Jika ada adalah ibu-bapa yang ingin tahu keputusan dan markah peperiksaan anak di MRSM, boleh dapatkan di eKeputusan secara online.
Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak di Tingkatan 1 dan tidak biasa lagi, boleh rujuk penerangan di bawah.
Apa itu eKeputusan?
Seperti yang diberitahu di atas, ini adalah portal semakan peperiksaan bagi pelajar-pelajar MRSM.
Ia disediakan oleh setiap MRSM itu sendiri, di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan bukannya di bawah Kementerian Pendikan Malaysia (KPM).
Ini bermakna, pautan untuk adalah berbeza-beza dari setiap sekolah. Contohnya, pautan untuk MRSM Taiping tidak sama dengan MRSM Kuantan.
Apa beza dengan SAPS?
SAPS Ibu Bapa online adalah hanya untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini juga termasuk Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia.
Kandungan
Cara login eKeputusan MRSM
Walaupun setiap sekolah mempunyai portal sendiri, cara login lebih kurang sama sahaja.
- Klik pautan untuk MRSM seperti dalam senarai di atas
- Masukkan No Maktab
- Setiap pelajar memang diberikan nombor maktab yang unik dan tersendiri
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Login
- Lihat Dashboard untuk melihat markah setiap pelajaran pada tahun ini
Versi yang mana satu?
Pastikan masuk dengan versi terkini (seperti V 2.0) dan bukannya versi lama (seperti V 1.1).
Versi lama
Contoh pautan versi lama adalah seperti http://www.mrsmgemencheh.edu.my/esppng/login.asp. Nampak tak ada esppng di URL?
Ini bermakna itu ialah versi 1.1.
Jangan gunakan pautan ini.
Versi baru
Contoh pautan versi terkini adalah http://mrsmgemencheh.edu.my/e-keputusan/login.asp. Nampak tak ada e-keputusan di URL?
Jadi, cara paling mudah ialah gunakan URL yang mempunyai e-keputusan dalam URL setiap MRSM terbabit.
Senarai link eKeputusan untuk semua MRSM
Berikut ialah senarai pautan untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak.
eKeputusan MRSM (Utara)
Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri utara iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Nota: Senarai ini masih lagi tidak lengkap. Kami akan tambah dari semasa ke semasa.
MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
Klik http://mrsmkbtsua.com/e-keputusan/login.asp
MRSM Pengkalan Hulu, Perak
Klik http://www.mrsmpengkalanhulu.edu.my/e-keputusan/login.asp
MRSM Gerik, Perak
Klik http://www.mrsmgerik.com/e-keputusan/login.asp
MRSM Beseri, Perlis
Klik http://www.mrsmbeseriperlis.com/e-keputusan/login.asp
MRSM Arau, Perlis
http://www.mrsmarau.edu.my/e-keputusan/login.asp
eKeputusan MRSM (Selatan)
Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
http://mrsmkualaklawang.edu.my/e-keputusan/login.asp
MRSM Serting, Negeri Sembilan
http://mrsmserting.com/e-Keputusan/Login.asp
MRSM Batu Pahat, Johor
http://www.mrsmbpj.com/e-keputusan/login.asp
MRSM Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan
http://mrsmgemencheh.edu.my/e-keputusan/login.asp
MRSM Tun Dr Ismail, Pontian, Johor
http://uppm.mrsmtdi.edu.my/e-Keputusan/Login.asp
eKeputusan MRSM (Pantai Timur)
Bagi memudahkan anda mencari link, kami kategorikan sekolah-sekolah MRSM wilayah Pantai Timur mengikut negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
MRSM Bentong, Pahang
http://www.uppmmrsmbentong.com/e-keputusan/Login.asp
MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
http://www.mrsmpengkalanchepa.edu.my/eKeputusan/Login.asp
eKeputusan MRSM (Tengah)
Bagi memudahkan anda mencari link, kami kategorikan sekolah-sekolah MRSM wilayah tengah mengikut negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.
MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
http://mrsmsubes2u.com/e-keputusan/login.asp
eKeputusan MRSM (Sabah & Sarawak)
Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah
http://uppmtmfs.edu.my/e-keputusan/login.asp
Akhir kalam
Jika anda ibu-bapa, jangan terlalu marahkan anak jika markah keputusannya tidak memberangsangkan.
Jika anda seorang pelajar pula, janganlah mengecewakan ibu-bapa yang berharap sangat agar anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Semoga urusan anda semua dalam pelajaran dipermudahkan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- e keputusan mrsm kepala batas