Ramai yang tidak sabar untuk menerima pembayaran BSH fasa ketiga yang bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai 2020 ini. Sebelum itu, anda perlu pastikan bahawa anda sudah kemaskini BSH terlebih dahulu. Namun, anda hanya perlu update BSH jika ada sebarang perubahan berikut:
- Status perkahwinan termasuk bujang, kahwin, cerai atau kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini
- Alamat emel terkini
- Nombor telefon bimbit terkini
- Alamat rumah terkini
- Maklumat akaun bank terkini
- Maklumat pasangan terkini
- Maklumat anak dan tanggungan terkini
- Maklumat waris
Langkau artikel ini untuk mengemaskini BPN 2.0 dan juga kemaskini BPR 2021.
Sedikit update mengenai BSH
Bagi penerima kategori isi rumah iaitu yang sudah berkahwin, anda akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.
Kandungan
- Cara kemaskini BSH secara online (Fasa 3)
- #1 Kemaskini BSH bujang 2020
- #2 Kemaskini BSH berkahwin 2020
- Kemaskini akaun bank dalam BSH
- Kemaskini nombor telefon dalam MyBSH
- Kemaskini email dalam MyBSH
- Kemaskini status perkahwinan dalam sistem Bantuan Sara Hidup
- Kemaskini maklumat anak dalam portal Bantuan Sara Hidup
Cara kemaskini BSH secara online (Fasa 3)
Untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan, kami sarankan tidak perlu isi borang secara manual untuk proses update ini. Hanya perlu kemaskini melalui portal My BSH.
Berikut ialah cara untuk kemaskini permohonan BSH yang telah dibuat sebelum ini melalui portal MyBSH.
- Layari portal rasmi MyBSH di sini: https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru yang mempunyai 12 digit
- Tidak perlu masukkan “-” iaitu dash atau sempang
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan atau MyKad ialah 860606-06-5555, sila masukkan 860606065555 sahaja
- Tekan butang Semak
- Anda kini sudah berjaya login ke dalam sistem MyBSH
Kami tidak akan memperincikan cara kemaskini Bantuan Sara Hidup satu demi satu. Ini kerana proses kemasini adalah cukup mudah.
Sebagi nilai tambah, kami akan kongsikan beberapa senario yang selalu terjadi pada pemohon yang ingin buat kemaskini.
#1 Kemaskini BSH bujang 2020
Jika anda masih lagi bujang iaitu belum berkahwin, tidak banyak yang perlu dilakukan.
Anda hanya perlu update bahagian berikut:
- Maklumat Pemohon seperti alamat, nombor telefon bimbit dan email hanya jika ada pertukaran
- Maklumat Bank Pemohon (Akaun Persendirian) hanya jika ada perubahan
- Maklumat Waris hanya jika ada perubahan
- Tidak perlu buat apa-apa di bahagian Maklumat Pasangan dan Maklumat Anak
- Namun, jika dulu bujang sekarang sudah berkahwin, sila kemaskini bahagian Maklumat Pasangan
Maklumat lanjut untuk kemaskini setiap bahagian ada di bawah.
#2 Kemaskini BSH berkahwin 2020
Walau bagaimanapun, jika anda sudah berkahwin, ia sedikit rumit.
Anda perlu update bahagian berikut:
- Maklumat Pemohon seperti alamat, nombor telefon bimbit dan email hanya jika ada pertukaran
- Maklumat Bank Pemohon (Akaun Persendirian) hanya jika ada perubahan
- Maklumat Waris hanya jika ada perubahan
- Maklumat Pasangan iaitu berkaitan status perkahwinan
- Maklumat Anak kandung atau anak angkat
- Jika dulu anda berkahwin tetapi sekarang sudah bercerai, sila kemaskini
- Jika dulu anda berkahwin tetapi pasangan sudah meninggal dunia, anda juga perlu update
Maklumat lanjut untuk kemaskini setiap bahagian ada di bawah.
Kemaskini akaun bank dalam BSH
Dalam banyak-banyak bahagian yang perlu dikemaskini, akaun bank adalah perkara yang paling penting sekali.
Jika anda tersilap mengisi nombor akaun bank semasa permohonan tempohari, sila update secepat mungkin.
Antara perkara yang penting di sini ialah:
- Sila buat semakan nombor akaun bank betul-betul
- Walaupun sudah semak sebelum ini, semak sahaja berkali-kali
- Sila pastikan kemaskini nombor akaun bank anda yang terkini sahaja
- Ini bermakna, ada perlu pastikan akaun bank anda masih lagi aktif
- Kegagalan untuk update akaun bank yang aktif dan terkini akan menyebabkan masalah dalam proses pengkreditan duit BSH
- Sebagai contoh, dulu anda letak akaun Maybank dalam permohonan BSH
- Walau bagaimanapun, kini sudah tidak lagi aktif kerana sudah lama tidak melakukan apa-apa transaksi
- Ada potensi untuk anda terima status BSH Gagal Kredit
- Apa maksudnya? Ini bermaksud duit pembayaran BSH yang patut diterima tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberikan tadi
- Jadi, sebagai contoh, jika anda ada akaun BSN, sila kemaskini maklumat bank dari Maybank ke akaun BSN yang masih aktif
- Lebih bagus lagi, akaun BSN yang anda boleh login online
- Ini kerana, jika duit BSH sudah masuk, anda boleh semak baki BSN secara online tanpa perlu tunggu apa-apa notifikasi melalui SMS atau email
Kemaskini nombor telefon dalam MyBSH
Kini, apabila sudah masuk ke dalam sistem MyBSH, anda perlu pergi ke bahagian Maklumat Pemohon. Antara perkara yang penting di sini ialah:
- Kemaskini nombor telefon bimbit jika anda ada tukar nombor telefon baru
- Contohnya, dulu semasa pendaftaran, anda gunakan prepaid U-Mobile
- Namun, sekarang nombor itu sudah tidak lagi wujud kerana sudah expired
- Anda kini gunakan nombor Celcom yang baru
- Maka, anda perlu kemaskini nombor telefon
- Ini adalah penting agar nombor TAC yang akan dihantar oleh sistem boleh diterima
Kemaskini email dalam MyBSH
Ini juga ada di bahagian Maklumat Pemohon.
- Kemaskini email jika email yang lama ada masalah
- Contohnya, dulu semasa pendaftaran, anda gunakan email dari syarikat seperti [email protected]
- Namun, sekarang anda sudah dibuang kerja akibat Covid-19 dan PKP
- Anda kini gunakan email dari Google GMail seperti [email protected]
- Maka, anda perlu kemaskini email yang terbaru
- Ini adalah penting agar segala maklumat terkini dan notifikasi dari sistem MyBSH boleh dihantar
Kemaskini status perkahwinan dalam sistem Bantuan Sara Hidup
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini status perkahwinan terkini.
Untuk kemaskini status perkahwinan terkini, sila lihat bahagian Maklumat Pasangan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk kemaskini BSH di bahagian ini termasuklah:
- Jika dulu bujang, sekarang sudah berkahwin
- Pastikan anda masukkan tarikh perkahwinan
- Jika dulu berkahwin, sekarang sudah bercerai
- Sila maklumkan tarikh perceraian
- Jika dulu pasangan masih hidup, sekarang sudah meninggal dunia
- Sila maklumkan tarikh kematian
Kemaskini maklumat anak dalam portal Bantuan Sara Hidup
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini maklumat berkenaan anak-anak anda. Untuk kemaskini maklumat anak yang terkini, sila lihat bahagian Maklumat Anak.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk kemaskini BSH di bahagian ini termasuklah:
- Jika dulu belum ada anak, sekarang sudah ada anak.
- Jika dulu anda cuma 1, sekarang sudah ada 2 atau lebih
- Masukkan nombor MyKad anak
- Jika anak bawah 12 tahun atau baru lahir, masukkan nombor MyKid anak
- Sila maklumkan juga bahawa senarai anak yang dimasukkan adalah anak kandung atau anak angkat
Akhir kalam
Memang beruntung jadi golongan B40 di Malaysia yang menjadi penerima majoriti bantuan BSH.
Ini kerana penerima BSH juga layak menerima skim perlindungan kesihatan takaful percuma MySalam dan juga skim peduli kesihatan Peka B40. Kami akan kongsikan dalam artikel yang lain nanti.
Apa-apa pun, kami sangat-sangat menyambut baik inisiatif kerajaan yang prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia.
Bagi anda yang yang sedang dalam proses kemaskini BSH, didoakan agar segala urusan anda dipermudahkan. Semoga murah rezeki selalu.
Semoga bermanfaat.
Bagain manak kemas kini bsh
Yes
Mcm mana nk kemaskini bujang ke berkahwin
Bagai mana nak kemas kini bantuan perihatin nasoanal itu
Salah no ikaun
Macam mana saya nak tuai duit bpn saya d bank BSN tidak pernah saya dapat dari pertama
Saya belum dapat
Macam mana nak kemaskan bujang
mcm mna nk update nma ank