Geran Khas Prihatin GKP (Permohonan, Kemaskini & Semakan)


Jika anda salah seorang usahawan PKS kecil-kecilan, boleh baca cara permohonan Geran Khas Prihatin yang akan kami kongsikan. Kami juga mengumpulkan semua persoalan yang bermula dari proses pendaftaran, permohonan, kemaskini dan semakan.

Sedikit mengenai Geran Khas Prihatin

Permohonan Geran Khas Prihatin (GPK) MyGCC

Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Ini adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan kepada usahawan-usahawan ini yang terjejas teruk dek pandemik Coronavirus COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja, dan ia berjumlah RM3,000.

Geran Khas Prihatin (GKP)

Permohonan Geran Khas Prihatin GKP

Kelayakan Geran Khas Prihatin (GKP)

Bukan semua orang layak. Jadi, berikut disenaraikan siapakah yang layak untuk buat permohonan

  • Anda mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Anda mestilah individu yang memjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • Jumlah jualan atau perolehan tahuan kurang daripada RM300,000
  • Jumlan pekerja anda kurang dari 5 orang, tidak termasuk pemilik perniagaan
  • Anda berdaftar dengan institusi berikut sebelum atau pada 31 Disember 2019:
    • Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan anda masih lagi aktif semasa permohonan dibuat
  • Buat semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Cara daftar Geran Khas Prihatin (GKP)

Pertama sekali, jangan tersilap. Singkatannya ialah GKP, bukan GPK.

Sebelum mula memohon, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu, untuk mendapatkan ID GKP.

Selepas itu baru boleh buat permohonan baru.

Berikut ialah langkah untuk mendaftar GKP.

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Anda akan nampak dua pilihan iaitu Bantuan Prihatin Nasional yang berwarna biru tua, dan Geran Khas Prihatin yang berwarna ungu
  3. Klik butang Geran Khas Prihatin (GKP) seperti di paparan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad 12 digit
  5. Jangan masukkan sempang (-)
  6. Masukkan nombor sahaja
  7. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 800101-01-5555, masukkan 800101015555
  8. Klik butang Cari
  9. Jika perniagaan atas nama anda wujud, anda akan dibawa ke bahagian Soalan Pengesahan
  10. Jika tidak ada, akan keluar butang PERMOHONAN BARU. Sila rujuk panduan permohonan GKP seperti di bahagian seterusnya.
  11. Kami andaikan perniagaan anda wujud. Sila jawab semua Soalan Pengesahan yang diberikan.
  12. Klik butang Hantar selepas mengisi semua jawapan.
  13. Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk mendaftar akaun untuk mendapatkan ID GKP.
  14. Ini bagi membolehkan anda Log Masuk dan membuat semakan permohonan.
  15. Sila semak Nama, Nombor Kad Pengenalan seperti yang terpapar.
  16. Sila isi Frasa Keselamatan. Anda hany boleh masukkan huruf dan nombor sahaja. Aksara khas dan simbol tidak dibenarkan.
  17. Pilih lima (5) soalan keselamatan berserta jawapan anda.
  18. Klik Teruskan atau Kembali untuk mengubah jawapan.
  19. Sila buat semakan jawapan kepada soalan keselamatan seperti yang terpapar.
  20. Sekiranya berpuashati, klik Teruskan
  21. Pilih Kata Laluan untuk Log Masuk
  22. Sila buat Pengesahan Kata Laluan dengan menaip sekali lagi
  23. Sila ambil maklum bahawa kekuatan Kata Laluan adalah ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang bagus ialah yang berwarna hijau.
  24. Klik Daftar
  25. Pendaftaran akaun GKP anda kini sudah selesai
  26. Anda boleh klik butang Log Masuk sekarang

 

Cara login GKP

Berikut ialah cara untuk login Geran Khas Prihatin (GKP) selepas selesai pendaftaran.

  1. Layari  portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
  4. Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
  5. Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
  6. Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
  7. Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
  8. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
  9. Selepas itu, masukkan Kata Laluan
  10. Klik butang Log Masuk
  11. Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP

 

Cara permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Berikut ialah cara untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP) secara online.

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jika anda belum daftar akaun, sila baca panduan pendaftaran di atas terlebih dahulu
  3. Sila Log Masuk seperti panduan di atas
  4. Klik Daftar GKP
  5. Anda kini berada di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN
  6. Sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan
  7. Teruskan dengan mengisi Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.
  8. Selepas selesai, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  9. Sila buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar
  10. Tekan butang Sahkan Captcha
  11. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  12. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  13. Klik butang Hantar
  14. Mesej makluman penghantaran borang permohonan berjaya akan dipaparkan

 

Semakan GKP

Berikut ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) secara online.

  1. Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jika anda belum daftar buat permohonan lagi, sila baca panduan untuk mohon di atas terlebih dahulu
  3. Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
  4. Klik butang Kemaskini sekiranya anda buat perubahan maklumat
  5. Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
  6. Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
  7. Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
  8. Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
  9. Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP.

 

Akhir kalam

Kemaskini Geran Khas Prihatin GKP

Kepada peniaga atau usahawan PKS di luar sana, manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya.

Benar, bisnes makin sakit. Tapi itu bukan bermakna kita tolak tepi halal haram.

Jangan sesekali menganiaya pekerja dengan tidak membayar gaji.

Jangan pula tidak bayar pembekal dengan apa yang kita sudah ambil.

Berniagalah dengan jujur.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • gerak khas prihatin
  • geran khas prihatin
  • duit gkp tu apa
  • rayuan permohonan gkp
  • rayuan gpk
  • prihatin perkeso KEMAS KINI
  • kemaskini GKP
  • GERAN KHAS PERIHATIN
  • Gerak khas perihatin
  • when can gkp release after kemaskini account

55 thoughts on “Geran Khas Prihatin GKP (Permohonan, Kemaskini & Semakan)”

  1. Permohonan telah berjaya dihantar. Tetapi apabila hendak buat pendaftaran, telah jawap semua lima soalan dan creat password, bila click Daftar, tiada reaksi. Sudah buat beberapa kali, tidak berjaya untuk DAFTAR. Terima kasih.

    Reply
  2. Maklumat entiti perniagaan, untuk bahgian no pendaftaran tu adalah no pndaftaran SSM kan? Kenapa saya tak boleh masukkan code pendaftaran ye?

    Reply
    • Saya nama G.shanmugam a/l Ganeson, tempoh mohon GkP melalui online tetapi tak berjaya simpan data,Hari pergi ke LHDN cawangan kulim,maklum balas dari Pegawai tak boleh buat permohonan baru dalam tempoh rayuan, jika begitu bila akan beri peluang kedua kepada yang tak mohon lagi.jika LHDN tidak benarkan maka bantuan tak dapat walaupun layak dipeolehi.
      Mohon jasa pihak tuan/puan agar cari jalan penyelesaian.,atau beri cara seperti Bpn kepada yang layak.
      Sekian terima kasih

      Reply
  3. Saya Xdapat daftar…soalan semua lepas yg xleps frasa keselmatan tu xleps…xtau nak letak apa dh semua xbolh

    Reply
  4. PERINGATAN! Sila semak jawapan anda.

    Tips: Poskod dan Bandar berdasarkan MyKAD
    Soalan Pengesahan

    SILA MASUKKAN POSKOD
    70200

    SILA MASUKKAN BANDAR

    melaka

    dear

    why im cant register gkp im type many time poskod and bandar cant register why
    pls advise tqvm

    Reply
    • Sudah daftar tpi bila nk cek status klayakn cuma ade psword forget mcm mna cara lain utk nk cek status layak atau x

      Reply
  5. Saya pun menghadapi kesukaran pengesahan MyKad

    Poskod: 81300
    Bandar: Johor Bahru

    Mohon Bantuan !

    Reply
  6. dah banyak kali try mohon .. tp keluar sila masukkan poskod dan bandar.. dah masukkan pon sama tak boleh.. kenapa ya

    Reply
  7. Salam sejahtera.

    Saya seorg pelajar Master (terima RM 200), pada masa yang sama, saya berniaga sejak tahun 2018 lagi dan bayar cukai setiap tahun (OG). Saya memenuhi semua syarat yg tertara. Kalau macam ini, adakah saya masih layak dapat GKP?

    Reply
  8. IC saya ada 11 maksudnya lahir di Terengganu.

    Untuk ruangan poskod dan bandar (perlu ikut ID atau ikut Daftar Syarikat??

    Tak boleh hantar.

    Mohon reply

    Reply
  9. Kenapa saya tidak boleh daftar untuk log in ke gkp? Selepas isi no kp, poskod dan bandar, tiada sebarang tindakan selepasnya.. Mengapa? Bagaimana untuk saya teruskan untuk memohon gkp?

    Reply
    • Sama lah saya nak kemaskini semula gkp saya terlupa nak letak maklumat ssm saya rupanya ada boleh tak saya nak kemaskini semula bantu saya

      Reply
  10. Bila bole tahu keputusan layak ke tak layak? Sbb kami BPN pun tak layak, tapi dapat jawapan terus. Kalau GKP ni pun kita tak dapat, tak akan ada rayuan macam BPN…

    Reply
    • Permohonan lulus tp last minit baru sedar silap bagi no akaun..mksudnya silap bg akaun yg dh lama x pakai..padahal no akaun yg baru lain dr isi borang.mner tu sdgkn 15hb tarikh duit akn dbayarkan..kena pergi lhdn segera atau boleh kemaskini /tukar online akaun baru..mohon pencerahan

      Reply
  11. Sya puas call cawangan LHDN 0389111100 atau 0389111000,lebih daripada 10kli sda…dapat call tp operator cakap sila tunggu dan lagu ddendangkan sementara panggilan diterima,tp lebih 3x lagu d pusing,panggilan saya tetap tidak dsambut,walhal dapat pun d call,krdt lebih rm20 habis…apa masalah tu ya??

    Reply
  12. Permohonan saya dah lulus tapi gagal dikreditkan adakah saya perlu letak no akaun personal? Sebab saya letak no akaun company dalam permohonan

    Reply
  13. Permohonan saya dah lulus tapi gagal dikreditkan Sebab saya letak no akaun company dalam permohonan.Dah kemaskini pun tapi sampai sekarang tak dapat any update’s?

    Reply
  14. Hi nak tanya permohonanan saya telah lulus,tetapai tidak dapat creditkan dalan akaun sebab akaun tidak sah,
    setelah disemak diminta ditukarkan No akaun persendirian (Kemas Kini Akaun) telahpun dibuat pada 23 jun 20
    tetapi sehingga kehari ini belum dicreditkan dalam akan,mohon semakan dan bantuan tuan/puan.

    sekian terima kasih

    Reply
  15. Hi nak tanya permohonanan saya telah lulus,tetapai tidak dapat creditkan dalan akaun sebab akaun tidak sah,
    setelah disemak diminta ditukarkan No akaun persendirian (Kemas Kini Akaun) telahpun dibuat pada 23 jun 20
    tetapi sehingga kehari ini belum dicreditkan dalam akan,mohon semakan dan bantuan tuan/puan.

    sekian terima kasih

    shanmugam a/l Muniandy
    NKP: 591023025591

    Reply

Leave a Comment