Untuk makluman, sebelum anda buat permohonan GKP 2.0, anda perlu daftar GKP 2.0 terlebih dahulu. Walau, bagaimanapun, ini hanya terpakai untuk perdaftaran baru sahaja. Bagi pengguna yang sudah daftar GKP 1.0 dan terima duit bantuan pada bulan Mei 2020 yang lalu, anda tidak perlu buat apa-apa kerana ini adalah untuk permohonan baru sahaja.
Bagi yang sudah daftar, boleh terus login GKP 2.0 untuk buat semakan.
Cara daftar GKP 2.0
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP 2.0:
- Layari pautan Log Masuk GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
- Anda akan berada di paparan Log Masuk GKP
- Bertenang, memang tidak ada butang Daftar
- Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan baru yang mempunyai 12-digit
- Jangan masukkan sempang (-)
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 920101-01-5555, masukkan 920101015555
- Tekan butang Semak
- Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
- ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
- Klik pautan Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
- Tekan butang Cari
- Akan keluar paparan ini:
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
- Masukkan Captcha seperti yang terpapar
- Tekan butang Semak
Proses daftar GKP 2.0 anda kini sudah selesai. Sila baca panduan selanjutnya untuk buat permohonan GKP 2.0.
Syarat pendaftaran GPK 2.0
Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.
Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.
Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 2.0 adalah seperti berikut:
- Tidak dapat bantuan GKP 1.0
- Warganegara Malaysia
- Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
- Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
- Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
- Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
- Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020
Macam mana nak hubungi LHDN?
Pasti ada antara anda yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses permohonan baru, kemaskini dan semakan GKP 2.0.
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Walau bagaimanapun, jangan pula hubungi LHDN hanya untuk bertanya GKP 2.0 bila masuk. Lebih baik hubungi jika anda mempunyai masalah pengkreditan ke dalam akaun bank.
Akhir kalam
Jangan sia-siakan peluang kedua yang diberi. Daftar GKP 2.0 dan cepat-cepat buat permohonan agar tidak lagi ketinggalan.
Walau amaunnya tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat membantu mana-mana usahawan yang terjejas dek Covid-19 ini.
Semoga bermanfaat.
mohon pertanyaan , bagi pemohon GKP 2.0
pemohon memasukkan maklumat nombor akaun simpanan biasa
atau pemohon memasukkan nombor akaun syarikat ?
terima kasih ,
Sy nak baru daftar gkp
terima kasih bang
Yg yelah berdaftar gkp1. 0
Saya nk dftrkan untuk mak saya tapi kenapa die cakap no ic tak sah ?
baru nak daftar permohonan baru 2.0 sudah ditutup
Bila ada buka pendaftaran baru? Baru nak daftar suda tutup.
saya salahjawab pemahaman operasi perniagaan dgn salah tulis no tlp perniagaan
Bila ada lagi tarikh permohonan baru..saya belum daftar dah tutup permohonan
Semoga ada rezeki lagi untuk kerajaan buka permohonan baru. Tak sempat juga nak daftar dah tutup. Lambat tahu info. InsyaaAllah jika dah tertulis ada rezki insyaaAllah allah permudahkan
baru nak daftar dah tutup.adoii
Apply untuk bapa…ada info 7 Dec buka balik…tapi bila masuk no ic kata dah tutup.
KATA GKP BKAK LAGI SMPAI 21/12/2020 TAPI BILA ISI KATA DAH TUTUP PLAK.. HARI INI BARU 18/12/2020
SUSAH LA MACAM NI…