Cara Semak Kelayakan BPN 2.0 (Baca Kriteria & Syarat Penting)


Pasti anda tertanya-tanya, adakah saya layak untuk memohon BPN 2.0 ini? Jika tidak pasti, ikuti perkongsian mengenai cara semak kelayakan BPN 2.0 di bawah yang terbahagi kepada kategori Bujang dan juga Isi Rumah.

Izinkan kami berkongsi.

#1 Cara semak syarat kelayakan BPN 2.0 Bujang

Di bawah kategori BPN 2.0 Bujang, ia terpecah lagi kepada dua iaitu B40 dan M40.

Kelayakan BPN 2.0 bagi Bujang B40

Bagi melayakkan anda membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda mestilah menepati kriteria berikut:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  • Pendapatan Bujang B40 adalah RM2,000 dan ke bawah.
  • Anda mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

 

Kelayakan BPN 2.0 bagi Bujang M40

Bagi melayakkan anda membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda mestilah menepati kriteria berikut:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  • Pendapatan Bujang M40 adalah RM2,001 sehingga RM4,000
  • Anda mestilah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

 

#2 Cara semak kriteria & syarat kelayakan BPN 2.0 Isi Rumah

Di bawah kategori BPN 2.0 Isi Rumah pula, ia juga terbahagi  kepada dua bahagian iaitu B40 dan M40.

Kelayakan BPN 2.0 bagi Isi Rumah B40

Sebelum anda membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda perlu semak kelayakan memohon samada menepati kriteria berikut:

  • Status anda adalah berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
  • Anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

 

Kelayakan BPN 2.0 bagi Isi Rumah M40

Sebelum anda membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda perlu semak kelayakan memohon samada menepati kriteria berikut:

  • Status anda adalah berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah dari RM4,001 sehingga RM8,000
  • Anda mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

 

Jika layak, ada apa-apa dokumen yang diperlukan?

Di sini, ada dua situasi.

#1 Pemohon lama

Jika anda adalah penerima BPN 2.0 sebelum ini, anda tidak perlu buat apa-apa permohonan baru.

Anda juga tidak perlu kemukakan apa-apa dokumen sokongan. Maklumat dan data peribadi anda akan disemak berdasarkan data dari agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti JPN, LHDN dan lain-lain lagi.

#1 Pemohon baru

Jika anda bukan penerima BPN 2.0 sebelum ini, anda perlu membuat permohonan baru BPN 2.0.

Walau bagaimanapun, anda juga tidak perlu kemukakan apa-apa dokumen sokongan. Seperti pemohon lama, maklumat dan data peribadi anda akan disemak berdasarkan data dari agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semakan kelayakan BPN 2.0 ini dapat memudahkan urusan anda untuk mohon BPN 2.0 yang baru. Jangan sampai terlepas pandang lagi. Sila tangguh-tangguh lagi. Buat secepat mungkin.

Selepas selesai buat permohonan nanti, pertama sekali semak status permohonan BPN 2.0.

Jika Permohonan Diterima, tunggu sehingga Dalam Proses. Seterusnya, jika anda mendapat status Lulus , sila check tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dan terus buat semakan pembayaran BPN 2.0 untuk pastikan duit masuk ke dalam akaun bank.

Kalau sudah dapat duit BPN nanti, gunakan untuk kegunaan yang penting-penting sahaja. Jangan membazir pula.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment