Check BSH Bujang (Semakan Status Bantuan Sara Hidup 2020)


Kemaskini ini adalah pada 20 Julai 2020. Dikhabarkan bahawa mana-mana pemohon yang telah memohon Bantuan Sara Hidup sebelum ini, anda boleh check BSH Fasa 3 bermula pada 24 Julai 2020.

Jika tidak berjaya, rayuan akan dibuka bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk siaran media rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook.

Cara check BSH bujang online

Berikut ialah cara untuk buat semakan BSH bujang secara online. Walau bagaimanapun, cara ini juga terpakai untuk pemohon yang dalam kategori berkahwin.

  1. Layari laman web rasmi atau portal LHDN di sini: https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Anda akan berada di bahagian Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran BSH 2020
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda yang mempunyai 12 digit
  4. Tidak perlu masukkan “-” atau sempang
  5. Contohnya, jika nombor MyKad anda ialah 901010-10-5555, hanya perlu masukkan 901010105555 sahaja
  6. Selepas itu, tekan butang Carian
  7. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  8. Pastikan masukkan nombor, huruf besar atau huruf kecil seperti yang tertera
  9. Seterusnya, tekan butang Semak.
  10. Tunggu sebentar sementara sistem mencari maklumat tentang semakan BSH
  11. Keputusan semakan Bantuan Sara Hidup 2020 anda terpapar

 

Buat semakan BSH sebelum keluarkan duit di ATM

Bagi mengelakkan kekecewaan, kami sarankan agar anda buat semakan BSH secara online terlebih dahulu. Jadi, anda tidak perlu berulang-alik atau bergaduh dengan pekerja bank kerana duit masih belum masuk.

Jika anda gunakan BSN, klik sini untuk semak baki akaun BSN.

Ini adalah bayaran BSH bujang dan juga berkahwin. Boleh check akaun masing-masing pada tarikh yang dimaklumkan di atas.

 

Jumlah baki pembayaran BSH

Bagi yang tidak ingat berapa sepatutnya duit yang akan diterima dalam Fasa 3 ini, sila rujuk di bawah sebelum check BSH:

Untuk orang bujang:

  • Jika pendapatan di bawah RM2,000, anda akan menerima Bantuan Sara Hidup yang berjumlah RM400

 

Untuk orang yang sudah berkahwin:

  • Jika pendapatan di bawah RM2,000, anda akan menerima Bantuan Sara Hidup yang berjumlah RM600
  • Jika pendapatan di antara RM2,001 – RM3,000, anda akan menerima Bantuan Sara Hidup yang berjumlah RM350
  • Jika pendapatan di antara RM3,001 – RM4,000, anda akan menerima Bantuan Sara Hidup yang berjumlah RM100

 

Untuk makluman, apa yang dinyatakan di atas adalah baki BSH 2020 dan juga Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.

 

Masih belum terima bayaran Bantuan Sara Hidup?

Bagi mana-mana permohonan baru BSH yang layak tetapi masih lagi belum menerima bayaran dalam Fasa 1 dan Fasa 2, jangan bimbang.

Bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 yang tertangguh akan dimasukkan ke dalam akaun sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020 yang dinyatakan sebelum ini.

Pembayaran BSH ini adalah sama seperti sebelum ini. Duit BSH akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Untuk mana-mana individu yang layak namun tidak mempunyai akaun bank, anda boleh ambil secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020 ini.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan semakan BSH kali ini, sila hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup di bawah:

  • 1-800-88-2747.

 

Akhir kalam

Check BSH bujang

Pertama sekali, bagi yang sudah mendapat kelulusan BSH, bersyukurlah. Sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran.

Perlu diingat bahawa ramai lagi yang di luar sana tidak mendapat bantuan ini.

Kalau sudah check BSH tapi belum masuk lagi, bersabarlah dalam menunggu duit pembayaran BSH dari kerajaan.

Apabila ramai pemohon, kita perlu faham dengan proses pembayaran yang akan mengambil masa.

Bagi yang tidak berjaya pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Check BSH Bujang (Semakan Status Bantuan Sara Hidup 2020)”

Leave a Comment