Kemaskini Permohonan MITI 2021 (Update Maklumat CIMS 3.0)

Kemaskini Permohonan MITI 2021 (Update Maklumat CIMS 3.0)

Jika anda termasuk dalam senarai essential services yang dibenarkan beroperasi, ikuti cara untuk kemaskini permohonan MITI dalam CIMS 3.0. melalui notification.miti.gov.my seperti di bawah.

RINGKASAN

  • Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
  • Surat lama hanya boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021 sahaja
  • Permohonan baru CIMS MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/register
  • Ini panduan daftar CIMS MITI
  • Anda mungkin akan lihat paparan ralat berikut:
    • Ralat 500 “CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
    • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
    • Apa perlu buat? Tunggu sahaja dan cuba lagi
  • Selepas daftar dan mohon, status akan tukar kepada Baharu
  • Tunggu sehingga status bertukar kepada Lulus
  • Jika Lulus, sila print surat kebenaran MITI
  • Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 – 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.
  • Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.
  • Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
  • Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0  di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl

1. Login CIMS MITI 3.0 untuk kemaskini MITI di notification.miti.gov.my

Kami andaikan anda sudah mendaftar sebelum ini. Jika belum, sila baca panduan berkenaan cara login MITI dan proses pendaftaran seperti di atas.

Seterusnya, sila ikuti langkah-langkah ringkas ini:


  1. Layari laman web rasmi CIMS 3.0 MITI di sini: https://notification.miti.gov.my
  2. Masukkan email di ruangan Emel
  3. Masukkan password anda di ruangan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk

 

2. Kemaskini permohonan MITI dalam sistem CIMS 3.0

Sila ikuti panduan ini hanya selepas berjaya login ke dalam sistem:

  1. Pastikan anda berjaya login di https://notification.miti.gov.my
  2. Klik Dashboard
  3. Klik Borang Notifikasi di sebelah kiri
  4. Klik Notifikasi Beroperasi
  5. Anda akan lihat senarai permohonan dengan maklumat berikut:
    • No Notifikasi
    • Nama Syarikat
    • No Pendaftaran
    • Tarikh Hantar
    • Status
    • Kemaskini Pekerja
    • Tindakan
  6. Di lajur atau column Kemaskini Pekerja, klik butang Kemaskini
  7. Sila kemaskini maklumat pekerja yang dikehendaki

 

 

3. Cara print surat kebenaran MITI CIMS 3.0 (Approval Letter)

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:


  1. Pastikan anda sudah berjaya Log Masuk melalui https://notification.miti.gov.my
  2. Klik Borang Notifikasi di sebelah kiri
  3. Klik Notifikasi Beroperasi
  4. Anda akan lihat senarai permohonan dengan maklumat berikut:
    • No Notifikasi
    • Nama Syarikat
    • No Pendaftaran
    • Tarikh Hantar
    • Status
    • Kemaskini Pekerja
    • Tindakan
  5. Di lajur atau column Tindakan, klik butang Papar
  6. Sila print borang kebenaran

 

4. Berapa lama tunggu kelulusan dari status Baharu ke Lulus?

Menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan sehinga 72 jam iaitu 3 hari. Untuk kepastian, sila hubungi pihak MITI sendiri.

 

5. Senarai ralat semasa daftar CIMS MITI 3.0

Berikut ialah beberapa ralat yang mungkin ada lihat ketika buat permohonan untuk terus beroperasi:

Ralat 500

  • CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.

 


Error 503 Backed fetch failed

  • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0

 

Transaksi tidak sah

  • Maaf, kami masih belum pasti kenapa berlaku ralat ini

 

Pendaftaran tidak berjaya

  • No Kad Pengenalan / Passport 800101-01-XXXX telah berdaftar

 

 

Apa perlu buat?

Memandangkan ramai sangat yang cuba untuk login, daftar dan kemaskini untuk mendapatkan kebenaran, trafik menjadi sangat sesak.

Cuba mohon lagi semasa waktu kurang sesak.

Kami cadangkan, jam 12 malam dan ke atas.

 

Akhir kalam

Jalan salahguna permohonan syarikat untuk terus beroperasi semasa Total Lockdown 3.0 ini.

Terus patuhi SOP. Sambil cari rezeki, sambil-sambil jaga kesihatan.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Kemaskini Permohonan MITI 2021 (Update Maklumat CIMS 3.0)

11 thoughts on “Kemaskini Permohonan MITI 2021 (Update Maklumat CIMS 3.0)”

  1. bagaimana jika telah mendaftar tetapi baru parasan ejaan nama syarikat tersalah taip. bagaimana nak ubah?(status permohonan: baharu)

    Reply
  2. Salam and Good Day,

    Nama saya Chai Teck Seng, saya telah pendafatanan operasi perniagaan sepanjang PKP MCO 3.0 sampai sekarang belum dapat surat Lulus lagi. Ini No Notifikasi : 0-02052244 dan nama syarikat SPARKLING WONDERS PLT , minta tolong boleh secepat mungkin dapat surat Lulus ini.

    Sekian Terima Kasih.

    Reply
  3. Saya harap tuan/puan boleh meluluskan perhomonan surat miti. Syarikat saya merupakan seuah kedai tayar lori dan bengkel lori.
    tiap pagi ada customer call kata tayar pecah, tukar tayar, buat alignment mau pergi puspakom,tapi saya tak boleh beroperasi kerana tak ada surat miti. jadi saya harap tuan/puan boleh meluluskan surat miti syarikat.

    No rayuan O-00858359 (1/6/21)
    No peohonan O-1883768 (3/6/21)
    No pemohonan O-02325363 (4/6/21)

    Reply
  4. Tuan/Puan

    No Permohonan O-02948496, pemohonan berkali-kali,masih diterima,
    Saya mohon tuan/puan meluluskan secepat mungkin kerana setiap hari
    Pelanggan saya meminta bilakah boleh
    menghantar ALAT GANTI MOTORSIKAL:
    seperti tayar,starter coil,batteri dan lain-lain alat ganti motorsikal.
    saya sebagai perkhimatan food panda ,grad food ,
    dan lain-lain pengangkutan motorsikal.
    Disampingnya, Saya pun menghadapi masalah kewangan jika
    saya tidak dapat menjalankan perniagaan.
    Kerjasama tuan kepada perkara diatas sangat dihargai. Terima Kasih dan semoga sihat.

    Reply
  5. Saya harap tuan/puan boleh meluluskan permohonan surat miti 3.0.syarikat saya merupakan sebuah bengkel kereta dan truk tunda,selalu customer call untuk tarik kereta luar daerah dan negeri.tetapi sy tidak boleh beroperasi.saya harap tuan puan boleh meluluskan surat miti syarikat

    Reply
  6. Tuan/Puan

    Saya harap tuan/puan boleh meluluskan permohonan surat miti 3.0. syarikat isteri saya. Syarikat kita buat cetakan dan pembungkusan. Customer kita banyak di sektor makanan dan restoran sebagai PediaSure, Secret Recipe, Restoran Porto Romano, LI Restoran, Restoran Choong Kee Kampar Claypot Rice dan lain-lain lagi.

    No Notifikasi : O-00791486
    Nama Syarikat : TITLE DESIGN
    No. Pendaftaran : 200203074925
    Tarikh Hantar : 2021-05-31

    Kita sudah menghadapi masalah kewangan dan kerjasama tuan/puan kepada perkara diatas sangat dihargai. Terima Kasih dan semoga sihat.

    Reply

Leave a Comment