51% Orang Kata, Kasih Sayang Lebih Penting Dari Duit


Hasil dari kaji selidik, terlalu sedikit perbezaannya. Sekitar 2% sahaja. Hanya 49% orang kata, duit lebih penting dari kasih sayang. Manakala 51% orang kata kasih sayang lebih penting dari duit.

Kalau dalam pilihanraya, 2% inilah yang menunjukkan majoriti. Kalau dalam pemilikan syarikat, 51% menunjukkan dia adalah suara majoriti dan memiliki syarikat itu.

 

Apa itu kasih sayang?

Kasih sayang dalam Bahasa Inggeris dipanggil love. Ada juga yang panggil affection. Ramai yang tercari-cari cinta. Tak kurang juga, ramai yang mencari duit.

Bila bercerita tentang cinta, ia sangat luas. Ada kasih sayang Allah, cinta ibu, hubungan suami isteri dan keluarga serta anak-anak.

Yang ramai orang miss dalam kajian ini, mereka terlupa consider dalam meletakkan kasih sayang Allah.

 

Kajian tentang kasih sayang

Kasih sayang lebih penting dari duit

Dalam kes ini, dengan suara majoriti, kami bersetuju bahawa kasih sayang lebih penting dari duit. Ini adalah hasil daripada kaji selidik di Facebook page The Rohani di sini.

Kajian ini melibatkan 6,100 pengundi. Daripada peratusan di atas, maka dalam 3,100 orang memilih cinta. Selebihnya; iaitu 3,000 memilih duit.

Perlu diingatkan, ini ialah kajian rambang secara santai. Mohon tidak mengecam dengan mengatakan ia tiada asas akademik langsung.

Memanglah, ini ialah kajian rawak yang tiada elemen sample size dan significant relationship yang terpakai dalam jurnal dan tesis.

Walau bagaimanapun, jika anda yang membaca ini terlibat dalam kajian secara khusus tentang sains sosial di universiti, boleh sahaja hubungi kami untuk berkolaborasi.

 

Ada kaitan dengan orang bujang?

Bagi orang bujang yang belum ada tanggungjawab, mungkin ada yang menjawab duit lebih penting kerana itulah yang perlu untuk hidup. Kasih sayang akan datang bila ada rezeki bertemu pasangan serasi.

Benar, akan ada orang bujang yang akan kata cinta itu penting kerana bagaimana untuk bekerja lebih keras; untuk dapat motivasi bagi menghalalkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin?

Janganlah kerana terlalu cintakan dia sanggup membenarkan tubuh badan disentuh? Lelaki yang baik, tak akan menyentuh sebelum tiba masanya.

 

Orang berkahwin pula?

Kasih sayan lebih penting dari duit
Jika sudah berkahwin, duit lebih penting?

Dalam kes ini, ia agak sedikit complicated. Duit tersangat-sangat penting kerana ia melibatkan banyak mulut untuk disuap. Terlalu banyak komitmen yang perlu dipikul bersama-sama.

Ada pasangan, tak kiralah suami atau isteri, yang tidak kisah tentang hubungan cinta antara mereka; asalkan belanja untuk kehidupan keluarga dan anak-anak cukup.

Agak sedih bila lihat kemesraan itu sudah semakin hilang hanya kerana hanya mengejar duit. Tidaklah mengatakan mereka mata duitan dan mengejar keduniaan semata-mata; tetapi golongan ini terlalu obses dengan kerjaya hanya atas alasan dia buat semua ini kerana anak-anak.

 

Dari sudut psikologi

Dari sudut psikologi pula, yang diambil dari PsychologyToday; adalah menarik untuk diperhatikan bahawa ramai lelaki lebih suka pasangan yang bergaji lebih rendah daripada yang mereka. Dan ramai juga lelaki yang lebih suka status pekerjaan isteri adalah lebih rendah daripada mereka.

Kenapa ini berlaku?

Ini adalah kerana kebimbangan lelaki tentang harga diri mereka daripada cinta.

Nampak tak di sini? Tiba-tiba ada sesuatu yang lain; iaitu harga diri.

Walau bagaimanapun, kajian ini mungkin menunjukkan bahawa duit dan status juga boleh mempengaruhi cinta. Bukan sekadar kasih sayang.

 

Kenapa kasih sayang lebih penting?

Ya, mereka ini berpendapat bahawa kasih sayang itu lebih penting dari duit kerana ia berkaitan dengan rezeki.

Kasih sayang perlu datang dahulu, barulah ada duit. Rezeki itu akan bertambah berkat apabila keluarga saling melengkapi.

Ada juga pendapat yang mengatakan, cinta itu penting kerana ia akan membuatkan kita lebih berusaha untuk mendapatkan duit.

Duit boleh dicari. Kasih sayang, mana nak beli?

Jika berbalik pada agama, bagaimana pula dengan kasih sayang Allah? Bukankah ia yang paling penting sekali?

 

Kenapa duit lebih penting?

Ada yang berjenaka, dengan adanya duit, maka wujudlah kasih sayang. Benar juga pendapat itu.

Ada seorang ibu yang mempunyai 5 anak yang bersekolah, dia memilih kasih sayang. Dia ada alasannya yang tersendiri.

Ada seorang warga Singapura yang berkongsi tentang ada ibu-bapa di sana yang mengajar anak agar lebih mementingkan duit. Apabila mereka sudah tua dan anak-anak berjaya, mereka ditinggalkan begitu sahaja.

Anak-anak itu terus lupakan ibu bapa. Hidup pun macam member-member, kerana masing-masing hidup dengan hidup masing-masing.

Jadi, adakah duit jalan penyelesaiannya?

 

Berpijak di bumi yang nyata

Ada juga yang berkata, orang yang memilih cinta itu lebih penting itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Zaman ini, realitinya, segala-galanya adalah duit.

Walau bagaimanapun, secara fitrahnya, kasih sayang itu lebih mustahak. Duit tidak boleh menjamin kebahagiaan. Namun duit sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian.

Bukan semua orang kaya tak bahagia.

Bukan semua orang miskin tenang hidupnya.

 

Akhir kata

Kasih sayang ibu

Sebenarnya, soalan ini sangat sukar. Ramai yang berada di atas border line dan sukar membuat pilihan.

Dalam kes ini, kami tidak mencari siapa yang betul, siapa yang salah.

Masing-masing berhak menyuarakan pandangan masing-masing.

Dua-dua sama penting. Bergantung pada bagaimana kita seimbangkannya.

Dalam hidup ini, janganlah hanya cari cinta manusia seperti kasih sayang ibu, suami isteri dan keluarga. Jangan lupa, apa yang lebih penting ialah kasih sayang Allah.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • kata kata cari duit
  • kenapa duit sangat penting
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment