Kebaikan Jus Delima (Banyak Khasiat & Kelebihan)


Anda sedang terfikir-fikir mahu beli jus delima. Tapi tak tahu apakah kebaikan jus delima yang sebenarnya. Benarkah banyak khasiat dan kelebihannya? Usah bimbang. Kami akan kongsikan sekali cara minum jus delima Gulsan yang anda boleh ikuti.

Langkau artikel ini jika anda mahu tahu kelebihan susu kambing.

Sedikit mengenai jus delima

Sekadar perkongsian, khasiat buah delima telah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba, iaitu negara sekarang ialah Iran. Menurut Wikipedia, ia banyak ditanam di kawasan Mediterranean.

Antara yang paling popular ialah Jus Delima Gulsan yang di import terus dari negara Turki. Namun, bagaimanakah cara minum jus delima Gulsan?

Sebelum itu, tahukah anda bahawa nama saintifik delima ialah Punica granatum? Jus delima ini juga sangat kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus.

Kebaikan jus delima

Kebaikan jus delima

  • Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
  • Membersihkan hati dan urethra
  • Memperkuatkan sistem penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Kebaikan jus delima yang lai ialah boleh mencegah “morning sickness”
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  • Boleh menghilangkan batuk dan kahak
  • Kebaikan jus delima yang ramai orang tidak tahu ialah ia dapat mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan tenaga batin
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
  • Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  • Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  • Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  • Antara khasiat jus delima juga ialah dapat membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  • Untuk ibu mengandung, kebaikan jus delima juga ialah dapat mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  • Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  • Khasiat jus pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

 

Cara minum

Untuk mendapatkan kebaikan jus delima yang sebenarnya, boleh ikut cara minum seperti di bawah:

  • Ambil 1 sudu besar sebelum sarapan
  • Ambil 1 sudu besar sebelum tidur malam
  • Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam, boleh juga dibancuh dengan air
  • Simpan di tempat sejuk

 

Cara makan

Untuk mendapatkan kebaikan jus delima yang sebenarnya, boleh ikut cara makan seperti di bawah:

  • Tidak kiralah anda minum jus atau buah
  • Ia tetap sesuai untuk semua tidak kira lelaki, wanita, tua ataupun muda
  • Sebaiknya diamalkan makan 2 kali sehari
  • Waktu makan adalah 1 sudu pada waktu pagi sebelum makan dan 1 sudu pada waktu malam sebelum makan malam
  • Bagi yang ingin mengurangkan rasa masam boleh juga dicampurkan dengan setengah gelas air dan minum seperti jus
  • Anda akan dapat rasakan kebaikan dan khasiat pati delima seperti jenama Gulsan ini dalam masa 1-3 bulan mengikut individu jika diamalkan
  • Selawat tiga kali sebelum makan
  • Jangan lupa niat sebelum makan dan berdoa kepada Allah S.W.T kerana yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu hanya atas kehendakNya

 

Akhir kata

Khasiat jus delima

Kesihatan kita semua adalah dari anugerah Allah.

Kalau kita teguk bergelen-gelen just delima Gulsan, Pamoga, Bio Emas, Dherbs, Cosway, Yusuf Taiyoob, Giffarine atau  Olive House sekalipun, jika Allah tidak izinkan kita sihat, kita tidak akan sihat.

Banyak-banyak mengingat Allah dalam menghadapi kehidupan seharian.

Minumlah yang asli. Hati-hati dengan yang tiruan kerana ia membahayakan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment