Kenapa iPhone Tak Boleh On (Mati & Tidak Boleh Start)

Geram rasa bila iPhone tak boleh dihidupkan. Dalam otak, akan mula berfikir berapa banyak duit perlu dikeluarkan untuk baiki nanti. Usah risau, jemput baca kenapa iPhone tak boleh on langsung dahulu.

Selepas itu, baru boleh fikirkan samada perlu dibaiki atau beli baru.

Sedikit mengenai iPhone

iPhone ialah telefon pintar yang direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple. Peranti ini boleh berfungsi sebagai telefon kamera, pemain multimedia mudah alih, dan klien internet untuk emel dan melayari web.

Telefon multimedia ini tidak menggunakan kekunci fizikal tetapi dilengkapi dengan skrin sesentuh dengan kekunci maya. iPhone menggunakan sistem operasi yang dikenali sebagai iOS. Pelbagai versi iPhone telah berjaya dijual dan yang terkini, iPhone 11 Pro telah dilancarkan pada September 2019, dan telah mula dijual kepada pengguna.

Masalah iPhone

Bagi anda yang sudah mempunyai iPhone, anda pasti akan menjangkakan bahawa ia akan berfungsi dengan elok. Walau bagaimanapun, sejauh mana canggihnya dan kebolehan peranti telefon pintar anda, ia tetap akan mempunyai masalah dari semasa ke semasa.

Telefon pintar menjadi cepat panas, aplikasi tiba-tiba lagging, telefon anda tidak boleh dihidupkan dan sebagainya. Dalam artikel ini, akan dikongsikan sebab-sebab iPhone anda tidak boleh dihidupkan, ataupun dalam bahasa mudah, tidak boleh turn on, berserta dengan cara untuk mengatasinya.

Kenapa iPhone tak boleh on?

Bateri atau charger ada masalah

Pertama sekali, masalah ini adalah berkaitan dengan pengecasan telefon anda. Masalah ini akan timbul apabila iPhone anda tidak dapat dihidupkan atau tidak boleh dicas. Ia mungkin berpunca daripada bateri telefon pintar anda ataupun pada proses pengecasan. Untuk memeriksa masalah ini, anda boleh ikuti langkah-langkah ini:

  • Gunakan kabel USB Apple dan power adapter, cas iPhone anda selama sejam.
  • Lihat pada skrin iPhone anda selepas sejam, sekiranya tiada ikon menunjukkan bahawa telefon anda sedang dicas, periksa kabel USB Apple tersebut, sama ada boleh digunakan untuk iPhone yang lain. Sekiranya kabel tersebut yang bermasalah, gunakan kabel lain yang berfungsi.
  • Untuk pilihan lain, cuba gunakan iTunes pada komputer anda dan sambungkan dengan iPhone anda menggunakan kabel yang berfungsi. Sekiranya komputer anda dapat mengesan iPhone anda, anda akan dapat lihat status pengecasan bersebelahan dengan nama iPhone anda, tertera di komputer anda.
  • Sekiranya iPhone anda tidak mengecas, masalah mungkin adalah pada bateri. Jangan cuba sendiri untuk gantikannya dengan yang baru, sebaliknya minta bantuan pada Apple Support atau mana-mana Apple Store yang terdekat.

 

Suhu sekeliling tak sesuai

Selain itu, masalah iPhone anda tidak boleh dihidupkan juga berpunca daripada suhu iPhone anda. iPhone dibangunkan untuk beroperasi dengan lancar dalam keadaan suhu yang tertentu, iaitu sekitar 32-95 Fahrenheit, ataupun sekitar 0-35 darjah Celsius.

Sekiranya suhu sekeliling adalah lebih panas ataupun lebih sejuk daripada julat suhu ini, maka tidak mustahil iPhone anda mampu bermasalah.

Hal ini kerana suhu sekeliling ini juga mampu mempengaruhi suhu bahagian dalaman iPhone anda, misalnya apabila suhu menjadi terlampau panas. Disebabkan peranti iPhone anda juga menggunakan besi, maka iPhone anda mampu menjadi pengalir haba yang baik, memudahkannya menjadi panas sekiranya suhu sekeliling meningkat. Tanda-tanda awal yang terjadi pada iPhone anda apabila mula menjadi panas:

  • IPhone anda berhenti mengecas
  • Skrin iPhone anda menjadi malap
  • Notifikasi akan naik menyatakan suhu iPhone anda meningkat
  • Beberapa program akan ditutup secara tiba-tiba

Pemanasan atau penyejukkan melampau pada bahagian dalaman iPhone ini akan menyebabkan iPhone anda akan ‘tidur’ atau terpadam seketika sehingga suhu sekeliling menjadi normal.

Sekiranya iPhone anda menjadi terlampau panas dan tidak boleh dihidupkan, anda perlu bawa peranti anda itu jauh daripada matahari dan biarkan ia di tempat yang lebih sejuk.

Sekiranya iPhone anda menjadi terlampau sejuk, bawa ia ke tempat yang lebih panas. Kemudian, cuba hidupkan iPhone anda.

 

Skrin blackout

Punca lain yang membawa kepada masalah ini adalah pada skrin. Kemungkinan skrin anda telah ‘mati’, ataupun perisian yang bermasalah. Anda boleh cuba untuk meminta sesiapa untuk menelefon anda.

Sekiranya iPhone anda berbunyi tetapi tiada apa yang tertera pada skrin, maka iPhone anda tiada masalah, tetapi anda perlu manggantikan skrin iPhone anda. Jangan cuba untuk gantikannya sendiri, sebaliknya minta bantuan pada yang profesional di mana-mana Apple Store yang berdekatan.

Dalam sesetengah kes, penggantian skrin terkandung dalam warranty semasa pembelian iPhone, maka anda boleh menggantikan skrin anda secara percuma.

 

iPhone tak boleh on sebab masalah perisian iOS

Di samping itu, iPhone anda tidak boleh dihidupkan, mungkin berpunca daripada masalah software crash, ataupun masalah pada perisian. Anda boleh cuba membaikinya sendiri menggunakan kaedah hard reset, ataupun rujuk bantuan daripada Apple Storeyang berdekatan sekiranya kaedah hard reset tidak berkesan. Faktor terakhir yang membawa kepada masalah iPhone anda tidak boleh dihidupkan adalah kerana perkakasan yang tidak berfungsi (hardware malfunction).

Telefon iPhone diperbuat daripada gabungan kaca, besi dan plastic. Ia mudah untuk dirosakkan. IPhone anda tidak akan bolh dihidupkan sekiranya terjadi hentakan pada badannya, sama ada terjatuh, dihempap ataupun terkena air.

Anda perlu menghubungi Apple Support untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan. Sama ada masalah ini membawa kepada CPU ataupun bahagian motherboard, kerosakan daripada air ataupun masalah lain, hanya pihak Apple Support sahaja yang mampu memberi panduan terbaik kepada anda.

Akhir kalam

Persoalan kenapa iPhone tak boleh on langsung sudah dijawab di atas. Sekiranya iPhone hang, juga perlu tengok simptom yang sama.

Kalau mahu lebih lanjut, boleh baca penerangan rasmi di laman web Apple.

Apabila ia tidak boleh dihidupkan, pasti akan menyusahkan diri sendiri. Jadi, adalah disyorkan untuk anda membuat backup secara berkala pada peranti anda. Sekurang-kurangnya, apabila iPhone anda tidak boleh dibaiki, data anda masih tersimpan dan anda mampu untuk mendapatkannya kemudian menggunakan peranti lain.

Diharapkan senarai faktor di atas dapat membantu anda.

Semoga bermanfaat.

14 thoughts on “Kenapa iPhone Tak Boleh On (Mati & Tidak Boleh Start)”

  1. Iphone 7 plus saya tak boleh on and charge, saya dah buat recovery mode dan tiada apa berlaku… saya juga dah connect kan iphone kepada itunes, dan itunes tidak dapat kesan iphone 7 plus saya… akan tetapi bila saya guna iphone se saya, itunes dapat mengesannya… apakah sebenarnya masalah pada iphone saya ya huhu

    Reply
  2. Iphone sixplus saya tak hidup, dah masuk tiga hari. Ada waktu nya hritu nampak logo menunjukkan battery low tapi bila dah cucuk USB Cable dia jadi tak menyala langsung 🙁 kenapa

    Reply
  3. Iphone 7plus sy tiba2 mati selepas sy cabut dari cas…sy try on blik tp xberfungsi..bila sy try cas guna usb lain dy tiba on balik , then bila sy masuk password nk bukak dy trus hengg dan mati balik…skrg fon sy terus black screen dan langsung xboleh on..apakah masalah iphone sy tu😭😭😭pliss bg cadangan nk bawak repair ke ape …jnji gambar dan data2 dlm tu xhilangg😭😭

    Reply
  4. kenapa ip6 saya tak boleh bukak telegram? saya dah restart but still tak boleh. saya dah uninstall then amik balik but still same . Apa saya perlu buat ??? adakah ini masalah hp atau aplikasi ??

    Reply
  5. Saya baru tukar bateri utk iphone x saya dan hp asyik terpadam sendiri bila bka beberapa apps..cara untuk on balik cuma boleh cucuk wayar charges..apa masalahnya yaa

    Reply
  6. Iphone 6s saya tak bole on even dh hantar repair pun terus tak bole on dh..sbab iphone saya pernah kena hempas ex husband saya..

    Reply

Leave a Comment