Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Secara Online (eGUMIS)


Anda pasti terdengar-dengar tentang tuntutan wang tidak dituntut, bukan? Tapi, tidak pasti cara membuat permohonan tuntutan tersebut? Izinkan kami kongsikan secara mudah tentang cara tuntut wang tidak dituntut secara online. 

Cara tuntut wang tidak dituntut

Macam mana nak tuntut wang tidak dituntut?

Sebenarnya, mudah sahaja. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah mendaftar dahulu dengan eGUMIS. Secara ringkasnya, sebelum anda buat tuntutan, sila buat pendaftaran untuk login eGUMIS terlebih dahulu.

#1 Cara daftar eGUMIS

  1. Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
  2. Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online.
  3. Klik pada butang Pendaftaran.
  4. Di bahagian Pendaftaran Pengguna, masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Jenis Pengenalan
    • No Pengenalan
    • E-mel
    • Nama Pengguna
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Laluan
  5. Klik pada kotak SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA,MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN
  6. Klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  7. Akan terpapar Captcha yang meminta anda memilih kotak-kotak seperti dipinta
  8. Klik butang Daftar.
  9. Klik Ya pada Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?.
  10. Tanda pendaftaran anda berjaya apabila Rekod Berjaya Disimpan! dipaparkan.

 

#2 Cara tuntut wang tidak dituntut

Setelah selesai proses pendaftaran, sila Log Masuk untuk memulakan proses tuntutan pengeluaran duit.

  1. Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
  2. Klik Log Masuk sebelah butang Pendaftaran atau pada butang Semakan.
  3. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik Log Masuk.
  5. Pengguna perlu mengemaskini maklumat yang diminta.
  6. Klik Simpan selepas mengemaskini maklumat-maklumat tersebut.
  7. Selepas itu, klik Carian Wang Tak Dituntut. 
  8. Masukkan MyKad pada ruangan yang diminta.
  9. Klik Cari. 
  10. Klik pada kotak hasil carian tersebut.
  11. Klik Teruskan Dengan Permohonan.
  12. Klik Tambah Penerima pada bawah skrin di sebelah kanan.
  13. Klik pada kotak sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon.
  14. Tapi, pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat diri tidak sama dengan maklumat penerima.
  15. Klik Simpan.
  16. Klik pada Amaun Tuntutan.
  17. Jumlah amaun tuntutan perlu dimasukkan bagi memudahkan cara tuntut wang tidak dituntut.
  18. Klik pada kotak sebelah jumlah amaun tuntutan tersebut.
  19. Klik pada kotak Pengakuan Bersetuju dan Pengakuan Bersetuju dengan Syarat Dan Terma.
  20. Klik Hantar.
  21. Klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna.
  22. Klik Cetak.
  23. Selepas itu, skrin borang maklumbalas dipaparkan.
  24. Sekiranya ada pertanyaan, anda bolehlah mengisi  Nama, Subjek, E-mel dan Mesej pada ruangan yang disediakan.
  25. Kemudian , klik pada kotak Saya Bukan Robot.
  26. Kilk Hantar.
  27. Anda boleh klik Batal sekiranya tiada sebarang pertanyaan

 

#3 Kemukakan dokumen eGUMIS

Antara dokumen yang perlu dikemukakan bagi individu untuk claim eGUMIS. Sila ikut prosedur yang telah ditetapkan.

    • Borang UMA-7 yang lengkap.(siap diisi dan ditandatangani).
    • Salinan MyKad (hadapan dan belakang) atau pasport bagi bukan warganegara.
    • Dokumen asal dibawa seperti buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain.
    • Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank kerana bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun (perlu mempunyai pengesahan dari pihak bank).
    • Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di link berikut: https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php.(bagi pihak selain individu untuk maklumat lanjut.

Berikut merupakan dua cara bagi mengemukakan dokumen yang diperlukan bagi cara tuntut wang tidak dituntut.

Anda boleh terus pergi ke:

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut

Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2

Presint 2, 62594 Putrajaya,

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 03-8000 8600

Faks : 03-8000 8611

(boleh menghubungi untuk keterangan lanjut)

 

Mengunakan perkhidmatan pos  (Pos Laju atau Pos AR)

Anda akan mendapat e-mel bahawa duit dah masuk. Selesai, cara tuntut wang tidak dituntut.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara tuntut wang tidak dituntut eGUMIS seperti di atas dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda adalah golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan kerajaan, anda boleh mohon BPR dan juga mohon BPN 2.0.

Tambahan lagi, sekiranya anda pernah mencarum di KWSP, anda juga boleh mohon i-Sinar.

Semoga wang yang bakal diterima nanti akan dibelanjakan secara berhemah. Lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment