e Keputusan MRSM (Semakan Markah Peperiksaan Pelajar Online)


Jika ada adalah ibu-bapa yang ingin tahu keputusan dan markah peperiksaan anak di MRSM, boleh dapatkan di e-Keputusan secara online.

Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak di Tingkatan 1 dan tidak biasa lagi, boleh rujuk penerangan di bawah.

Apa itu e-Keputusan?

E keputusan MRSM

Seperti yang diberitahu di atas, ini adalah portal semakan peperiksaan bagi pelajar-pelajar MRSM.

Ia disediakan oleh setiap MRSM itu sendiri, di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan bukannya di bawah Kementerian Pendikan Malaysia (KPM).

Ini bermakna, pautan untuk adalah berbeza-beza dari setiap sekolah. Contohnya, pautan untuk MRSM Taiping tidak sama dengan MRSM Kuantan.

 

Apa beza dengan SAPS?

SAPS Ibu Bapa online adalah hanya untuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini juga termasuk Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia.

 

Cara login e-Keputusan MRSM

Walaupun setiap sekolah mempunyai portal sendiri, cara login lebih kurang sama sahaja.

  1. Klik pautan untuk MRSM seperti dalam senarai di atas
  2. Masukkan No Maktab
  3. Setiap pelajar memang diberikan nombor maktab yang unik dan tersendiri
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Login
  6. Lihat Dashboard untuk melihat markah setiap pelajaran pada tahun ini

 

Versi yang mana satu?

Pastikan masuk dengan versi terkini (seperti V 2.0) dan bukannya versi lama (seperti V 1.1).

 

Versi lama

Contoh pautan versi lama adalah seperti http://www.mrsmgemencheh.edu.my/esppng/login.asp. Nampak tak ada esppng di URL?

Ini bermakna itu ialah versi 1.1.

Jangan gunakan pautan ini.

Versi baru

Contoh pautan versi terkini adalah http://mrsmgemencheh.edu.my/e-keputusan/login.asp. Nampak tak ada e-keputusan di URL?

Jadi, cara paling mudah ialah gunakan URL yang mempunyai e-keputusan dalam URL setiap MRSM terbabit.

 

 

Senarai link e-Keputusan untuk semua MRSM

Berikut ialah senarai pautan untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak.

 

e Keputusan MRSM (Utara)

Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri utara iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Nota: Senarai ini masih lagi tidak lengkap. Kami akan tambah dari semasa ke semasa. 

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

Klik http://mrsmkbtsua.com/e-keputusan/login.asp

MRSM Pengkalan Hulu, Perak

Klik http://www.mrsmpengkalanhulu.edu.my/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Gerik, Perak

Klik http://www.mrsmgerik.com/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Beseri, Perlis

Klik http://www.mrsmbeseriperlis.com/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Arau, Perlis

http://www.mrsmarau.edu.my/e-keputusan/login.asp

 

e Keputusan MRSM (Selatan)

Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan

http://mrsmkualaklawang.edu.my/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Serting, Negeri Sembilan

http://mrsmserting.com/e-Keputusan/Login.asp

 

MRSM Batu Pahat, Johor

http://www.mrsmbpj.com/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan

http://mrsmgemencheh.edu.my/e-keputusan/login.asp

 

MRSM Tun Dr Ismail, Pontian, Johor

http://uppm.mrsmtdi.edu.my/e-Keputusan/Login.asp

 

e Keputusan MRSM (Pantai Timur)

Bagi memudahkan anda mencari link, kami kategorikan sekolah-sekolah MRSM wilayah Pantai Timur mengikut negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

MRSM Bentong, Pahang

http://www.uppmmrsmbentong.com/e-keputusan/Login.asp

 

MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan

http://www.mrsmpengkalanchepa.edu.my/eKeputusan/Login.asp

e Keputusan MRSM (Tengah)

Bagi memudahkan anda mencari link, kami kategorikan sekolah-sekolah MRSM wilayah tengah mengikut negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.

MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

http://mrsmsubes2u.com/e-keputusan/login.asp

 

e Keputusan MRSM (Sabah & Sarawak)

Untuk memudahkan anda mencari pautan, kami buatkan kategori untuk semua negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah

http://uppmtmfs.edu.my/e-keputusan/login.asp

 

 

Akhir kalam

Jika anda ibu-bapa, jangan terlalu marahkan anak jika markah keputusannya tidak memberangsangkan.

Jika anda seorang pelajar pula, janganlah mengecewakan ibu-bapa yang berharap sangat agar anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga urusan anda semua dalam pelajaran dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • e semakan peperiksaan mrsm arau
  • e keputusan mrsm gemencheh
  • e keputusan mrsm serting
  • e semakan keputusan mrsm gemencheh
  • Mrsmkbtsua com
  • semakan markah peperiksaan mrsm
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment