Cara Isi Borang Permohonan IPT Pulang (iptpulang.malaysia.gov.my)


Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terperangkap dan terkandas di kampus kini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada tarikh 27 April 2020 tempohari. Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang belum lagi pulang dan masih lagi berada di kampus, anda dikehendaki isi borang IPT buat permohonan balik kampung semasa PKP ini.

Pengumuman dari MyGCC

Berikut ialah maklumat dari MyGCC di Facebook yang menyatakan bahawa mana-mana pelajar yang bercadang mahu pulang; dan juga yang telah memohon kepada pihak IPT untuk pulang; dikehendaki mengisi maklumat permohon, universiti, alamat semasa dan destinasi.

Sistem pergerakan pulang pelajar balik kampung PKP di https://iptpulang.malaysia.gov.my

Bagi orang biasa yang bukan pelajar IPT, anda dikehendaki buat permohonan Gerak Malaysia untuk rentas negeri.

Cara isi borang IPT Pulang

Permohonan IPT Pulang di iptpulang.malaysia.gov.my/kpt/

Macam mana nak isi borang IPT Pulang untuk balik kampung?

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman rasmi di sini: https://iptpulang.malaysia.gov.my/kpt/
  2. Klik PERMOHONAN di bahagian bawah
  3. Masukkan Maklumat Pemohon seperti dipinta
  4. Masukkan Maklumat Universiti seperti dipinta
  5. Isikan Alamat Kediaman/Kedudukan Semasa
  6. Isikan Maklumat Destinasi
  7. Isikan Maklumat Waris (Destinasi)
  8. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang tertera
  9. Tick pada bahagian Saya mengakui bahawa semua maklumat yang diserahkan adalah betul dan benar. Memberi Maklumat Palsu adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574].
  10. Tekan butang SERAH PERMOHONAN

 

Soalan lazim IPT Pulang

 

 

Berikut ialah antara soalan lazim atau FAQ yang kami kumpulkan berkenaan pergerakan pulang pelajar IPT.

Siapa perlu isi borang permohonan guna sistem IPT Pulang ini?

Permohonan ini perlu dilengkapkan oleh pelajar yang kini berada di kampus/luar kampus sahaja dan ingin pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

 

Adakah pelajar bukan warganegara perlu isi IPT Pulang juga?

Tidak. Sistem ini hanya dikhususkan untuk pelajar warganegara Malaysia sahaja.

 

Kalau rentas negeri, perlu isi borang IPT Pulang atau tidak?

Bagi pergerakan rentas negeri (contoh: Selangor – Kelantan), pelajar perlu mengisi permohonan ini.

 

Kalau TIDAK rentas negeri, perlu isi borang IPT Pulang atau tidak?

Bagi pergerakan dalam negeri (contoh: Shah Alam – Gombak) dan pelajar mempunyai kenderaan motokar  sendiri, pelajar tidak perlu mengisi permohonan ini.

Pelajar perlu dapatkan surat pelepasan daripada pihak IPT untuk pergerakan pulang.

Walau bagaimanapun, jika pelajar tidak mempunyai kenderaan sendiri dan akan balik menaiki bas, pelajar perlu isi permohonan ini.

 

Saya sudah sampai kampung. Perlu isi atau tidak?

Pelajar yang sudah pulang ke kampung tidak perlu mengisi.

 

Saya sudah isi borang lain sebelum ini. Perlu isi lagi borang IPT Pulang ke?

Pelajar tetap perlu melengkapkan borang ini, walaupun sudah mengisi borang lain sebelum ini.

 

Bila tarikh akhir perlu isi borang IPT Pulang ini?

Tarikh akhir bagi penghantaran maklumat pelajar ini adalah sebelum 11.59 malam Rabu 29 April 2020.

 

Bila tarikh perjalanan pulang?

Perjalanan untuk permohonan balik kampung semasa PKP bagi pelajar ini bermula pada 27 April 2020.

Pergerakan ini juga akan dilakukan secara berperingkat. Ini bermakna, pada 27 April 2020, perjalanan membawa pulang pelajar ke kampung bukan dibuat secara serentak.

Perjalanan ini juga hanya ke Zon Hijau sahaja. Jadi, mana-mana pelajar yang kampungnya terletak di Zon Merah, mereka dikehendaki untuk terus tinggal di kampus terlebih dahulu.

 

Bila waktu perjalanan pulang?

Harus diingat, waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam hingga 9.00 pagi sahaja. Ini adalah bagi memastikan perjalanan terkawal.

 

Adakah pelajar perlu jalani saringan Coronavirus COVID-19 terlebih dahulu?

Semua pelajar yang terlibat dalam pergerakan balik kampung akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas. Sila isi borang IPT Pulang sebelum menaiki bas.

Pelajar juga akan dibekalkan dengan topeng muka.

Ibu-bapa juga tidak perlu risau jika anak berpuasa. Perjalan balik kampung semasa PKP akan dibekalkan dengan makanan.

Pelajar juga digalakkan untuk bawa makanan sendiri.

 

Bilakah ketibaan pelajar ke kampung?

Bagi perjalanan pelajar ke kampung atau destinasi yang dituju, pengangkutan akan disediakan oleh IPT sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di daerah destinasi tersebut.

Semua pelajar yang terlibat akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dengan rumah mereka.

Selepas itu, anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan akan menghantar pelajar ke rumah masing-masing.

Ini bermakna, ibu-bapa yang risau akan keadaan anak-anak mereka tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya perlu tunggu pelajar selamat sampai ke rumah.

Adalah dinasihatkan agar semua ibu-bapa tetap tinggal di rumah dan tidak perlu mohon untuk rentas negeri melalui app Gerak Malaysia.

 

Bolehkah balik naik kereta sendiri, tidak naik bas yang disediakan?

Permohonan balik kampung semasa PKP untuk belajar ini tidak terhad kepada pengangkutan bas sahaja.

Bagi mana-mana pelajar yang memiliki kenderaan sendiri, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT dan balai polis berhampiran.

Ini adalah dengan dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan untuk setiap kenderaan.

Walaupun ada beberapa pelajar tinggal di kampung yang sama, mereka tidak dibenarkan naik kereta secara beramai-ramai.

 

Macam mana dengan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang perlu naik kapal terbang?

Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang rindukan kampung halaman, anda tidak perlu bimbang.

Kerajaan akan menyediakan penerbangan pulang kepada pelajar- pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah dan Sarawak.

Sama seperti pelajar di Semenanjung, pelajar hanya akan dibenarkan pulang ke kampung yang diisytiharkan Zon Hijau.

Pelajar-pelajar ini akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh terus pulang ke rumah. Pelajar mesti menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari.

 

Infografik SOP pergerakan pulang pelajar IPT

Berikut ialah ringkasan dan rangkuman Standard Operating Procedure (SOP) dalam bentuk visual mengenai pergerakan balik kampung pelajar-pelajar IPT.

SOP pergerakan pelajar IPT balik kampung

 

Hubungi talian HOTLINE Bilik Gerakan IPT Pulang

Jika anda sebagai pelajar, ataupun ibu bapa yang mahu bertanya lanjut, boleh hubungi nombor di bawah.

Dan jika anda mengalami masalah teknikal untuk isi borang IPT Pulang, juga boleh telefon nombor yang dipaparkan di bawah.

  • 03-8870 6777
  • 03-8870 6949
  • 03-8870 6628
  • 03-8870 6623
  • 03-8870 6124

 

Akhir kalam

Permohonan rentas negeri PKP

Diharapkan agar perkongsian isi borang IPT Pulang untuk pelajar balik kampung semasa PKP ini bakal memberikan kelegaan kepada semua, terutama sekali mak ayah yang rindukan anak-anak.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • permohonan rentas negeri untuk pelajar kampus
  • saya mengakui bahawa maklumat yang diberikan adalah sama seperti yang tertera dalam

3 thoughts on “Cara Isi Borang Permohonan IPT Pulang (iptpulang.malaysia.gov.my)”

Leave a Comment