Cara Tambah Berat Badan Dewasa (Yang Kurus, Susah Naik)


Bagaimana cara tambah berat badan untuk orang yang kurus? Perlukah makan makanan tertentu seperti susu, vitamin dan supplement?

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai tambah berat badan

 Azam tahun baru ni nak buat apa ya? Ada yang nak kulit flawless, ada yang nak kurus, ada yang nak amalkan pemakanan sihat, ada juga yang nak start diet. Tapi pernah tidak korang dengar orang yang nak tambah berat badan? Mesti rare kan.

Kalau ada pun mungkin boleh dikira dengan jari. Namun, sedarkah anda di kala ramai orang yang obses untuk mempunyai bentuk badan idaman seperti model Victoria’s Secret, sebenarnya ramai antara kita yang sudah terlebih kurus dan lebih membimbangkan lagi mempunyai kadar BMI lebih rendah daripada normal.

Malah, menurut satu laporan, mempunyai berat badan terlalu rendah membawa kepada risiko lebih tinggi untuk kematian di usia muda sebanyak 140% bagi para lelaki dan 100% bagi para wanita. Bahaya tu, silap-silap bukan sahaja badan kurang khasiat, malah banyak pula penyakit yang datang menyerang!

Tapi jangan panic!

Kerana, tidak semua yang kurang berat badan ni disebabkan oleh diet yang berlebihan, kerana ada juga yang disebabkan oleh faktor genetik. Selain itu, kadar metabolism yang tinggi, pengambilan dadah, kurang kemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan (masalah kemiskinan), gangguan pemakanan, faktor kesihatan mental dan fizikal juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kurang berat badan.

Cara tambah berat badan

Cara tambah berat badan dewasa

Ada pelbagai kaedah yang disyorkan doktor-doktor pakar di luar sana yang sering memberikan tips dan teknik bagi menaikkan berat badan secara selamat, sihat dan konsisten.

Dan tidak kurang juga bagi mereka yang telah berkongsi di laman-laman media sosial mengenai kisah dan pengalaman serta kaedah mereka telah gunakan dalam menaikkan berat badan.

Kali ini kami akan kongsikan tips-tips menaikkan berat badan buat mereka yang kurus atau mempunyai BMI yang terlalu rendah.

 

Makan dengan lebih kerap

Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah, mereka mungkin cepat berasa kenyang setelah mengambil suatu hidangan.

Bagi mengatasi masalah ini mereka digalakkan untuk makan dengan kerap, iaitu dengan makan sebanyak 5 atau 6 kali sehari dalam kadar porsi yang kecil, daripada mengambil hidangan dalam 2 atau 3 kali sehari dalam porsi yang besar seperti kelazimannya.

 

Tambah berat badan dengan pilih makanan kaya dengan nutrisi

Bagi meningkatkan berat badan, adalah amat penting untuk mengambil kira faktor kandungan nutrisi makanan yang diambil.

Peningkatan berat badan juga haruslah sejajar dengan kualiti pemakanan. Mereka yang ingin menaikkan berat badan secara sihat haruslah memilih makanan seperti roti dan pasta dari bijirin penuh (wholegrain), sumber protein yang sihat seperti dada ayam dan telur dan juga pelbagai jenis kekacang.

Jangan lupa untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan juga, bagi memastikan tubuh badan kita mendapat keperluan vitamin dan serat yang secukupnya.

 

Minum smoothies dan shakes

Ramai yang beranggapan bagi menaikkan berat badan, mereka boleh meminum minuman manis dan bergas sesuka hati mereka.

Walaupun ini dapat membantu menaikkan berat dengan kadar yang segera, namun harus diingat bahawa minuman sebegini mempunyai kandungan gula yang tersangatlah tinggi dan nilai nutrisi yang amat rendah.

Sebaliknya, amatlah disyorkan untuk anda membuat sendiri smoothies dan shakesyang jauh lebih sihat dengan menggunakan susu segar dan buah-buahan sahaja.

Tidak tahu macam mana nak buat? Jangan risau, resipi-resipi untuk smoothies dan shakes juga amat mudah didapati di media sosial masa kini – so just search and save!

 

Kerap makan snek

Di samping mengambil portion makanan yang kecil sebanyak 5 – 6 kali sehari, mereka yang ingin meningkatkan berat badan juga disarankan untuk kerap makan snek.

Tetapi haruslah diingat, pemilihan snek mestilah daripada pilihan yang sihat. Antara snek yang sihat dan digalakkan pengambilannya seperti kekacang ataupun sandwich peanut butter.

 

Bersenam

Ramai mungkin hairan dan beranggapan bahawa senaman hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, bukan menaikkan berat badan.

Ternyata tanggapan itu tidaklah benar, kerana melalui kaedah senaman yang betul, ia mampu meningkatkan berat otot (muscle weight) sekaligus meningkatkan berat badan  seseorang.

 

Tambah berat badan dengan ambil supplement protein

Bagi para atlet dan ahli bina badan, pengambilan suplemen protein sudah tidak asing lagi bagi meningkatkan berat otot mereka. Ini kerana suplemen protein sangat kaya dengan Amino Asid yang penting bagi merangsangkan pertumbuhan otot.

Namun haruslah diingat, pengambilan suplemen protein ini hanyalah disyorkan sebelum atau sesudah bersenam ya!

 

Elak minum air sebelum makan

Kebiasaannya, jika kita minum air sebelum menikmati juadah, ia sedikit sebanyak membuatkan perut kita cepat berasa kenyang.

Ini juga antara penyebab kepada kenapa mereka yang rendah beratnya sukar untuk medapatkan keperluan kalori yang secukupnya.

 

Tambah berat badan dengan ambil kalori melebihi dari kalori yang dibakar

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya untuk kita mengenalpasti jumlah kalori harian yang kita perlukan dalam sehari. Tidak tahu bagaimana?

Jangan risau, anda boleh menentukan keperluan kalori anda dengan mudah menggunakan calorie calculator.

Untuk meningkatkan berat secara pantas dan konsisten, seseorang disyorkan untuk mengambil 700 – 1000 kalori lebih daripada kadar yang diperlukan tubuh badan mereka.

Boleh rujuk Healthline juga untuk cara yang lebih cepat dan selamat.

 

Akhir kalam

Tips tambah berat badan dengan susu, makanan dan supplement

Walaupun terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk meningkatkan berat badan, namun prosesnya tidaklah semudah yang disangka ya!

Sebenarnya cara tambah berat badan ini sama seperti proses untuk menurunkan berat badan.

Mereka yang ingin menaikkan berat badan harus kuat mental dan fizikal untuk terus mengamalkan kaedah – kaedah yang telah dikongsikan dan yang paling penting keep in mind bahawa proses menaikkan berat badan secara sihat dan konsisten memerlukan masa yang panjang. Selamat mencuba you guys!

Carian dari Google:

  • blackmores untuk naik berat badan
  • cara naik berat badan
  • cara tambah berat badan lelaki

Leave a Comment