Cara Semak Status BPN (Permohonan Diterima, Lulus / Tidak?)

Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan untuk menerima BPN dan langsung tidak perlu buat permohonan, tentu tertunggu-tunggu bagaimana cara semak status BPN.

Langkau artikel ini untuk baca maksud BPN Permohonan Diterima bagi status Bantuan Prihatin Nasional 2.0.

Pastikan selepas sahih permohonan diterima, buat semakan kelulusan BPN pula.

Sedikit mengenai BPN

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data atau database Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Setelah selesai buat semakan dan ia diterima, sila buat semakan Bantuan Prihatin Nasional untuk maklumat pembayaran.

Cara semak status permohonan BPN

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional, samada permohonan diterima atau tidak.

 

Cara semak status BPN (Permohonan Diterima)

Sebelum sampai ke status LULUS, anda mesti menghantar permohonan BPN terlebih dahulu.

Secara ringkasnya, pada akhir permohonan, klik butang Hantar dan pastikan anda melihat mesej Berjaya.

Kami andaikan anda sudah mempunyai ID Penggguna dan boleh Log Masuk.

  1. Klik Log Masuk di https://bpn.hasil.gov.my
  2. Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  3. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  4. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  5. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  6. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
  7. Kami andaikan anda klik Ya
  8. Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
  9. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik Log Masuk untuk permohonan, bukan semak status BPN
  12. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Pengesahan
  13. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • No Telefon Rumah
    • Pekerjaan
    • Status Perkahwinan
  14. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  15. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  16. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
    • Nama anak
    • No Kad Pengenalan anak
    • Umur anak
    • Status anak
    • Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  17. Klik Teruskan untuk meneruskan permohonan Bantuan Prihatin Nasional
  18.  Kini anda berada di bahagian Pengesahan
  19. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  20. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  21. Klik Sahkan Captcha
  22. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  23. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  24. Klik butang   jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  25. Selepas tekan butang Hantar
  26. Pastikan anda dapat lihat paparan mesej Berjaya
  27. Ini bermakna proses semak status permohonan BPN anda diterima

 

Apa maksud status Permohonan Diterima?

Jika anda sudah lulus secara automatik kerana layak dari BSH lagi, atau memang pembayar cukai sebelum ini, akan ada status Permohonan Diterima.

Jika anda hantar permohonan dan rayuan seperti di atas, akan ada status yang sama.

Ini bermaksud, permohonan anda sudah diterima oleh pihak LHDN. Semua permohonan adalah diterima. Yang membezakan ialah LULUS atau tidak sahaja.

 

Apa maksud status Dalam Proses?

Status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.

Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional. Permohonan akan diproses pada bulan Mei 2020.

Begitu juga dengan pembayaran BPN yang akan diproses pada bulan Mei 2020 sekaligus.

Untuk makluman, tidak ada keputusan atau pembayaran bagi permohonan baru pada bulan April 2020.

Begitu juga dengan permohonan rayuan. Tidak akan ada keputusan dan pembayaran pada bulan April 2020.

 

Cara semak status permohonan BPN (Lulus atau Tidak)

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
      Duduk diam-diam
      Tunggu duit masuk sahaja
    • Jika status TIDAK LULUS:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda boleh buat rayuan BPN
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIADA REKOD:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Anda perlu buat permohonan BPN
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIDAK LAYAK:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda tidak boleh buat rayuan BPN

 

Apa maksud status LULUS?

Bagi anda yang sudah hantar permohonan dan rayuan, jika bernasib baik, akan keluar status LULUS.

Bagi yang layak secara automatik kerana adalah penerima BSH atau pembayar cukai sebelum ini, akan anda juga akan mendapat paparan status LULUS.

Namun, itu bukan bermakna duit sudah masuk.

Anda perlu tunggu status Berjaya Kredit untuk memastikan duit masuk ke dalam akaun bank.

 

Semakan status pembayaran BPN

Berikut ialah cara semak status bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Akan keluar Captcha
  4. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  5. Klik butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  7. Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
  8. Jika permohonan anda masih LULUS dan belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud pembayaran BPN belum sudah dilakukan.
  9. Jika permohonan anda adalah LULUS dan sudah bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud pembayaran BPN sudah dilakukan.
  10. Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud ada masalah dalam pembayaran BPN.
  11. Untuk Gagal Kredit, sila dapatkan Nombor Siri dan pergi ke mana-mana BSN yang berdekatan.
  12. Hubungi LHDN untuk maklumat lanjut.

 

Soalan lazim BPN

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h3″ question-0=”Status saya PERMOHONAN DITERIMA. Tetapi kenapa ada TANDA SERU ! ?” answer-0=”Jika permohonan sudah lengkap, sila abaikan. Tidak ada apa-apa masalah.” image-0=”” headline-1=”h3″ question-1=”Status saya PERMOHONAN DITERIMA. Tetapi kenapa ada butang KEMASKINI PERMOHONAN lagi?” answer-1=”Jika permohonan sudah lengkap, sila abaikan sahaja. Tidak ada apa-apa masalah.” image-1=”” headline-2=”h3″ question-2=”Jika status permohonan saya TIDAK LULUS, apa perlu buat?” answer-2=”Jika status permohonan anda TIDAK LULUS, anda boleh terus membuat rayuan. Sekiranya rayuan berjaya dihantar, anda akan menerima status baru iaitu MENUNGGU KELULUSAN RAYUAN.” image-2=”” headline-3=”h3″ question-3=”Saya lulus automatik dari BSH. Saya layak RM1600, tetapi kenapa hanya lulus RM1000 sahaja?” answer-3=”Sila rujuk FAQ Bil 6 LHDNM Soalan ke 15, 29 dan 30. Kelulusan yang dipaparkan di portal BPN adalah kekal. Ini kerana ia berdasarkan rekod terkini yang terdapat di pangkalan data BSH dan percukaian LHDN. Pendapatan adalah termasuk semua pendapatan yang diterima. Ia diambil kira sebagai pendapatan termasuk elaun dan bonus.” image-3=”” headline-4=”h3″ question-4=”Saya telah membuat permohonan baru BPN. Kenapa masih belum dapat duit pada bulan April 2020?” answer-4=”Semua permohonan baru akan diproses pada bulan Mei 2020. Bayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 sekaligus. Sila semak BPN pada waktu yang telah ditetapkan.” image-4=”” headline-5=”h3″ question-5=”Saya telah membuat rayun BPN. Kenapa masih belum dapat duit pada bulan April 2020?” answer-5=”Semua permohonan rayuan akan diproses pada bulan Mei 2020. Bayaran juga akan dibuat pada bulan Mei 2020 sekaligus.” image-5=”” headline-6=”h3″ question-6=”Apa maksud TIDAK LULUS sebab Duplikasi Permohonan?” answer-6=”Duplikasi semasa semak status BPN di sini bermakna anda buat permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus. Ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi dua permohonan. Jadi, akan ada masalah Gagal Kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank. Sila hubungi LHDN di 03-8911 1000 untuk maklumat lanjut.” image-6=”” headline-7=”h3″ question-7=”Saya sudah berkahwin dan permohonan BPN juga LULUS. Tetapi, kenapa LULUS Bujang?” answer-7=”Pertama sekali, semasa login untuk semak status BPN, anda akan lihat paparan ralat “Maklumat Pasangan telah wujud sebagai Pemohon / Pasangan di permohonan lain”. Jika ini berlaku, anda boleh meminta pasangan anda membuat permohonan baru sebagai Bujang, bukan sebagai Berkahwin. Jika anda cuba juga untuk memohon sebagai Berkahwin, notis maklumat pasangan akan dipaparkan. Dalam kes ini, tidak ada masalah jika sudah berkahwin, tetapi memohon Bujang. Tiada tindakan undang-undang akan diambil jika pasangan memohon Bujang. ” image-7=”” count=”8″ html=”true” css_class=””]

 

Akhir kalam

Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.

Sabar.

Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.

Diharapkan agar perkongsian cara semak Bantuan Prihatin Nasional serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.

Semoga bermanfaat.

100 thoughts on “Cara Semak Status BPN (Permohonan Diterima, Lulus / Tidak?)”

  1. Kalau permohonan di Terima Tapi di bawah tulis kemaskini permohonan tp wife saya plak yg lulus tp jumlah keseluruhan adalah rm500 saja bukan rm1k,kenapa yer?

    Reply
  2. Permohonan saya diterima tp dibawah tulis semakan permohonan,bila semak wife saya plak yg lulus tp jumlah keseluruhan adalah rm500 saja bukan rm1k,kenapa yer?

    Reply
  3. Dari hari rabu lepas apply, tapi sampai skrg masih lg status pemohonan diterima, kenapa ya? Suami kena cuti tanpa gaji ?

    Reply
  4. Macam mana nak kemaskini akaun bank ya? Saya nak tukar no akaun. Baru tahu akaun bank tak aktif. Boleh bagitahu macam mana? Dah check lulus.

    Reply
  5. Sy dah daftar b40 tapi permohanan diterima tunjuk dah 7 hari lebih bawah tunjuk kemaskini permohanan sudah kemaskini pun permohanan diterima tunjuk lagi

    Reply
    • Assalamualaikum kak nk tnya kalau semakan bpn tu ada diberitahu sedang proses tu apa maknanya.. Lulus atau tidak yea.. TQ

      Reply
  6. permohonan diterima tapi tepi sebelah kanan ada tandq seru, sebelah bawah kemaskini permohonan, apa yang dimaksudkan dengan tanda seru

    Reply
      • X perlu kemaskini kalau permohonan diterima.. butang kemaskini maksud nya kalau ada apa2 u nak kemaskini. Cuma tunggu keputusan saja untuk lulus / tidak lulus

        Reply
        • Permohonan sya tidak lulus, atas alasan ada syarikat. Kenapa diorang x check dlm bank ada duit ke x da? Dh 2 bln pkp, mana dtg nya duit? Sya berniaga, x ada gaji, tlg bg penjelasan

          Reply
  7. 1. Permohonan baru dan rayuan BPN akan mula diproses selepas tempoh permohonan tamat iaitu selepas 30 April 2020. (Rujuk Soalan 22)

    2. Bayaran BPN bagi permohonan baru dan rayuan akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus. (Rujuk soalan 34)

    -Diambil dari portal rasmi LHDN

    Reply
  8. lulus dan sudah tulis paparan maklumat bayaran di bawah tu , soalan saya boleh ke nama pemohon lain tapi account bank punya nama orang lain??? so duit tu akan masuk ke mana

    Reply
  9. Saya dah daftar 6 april sampai skrng belum status lulus pun masih dalam status pemohonan diterima dan kemaskini pemohonan ? Ada kah saya lulus atau tidak ?

    Reply
  10. Husb sya dftr e filing…. Bsh sebelum ni x pernah dapat
    Bila dia x leh bekerja.. Kami check bpn lulus..tapi ada tanda (!).. Kenapa yekk…
    Selepas tu sya nk tnya.. Bila sya tekan papar borang dan buat semua maklumat sya tgk x dak no akaun.. Tapi dkt no akaun ada e kemaskini… Perlukan sya kemas kini no akaun.. Atau x perlu bt apa2… Tq

    Reply
  11. Adik saya dah daftar 2 april sampai skrg belum status lulus masih dalam status pemohonan diterima dan kemaskini pemohonan. Dah kemaskini tetap sama keluar pemohonan diterima dan kemaskini pemohonan? Boleh saya tau kenapa ya?

    Reply
  12. MENERIMA SMS DUA KALI STATUS “LULUS”

    CHECK KAT WEBSITE STATUS “TIDAK LULUS”

    WEBSITE TIDAK BOLEH KEMASKINI ???

    Reply
  13. Semua jawapan di sini: “https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf”

    No 22. Berapa lamakah permohonan baharu dan rayuan akan diproses?

    Jawapan: Permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup.

    No 34. Bilakah bayaran bagi mereka yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasionalakan dilakukan?

    Jawapan: Sekiranya permohonan baharu atau rayuan Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

    Reply
  14. Permohonan lulus, tapi kredit gagal sebab name mismatched, saya letak bank account atas nama isteri seperti yang diminta terdahulu….macamane?

    Reply
  15. Dah nk dekat sebulan semenjak bantuan ni keluar aku dh tgu2 dan tgu… Jawaban nya permohonan di terima… Hari ke hari waktu ke waktu sama sahaja.. Kwn tanya pada adik beradik mcm semua dh dpt bantuan.. Mereka ada income tax dan keja gomen.. Adakah kerana ambo rakyat marhen yg tidak membayo tax dan keja gomen di anak tirikan, bantuan mcm xnak disalurkan ataw di pingirkan???. Lambat bona ker ataw xdo pekerja yg nk semak hal bantuan sebb semua kena pkp???Ank ambo dh la ramai, keja plak dah xdo, hari ke hari menungu bantuan tapi xdo… Tolng lah ikhlas dlm membantu..

    Reply
  16. Setiap Kali saya semak Statusnya Permohonan diterima sahaja, saya juga ada kemaskini status, maklumat siap, tetapi tak dapat tahu lulus atau tidak lulus, bagaimanakah saya perlu buat?

    Reply
  17. Saya seorang pekerje harian encik,ada kerje ada makan untuk 3-4hari lepas 4hari kena tunggu ada orang pangil kerje tak.mcm tulah dah beberapa tahun masa skrg langsung tk ada kerje,wife saya seorang pesakit murung tk boleh kerje anak 3orang makan pun dah susah,Bsh pun tak da Bpn masih permohonan diterima sahaje,,

    Reply
  18. I’m pavatharani here.My CIMB and also my husband’s CIMB bank,RHB bank,May bank.My one they never put money at all.They put there permohonan diterima and my husband RM500.

    Reply
  19. Saya punya staus dia cakap first keputusa. ” permohonan diterima” pastu bertukar ke”Dalam proses”
    So ape.maksudnye

    Reply
  20. Saya dah hantar skrg ni dia tulis ‘dalam proses’ tapi ada tanda seru…salinan sijil nikah xbagi lagi..tpi masalahnya kaunter LHDN semua xbuka…

    Reply
  21. Nk tnya, permohonan BPN sy LULUS tp dlm paparan borang perlu kemaskini akaun bayaran. cuba call LHDN tp x pnah dpt n kaunter semua ttup

    Reply
  22. Aslkm,sy ada buat permohonan baru untuk bpn,tapi sampai sekarang cek tiada rekod sedangkan sy hanya bekerja partime dan bergaji hari sahaja.macam mana tu ya..?

    Reply
  23. Salam semua… Sy punya atatus dalam proses.. Ikutkan tarikh pembayaran BPN ni 4/5/20 kan untuk sesi kedua.. Kalau dalam proses jugak ade sesi ke3 pulak ke?… Sekadar bertanya…terima kasih

    Reply
  24. Encik, saya semak dengan no ic tapi tak tunjuk apa2 dan saya di minta soalan pengesahan
    Soalan 1= sila masukkan poskod
    Soalan 2= sila masukkan bandar
    *Tips: Poskod dan Bandar berdasarkan MyKAD*
    Saya sudah isi poskod dan bandar yang diikut ic, tapi tak betul. Jadi minta tanya apakah poskod dan bandar yang perlu saya isikan ?

    Reply
  25. Assalamualaikum saya dah memohon lepas tu tertera disana permohonan diterima lepas tu
    Tertera lagi sedang diproses kena tunggu kah tu tuan?

    Reply
  26. Permohonan saya tidak lulus kerana mempunyai status sbg pelajar sedangkan sudah hampir setahun lebih saya berhenti belajar.Status saya sbg pelajar juga telah gugur taraf dan saya juga mempunyai pendapatan selepas berhenti belajar sehingga sekarang.

    Reply
  27. kenapa tidak dilayak
    apa maksud Duplikasi Permohonan
    isteri tidak kerja
    i kerja dapat gaji sikit , pun tidak dilayak
    kenapa orang lain gaji tinggi boleh dapat

    Reply
  28. Saya nak bertanya tentang status bpn saya. Pertama kali saya check , ia sudah LULUS. Selang sehari saya check semula status telah berubah kpd TIADA REKOD. Boleh saya tahu kenapa ye? Adakah permohonan saya telah LULUS atau TIADA REKOD?

    Reply
  29. sy nk tau bila duit baru masuk,bila cek di online dah dilulus tp dah tngu lama duit tak masuk2 lg,boleh tak terus mengambil di bank bsn..?

    Reply
  30. Permohonan Saya Lulus. Tapi saya Lambat Untuk tuntut Duit Dari Bsn sebab Ic Saya hilang . So Kalau Saya Nak Buat Tuntutan sekarang Masih Boleh Ke?

    Reply

Leave a Comment