Kelas Menulis Online (Kursus Belajar Artikel SEO Malaysia #1)

Penat cari kerja kosong sebagai penulis sambilan, tapi tak dapat-dapat? Ada sebabnya. Sebab paling utama ialah anda tidak mempunyai kemahiran untuk menulis artikel gaya web yang dimahukan. Sebenarnya, tidak ada masalah dengan bakat menulis anda. Hanya perlu diubah sedikit sahaja formatnya agar menepati citarasa. Oleh sebab itu, kami mahu buat kelas menulis online untuk SEO, iaitu khas untuk belajar menulis artikel bagi sesiapa yang berminat.

Ini adalah untuk orang yang nak belajar penulisan gaya web dengan memasukkan elemen SEO. Jika anda sudah handal dan mencari kerja kosong, boleh terus mohon jawatan penulis artikel sambilan.

Kelas menulis online, belajar SEO & tulis artikel (SEO Content Writer)

Kelas menulis artikel SEO

Tujuan palin utama ialah untuk melahirkan lebih banyak Content Writer dalam Bahasa Melayu.

Walaupun hanya sebagai freelance atau part-time, kami yakin anda boleh dapat gaji yang lumayan.

Kriteria untuk sertai kelas penulisan SEO online

  1. Attitude
  2. Attitude
  3. Tahu selok belok membeli domain
  4. Mempunyai domain sendiri (samada .com atau .my; yang penting bukan yang percuma)
  5. Tahu cara setup WordPress
  6. Tahu menggunakan WordPress
  7. Boleh menulis dengan lancar dan laju bak peluru
  8. Attitude
  9. Attitude
  10. Attitude

 

Berapa harga untuk join kursus SEO ini?

  1. Untuk individu, RM 0.00
  2. Ya, percuma
  3. Anggap sahaja ini adalah fardhu kifayah untuk kami lahirkan lebih ramai lagi penulis di bumi Malaysia yang barakah ini
  4. Cuma kami hanya akan pilih mana-mana pemohon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria kami sahaja
  5. Jadi, jangan kecil hati jika tidak terpilih
  6. Tarikh untuk bertemu akan ditetapkan nanti
  7. Harga di atas hanyalah untuk peserta individu sahaja.
  8. Untuk syarikat atau bisnes, kita boleh bincang

 

Apa istimewanya kelas menulis online SEO ini?

  1. Nak belajar tulis buku, ada
  2. Nak belajar tulis novel, ada
  3. Nak belajar tulis skrip, ada
  4. Nak belajar copywriting, ada
  5. Nak belajar menulis untuk Facebook dan Instagram, ada
  6. Nak belajar tulis artikel gaya web untuk Internet, confirm tak ada
  7. Kalau ada pun, yang pandai, hanya pandai dan simpan sendiri
  8. Ataupun malas mahu mengajar yang lain
  9. Yang tak tahu seperti kamu, masih mencari
  10. Jadi, hadirnya kami di sini adalah untuk memberi

 

Apa kelebihan kerja penulis SEO freelance?

  1. Carilah di mana-mana portal mencari kerja, akan ada jawatan kosong ini
  2. Tapi kebanyakannya tak terisi
  3. Ini kerana yang memohon itu tidak tahu format sebenar penulisan yang sepatutnya
  4. Ada banyak kriteria yang perlu difahami dan dihadam sebelum majikan ambil kerja
  5. Gaji pun boleh tahan juga

 

Macam mana nak sertai kursus menulis ini?

Hanya perlu isikan borang di bawah:

  • Hanya yang terpilih akan dihubungi

Semoga bermanfaat.