Cara Halau Cicak Dalam Rumah

Cicak adalah serangga yang sangat kerap dijumpai di dalam rumah. Walaupun kelihatannya kecil dan tidak berbahaya, tetapi kehadiran cicak di dalam rumah boleh menimbulkan masalah bagi kanak-kanak kecil dan haiwan peliharaan. Jika dibiarkan, ia akan menjadi tetamu tidak diingini dalam rumah dan menjadikan perabot sebagai sarang.

Kami tahu, penting untuk mengelakkan cicak masuk ke dalam rumah. Lebih-lebih lagi untuk orang yang geli dengan cicak. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara bagaimana untuk halau cicak dari dalamrumah.

Cara Halau Cicak Dalam Rumah

Cara-cara untuk mengelakkan cicak masuk ke dalam rumah dan menghalaunya adalah seperti berikut:

  1. Letakkan kulit telur di tepi tingkap atau pintu rumah. Cicak tidak suka bau telur, jadi ini akan menjadi penghalang. Gantikan dengan yang baru setiap 3 minggu.
  2. Letakkan serbuk kopi, tembakau, dan air dalam bekas. Gunakan pencungkil gigi atau batang mancis yang digaulkan dengan sedikit minyak pada serbuk ini dan letakkan di tempat yang boleh dimasuki cicak. Dikatakan bahawa cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
  3. Gantung atau letakkan bawang putih atau merah di tingkap atau pintu. Cicak benci bau bawang ini. Anda juga boleh kisar bawang bersama air dan sembur di sekeliling rumah.
  4. Dalam satu bekas, cuba masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air, kemudian masukkan dalam botol spray. Semburkan pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak masuk dan merayap di dalam rumah.
  5. Lekatkan ply paper pada bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat dan dengan mudah anda boleh membuang cicak yang tersekat. Boleh dapatkan di Mr DIY atau mana-mana kedai hardware berhampiran.
  6. Semburkan air sejuk pada cicak. Air yang sejuk akan melumpuhkan gerakan cicak. Tak percaya? Cubalah.
  7. Campurkan air dengan sos Tabasco dan masukkan dalam botol spray. Semburkan di belakang almari, rak dan dinding. Bau yang tajam akan membuatkan cicak lari dan serangga lain tidak berani mendekat. Cuma bagi yang tidak suka mengotorkan rumah, ini tidak sesuai.
  8. Gantung atau letakkan bulu ayam di sekeliling rumah. Dikatakan bahawa cicak gerun dengan burung, jadi ia akan segera menjauhkan diri apabila melihat bulu ayam.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara halau cicak dalam rumah ini akan memudahkan urusan anda.

Harus diingat, walaupun kelihatannya kecil dan tidak berbahaya, kehadiran cicak di dalam rumah boleh menimbulkan rasa geli dan geram pada penghuni rumah. Oleh itu, lebih baik siap-siap melalukan sesuatu untuk mengelakkan cicak masuk ke dalam rumah.

Gunakan salah satu atau kombinasi daripada cara-cara ini untuk mengelakkan cicak masuk ke dalam rumah dan menjaga keselesaan rumah anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment