Cara Semak BPN 2.0 (Status Permohonan, Kelulusan & Bayaran)


Kalau setakat nak check, ada banyak benda kita boleh check dalam Bantuan Prihatin Nasional. Anda mahu yang mana satu? Jangan bimbang, kali ini, kami perincikan terus cara semak BPN 2.0 dengan pelbagai perkara seperti semakan permohonan, kelulusan, bila duit masuk dan juga status kredit bayaran terus ke bank.

Izinkan kami berkongsi.

#1 Cara semak BPN 2.0 bagi status permohonan

Berikut ialah cara untuk buat semak status permohonan diterima atau tidak dalam Bantuan Prihatin Nasional. Terpakai untuk kategori bujang ataupun isi rumah.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Akan keluar paparan berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  10. Yang paling penting sekali, di bahagian Status Permohonan, pastikan anda mendapat status Permohonan Diterima

Sila baca maksud status BPN Permohonan Diterima untuk maklumat lanjut.

#2 Cara semak BPN 2.0 bagi status kelulusan

Berikut ialah cara untuk buat semak status permohonan lulus atau tidak dalam Bantuan Prihatin Nasional. Terpakai untuk yang bujang ataupun sudah berkahwin.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Akan keluar paparan berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  10. Yang paling penting sekali, di bahagian Status Permohonan, pastikan anda mendapat status LULUS
  11. Sekiranya anda mendapat status LULUS, anda hanya perlu menunggu bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank yang dipilih
  12. Untuk Bujang B40, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM500
    • Bayaran Fasa Pertama RM350 akan dibayar pada akhir bulan Oktober 2020
    • Bayaran Fasa Kedua RM150 akan dibayar pada bulan Januari 2021
  13. Untuk Bujang M40, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM300
    • Bayaran Fasa Pertama RM200 akan dibayar pada akhir bulan Oktober 2020
    • Bayaran Fasa Kedua RM100 akan dibayar pada bulan Januari 2021
  14. Untuk Isi Rumah B40, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM1000
    • Bayaran Fasa Pertama RM700 akan dibayar pada akhir bulan Oktober 2020
    • Bayaran Fasa Kedua RM300 akan dibayar pada bulan Januari 2021
  15. Untuk Isi Rumah M40, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM600
    • Bayaran Fasa Pertama RM400 akan dibayar pada akhir bulan Oktober 2020
    • Bayaran Fasa Kedua RM200 akan dibayar pada bulan Januari 2021
  16. Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
  17. Juga buat semakan BPN 2.0 samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank

 

#3 Cara semak bayaran BPN 2.0

Berikut ialah cara untuk buat semak status permohonan lulus atau tidak dalam Bantuan Prihatin Nasional. Terpakai untuk yang bujang ataupun sudah berkahwin.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Jika duit belum masuk, akan keluar paparan berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pembayaran
  10. Jika duit sudah masuk, akan keluar paparan tambahan Maklumat Bayaran berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pembayaran
  11. Akan ada satu butang Maklumat Bayaran yang anda boleh klik. Sila klik butang tersebut untuk melihat perincian pembayaran.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar rangkuman cara semakan BPN 2.0 ini dapat memudahkan urusan anda. Dalam satu artikel ini sahaja, kami cover semua peringkat dari permohonan sehingga pembayaran.

Kalau sudah dapat duit BPN nanti, gunakan untuk kegunaan yang penting-penting sahaja. Jangan membazir pula.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • semak status bayaran bpn 2 0

Leave a Comment