelaki janganlah buat pinjaman sana sini hingga membebankan isteri.

Akhirnya, setiap bulan duit gaji banyak habis untuk bayar hutang sahaja.

 

Selalu kena marah

Sama seperti kena tipu.

Kalau sekali kena marah, mungkin orang perempuan anggap itu salah dia. Dan si lelaki itu berhak untuk marah dia.

Tapi kalau sudah berkali-kali, kadang-kadang ia akan membuatkan si perempuan itu tertanya-tanya dan bermonolog sendiri “Teruk sangat ke aku sampai selalu sangat kena marah?”

Buat silap sedikit, pun kena marah.

Lama-lama, hati pun jadi parah.

 

Selalu kena abai

Percaya tak, rasa kena abaikan ini lebih teruk dari kena marah?

Kalau kena marah, paling tidak si lelaki itu bercakap juga dengan kita.

Bila kena abai, depan mata pun buat tak tahu.

Perasaan kena abai, sudah nak digambarkan dengan perkataan.

Hanya yang pernah rasa akan faham.

 

Perempuan tawar hati dengan lelaki yang tak boleh buat keputusan

Hari ini dia kata lain, esok dia kata lain pula. Lelaki jenis ini ialah lelaki yang tak tetap pendirian.

Kita dah bincang elok-elok, tapi akhirnya lelaki ubah perancangan asal.

Keputusan pula dibuat di saat akhir tanpa persetujuan.

 

Akhir kalam

Perempuan, sekali dah tawar hati, susah untuk dia kembali kepada keadaan normal. Lelaki kena rajin baca seperti di psiloveyou.xyz yang menyenaraikan bagaimana si lelaki boleh mengambil kembali hati si perempuan.

Bukannya apa.

Biasalah, kalau hati sudah tawar, letaklah sebanyak mana gula dan madu sekalipun, hatinya tetap tawar.

Jadi, buat lelaki di luar sana, hati-hati.

Jaga hati dia, hati kita pun bahagia.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • isteri bukannya orang gaji quoters

Leave a Comment