Cara Rentas Daerah Semasa PKP (Mohon Surat Kebenaran PDRM)


Adakah anda tahu bahawa anda perlukan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rentas daerah terutamanya semasa PKP ini? Anda perlu sertakan beberapa borang dan dokumen sokongan yang penting bagi membuat demikian. Pasti anda keliru dengan panduannya, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara rentas daerah semasa PKP.

Jika mahu balik kampung yang berlainan daerah sekalipun, jangan sampai kena kompaun.

Sebab yang dibenarkan untuk rentas daerah

Yang terkini, anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri untuk tujuan penting atau kecemasan sahaja.

Contoh situasi kecemasan seperti urusan temu duga, kematian ahli keluarga terdekat, sakit tenat, urusan keluar negara, pemeriksaan bulanan di klinik/hospital dan situasi lain yang penting yang boleh dipertimbangkan oleh pihak PDRM.

 

Dokumen untuk mohon rentas daerah

Anda boleh sediakan 2 helai bagi setiap salinan dokumen dan bukti sokongan bagi tujuan kecemasan sekiranya hilang.

Anda perlukan beberapa perkara penting seperti berikut berikut:

  1. Satu individu
  2.  Dua individu atau lebih
    • Borang mohon rentas daerah PKP / borang mohon rentas daerah PKPB berasingan (1 helai bagi setiap individu)
    • Salinan MyKad/Pasport juga secara berasingan (1 helai bagi setiap individu )
    • Bukti Permohonan, contohnya:
      • Temu duga (bawa 1 salinan surat temu duga)
      • Hospital (bawa 1 salinan kad kesihatan)
      • Kerja ( bawa 1 salinan surat pelepasan bekerja/pas kerja yang menyatakan anda sebagai pekerja)

 

Cara rentas daerah semasa PKP

Berikut merupakan panduan minta kebenaran rentas daerah semasa PKP daripada PDRM. Ia terpakai untuk seluruh negeri di Malaysia.

Caranya seperti di bawah:

  1. Klik borang mohon rentas negeri PKP/ borang mohon rentas daerah PKPB
  2. Kemudian, klik Save image as.
  3. Print and isikan borang tersebut.
  4. Lengkapkan borang tersebut dengan:
    • Nama
    • Kad Pengenalan
    • Warganegara
    • No Pasport (Bukan Warganegara)
    • Alamat
    • No.Telefon
    • Emel (jika ada)
    • Jenis Kenderaan/ No Pendaftaran
    • Jumlah Orang (orang)
    • Tarikh/Masa Meninggalkan Rumah
    • Tarikh/Masa Dijangka Balik Ke Rumah
    • Alamat Penuh Destinasi
    • Sebab-sebab permohonan pergerakan
    • Tandatangan Pemohon
    • Tarikh
  5. Sertakan dengan salinan MyKad/Pasport dan dokumen/bukti sokongan supaya permohonan anda untuk cara mohon rentas negeri semasa PKP berjaya.
  6. Lawati balai polis yang berdekatan dengan rumah anda.
  7. Scan aplikasi MySejahtera dan periksa suhu badan anda sebelum memasuki ke dalam balai polis.
  8. Beratur dan ikut giliran anda untuk menghantar permohonan kebenaran dan dokumen sokongan anda.
  9. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara rentas daerah semasa PKP telah memudahkan lagi urusan anda. Sediakan surat kebenaran rentas daerah siap-siap supaya tidak membuang masa di balai nanti untuk memohon permit.

Jemput baca artikel lain untuk mengetahui cara daftar vaksin Covid-19.

Bagi peniaga yang mempunyai kedai atau mana-mana tuan rumah yang ada buat majlis seperti pertunangan dan kenduri perkahwinan, sila pastikan anda menyediakan QR Code MySejahtera di rumah untuk pelanggan atau tetamu yang hadir. Sila ikuti panduan cara buat QR code My Sejahtera.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment