Semak Cabutan SSP BSN 2021 (Sijil Simpanan Premium)

Bagi anda yang memasuki skim Sijil Simpanan Premium, pasti mahu tahu bilakah tarikh cabutan keputusan untuk pemenang. Yang penting, bagaimana cara semak cabutan SSP BSN secara online?

Ada beberapa cara yang anda boleh guna untuk buat semakan keputusan pemenang.

Izinkan kami berkongsi.

1. Semak Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) melalui bsn.com.my

  1. Layari terus pautan SSP BSN di sini: https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp-draw-results?lang=ms-MY
  2. Ada dua pilihan bahasa iaitu ENG untuk Bahasa Inggeris atau BM untuk Bahasa Melayu
  3. Pilih BM supaya lebih mudah faham
  4. Anda kini berada di bahagian SEMAK KEPUTUSAN DI SINI
  5. Ada dua pilihan yang anda boleh masukkan:
    • Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
    • Semakan melalui Nombor Sijil
  6. Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak Sekarang
  8. Sekiranya anda adalah salah satu pemenang, keputusan akan terpapar

 

2. Semakan SSP BSN di Facebook

Bagi yang tidak berapa maklum dengan SSP BSN dan sukar untuk check secara online, boleh sahaja lihat paparan pengumuman pemenang cabutan melalui Facebook BSN.

Bagusnya dengan Facebook BSN, ia sentiasa up-to-date. Nama pemenang memang sudah siap-siap diumumkan dalam visual bergambar.

Sila Like dan sentiasa ikuti perkembangan BSN di https://www.facebook.com/BSNMalaysia/

 

3. Semakan keputusan SSP BSN di cawangan

Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan musim pandemik Covid-19 ini, tidak dapat dipastikan samada anda boleh buat semakan di BSN atau tidak.

Kami sarankan anda hubungi pihak bank terlebih dahulu.

 

4. Check nama pemenang cabutan Sijil Simpanan Premium

Selain cabutan RM1 juta, terdapat beberapa lagi cabutan yang lain. Anda hanya perlu klik di ruangan yang dinyatakan.

Antaranya ialah:

  1. Cabutan Istimewa
  2. Cabutan Kesetiaan
  3. Cabutan Bulanan
  4. Cabutan Penyimpan Muda
  5. Cabutan Tempatan
  6. Cabutan Penyimpan Baru
  7. Cabutan Khas Kesetiaan (2020)
  8. Cabutan Istimewa (2020)
  9. Cabutan Bulanan (2020)
  10. Cabutan Super SSP (2020)
  11. Cabutan Khas Generasi Z (2020)
  12. Cabutan Khas Tempatan (2020)

 

5. Tarikh cabutan Sijil Simpanan Premium 2021

Tarikh cabutan SSP BSN untuk tahun 2020 adalah lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut.

Contohnya untuk pemenang cabutan bulan April 2021, ia akan diumumkan pada bulan Mei 2021.

  1. Januari – 14 Februari 202
  2. Februari – 6 Mac 2021
  3. Mac – 3 April 2021
  4. April – 8 Mei 2021
  5. Mei – 5 Jun 2021
  6. Jun – 3 Julai 2021
  7. Julai – 7 Ogos 2021
  8. Ogos – 4 September 2021
  9. September – 2 Oktober 2021
  10. Oktober – 6 November 2021
  11. November – 4 Disember 2021
  12. Disember – 8 Januari 2022

 

Akhir kalam

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai langkah-langkah untuk semak cabutan SSP BSN ini, anda boleh terus hubungi BSN di talian berikut:

03-21623222

Sila tekan salah satu nombor sambungan berikut:

  • 12620
  • 15694
  • 15686
  • 15667

Andaikan anda jadi pemenang, selepas buat urusan pengeluaran, sila semak baki akaun BSN bagi memastikan duit tersebut masuk.

Didoakan agar sesiapa sahaja yang sedang membaca ini, agar murah rezeki.

Semoga bermanfaat.

25 thoughts on “Semak Cabutan SSP BSN 2021 (Sijil Simpanan Premium)”

  1. Mengapa Pemenang SSP tidak disiarkan dlm akhbar seperti dulu? Kalau tidak buat begini, bagi saya BSN TIDAK TELUS. PENIPUAN MUDAH DILAKUKAN.
    Saya sudah hilang kepercayaan dgn BSN dan SSP. Selama 30 tahun saya membeli dan menyimpan SSP, tidak pernah sekalipun menang. PELIK BIN AJAIB.

    Reply
  2. BSN kena telus dlm cabutan bulanan ssp ini supaya ianya menjadi kepuasan hati kpd Semua pihak contohnya kena ada siaran langsung di tv dan radio serta akhbar tempatan baru penyimpan dpt ligat ketelusan nya saya drp Muda lagi menabung tak pernah dpt walau pun rm 10.00 ringgit adakah ini kerana tidak bernasib baik saya telah menebus separuh drp simpanan kerana tidak yakin dgn ssp

    Reply
  3. Saya ni menyimpan ssp ni dr mula mula diperkenalkan..hadiah cabutan klu tak silap RM50K..TAK PERNAH SANGKUT..waima streka pun..Jd kan simpanan ja niat.
    Rezeki dr allah..dia yg menentukan segalanya..

    Reply
  4. Sy tiap2 bulan beli sijil even 30hinggit…amount dh bole beli mybi seken 1.5cc…tapi rm20 tk pernah dapat.. Bsn ni betul ka main2 hahahaaaa

    Reply
  5. saya dah beli hampir 620 sijil…hampa…tak pernah menang walaupun rm 100… takpe lah… mungkin belum rezeki kot

    Reply
  6. Saya ni menyimpan ssp ni dah 17 tahun.TAK PERNAH SANGKUT pun hadiah yang bagus-bagus. Simapanan saya agak besar juga
    Rezeki dr allah..dia yg menentukan segalanya..

    Reply
  7. Chong Kwee Wah
    Saya udah, simpan ssp lebih 20 thn (dari thn 90han hingga awal thn 2000 ,memang dapat hadiah(kalu jumlahkan nilai hadiah ,itupun beberapa ratus ringgit aje) kalu kira balik , kalu i masuk kat FD keuntungan mungkin udah mencecah puluhan ribu. Sebab kecewa, tebus semua ssp. Lepas tu udah beberapa tahun tak masuk ssp. Lepas tu i terlibat kemalangan, kaki i patah, jalan tempang , kerja pun ada masalah, lepas tu i udah masuk balik kat ssp, itupun udah 7 thn lebih, harap2 dapat memang hadiah lumayan, walaupun HUK hilang upaya kekal pun tak masalah, boleh bersara awal.

    Reply
  8. more than 10 years i brought the share but not 1 time i win the prize.
    I sometime go and check thinking I have won. At the end won nothing
    I always pray to god please let me win some money

    Reply
  9. Saya simpan SSP dari zaman saya bujang lagi,sekarang anak saya pun dah bujang.
    Keluar masuk sebagai simpanan harap-harap boleh menang cabutan bertuah.
    Kadang-Kadang nak keluarkan pun sampai pegawai bank bagitau “jangan keluarkan nanti dapat cabutan bertuah”.Tapi sampai sekarang pun tak ada yang bertuah.
    Tu la kalau saya simpan kat pelaburan rasanya dah ada keuntungan.

    Harap-harap boleh bertuah lepas ni.

    Reply

    Reply
  10. So am l.Saya pun hilang kepercayaan terhadap BSN SSP.Semua hadiah bagi Kaum Malay.Kaum Cina Kaum Tamil “bau pun tak dapat”.

    Reply
  11. saya pun nak geng lah yg beli sijil setiap bulan dah hampir 30 tahun..dari 1st baby smpai dah bercucu.. singgit hadiah pun tk dapat.
    memang musykil macm mana cabutan sijil ni.. adakah sijil yg mula2 dulu dah expire?.
    tak ya pun..ada kan lah cabutan penghargaan utk sijil2 premium awal2 batch dulu.
    Wahai CEO2 BSN.. klu dah brcucu ni maknanya umur kami ni dah ke penghujung. Faham2 lah.

    Reply
  12. saya dah ambil keputusan untuk mengeluarkan semua simpanan ni. apa nak tunggu umur pun dah tua. habuk pun x dapat.

    Reply
  13. Saya ada buka akaun ssp atas nama anak saya pada tahun 2017 dan saya terlupa, sekarang saya cuba buat semakkan tapi tidak notis nya not found, apa maksud nya ya? Adakah akaun ssp itu kena tutup?

    Reply
  14. Insyaallah rezeki besar saya Dr bsnssp PD thn ini menjadi kenyataan…sblm NIE blh lah dlm rm100/2 alhamdulillah….. Insyaallah thn NIE dlm ms trdkt rezeki besar saya.. insyaallah menjadi kenyataan……..

    Reply
  15. KELUARKAN SEMUA DAN BELI LOTERI KEBAJIKAN MASYARAKAT LAGI BAIK, TAK PENAT MENUNGGU, SAMA SAHAJA SEBAB SEMUA BERGANTUNG KEPADA NASIB.

    Reply
  16. Sudah lebih 20 tahun. satu ringgit pun tak dapat. mungkin nombor cabutan saya sudah lama boleh jadi tidak masuk dalam senarai cabutan. bolehkah saya jual balik ssp saya atau pun jual nombor lama dapatkan nombar baru dalam talian?

    Reply
  17. Saya menyimpan ssp utk simpanan hari tua n bekalan masa depan , dpt hadiah atau tidak rezeki itu milik Allah swt.. usaha , tawakal n redha dengan kurniaan Allah swt. Alhamdulillah , aamiin ya rabb🤲👍💓

    Reply
  18. Saya mula simpan sedikit sedikit semenjak tubuh nya SSP tak silap dari tahun 1978 hingga ke RM6k sekarang. Seorang keluarga saya simpan RM50k tahun sudah……..tak dapat rasa se sen pun lagi dari SSP. Keputusan kena lah di war warkan.
    Wallahuaklam.

    Reply

Leave a Comment