Cara Putihkan Gigi Secara Semulajadi (Dalam Bahasa Melayu)

Cara Putihkan Gigi Secara Semulajadi (Dalam Bahasa Melayu)


Tak ada orang yang mahu gigi kuning. Tak kiralah lelaki atau perempuan ia kelihatan buruk. Jadi, jika anda salah seorang yang ingin kelihatan kemas dan cantik, jemput baca cara putihkan gigi secara semulajadi ini.

#1 Cara putihkan gigi secara semulajadi

Berikut kami senaraikan cara untuk memutihkan gigi dengan penerangan yang mudah:

Guna arang

  1. Satu rahsia orang lama mengilat dan memutihkan gigi ialah dengan menggunakan arang.
  2. Buktinya, pada masa kini, bahan tersebut turut digunakan dalam pembuatan ubat gigi kerana kandungan kalium hidroksidanya yang membersih.
  3. Caranya, ambil arang atau kayu arang, tumbuk halus dan simpan dalam bekas bersih.
  4. Gosokkan pada gigi setiap pagi selama 2-3 minit.
  5. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana penggunaan arang boleh merosakkan gigi.

 

Guna kayu sugi

  1. Cara putihkan gigi ini sudah lama digunakan umat Islam terdahulu serta menjadi sunnah Rasulullah SAW.
  2. Kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi sekali gus menjadikan gigi putih bersinar.
  3. Bonus jika menggunakan cara ini, ia senang dibawa ke mana saja.

 

Biji asam

  1. Sama seperti arang, petua menggunakan biji asam popular kalangan nenek moyang kita.
  2. Caranya ambil biji asam dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga kehitaman.
  3. Setelah sejuk, tumbuk halus dan serbuknya kita sapu pada gigi. Amalkan sekerap mungkin.

 

Putihkan gigi dengan garam

  1. Siapkan garam secukupnya ke dalam mangkuk.
  2. Basahkan berus gigi dengan air.
  3. Masukkan berus gigi ke dalam mangkuk yang berisi garam tadi.
  4. Gunakan berus gigi yang telah dipenuhi garam untuk berus gigi seperti biasanya kita menggunakan ubat gigi.
  5. Lakukan cara putihkan gigi ini sebelum tidur atau selepas makan.
  6. Jika anda tidak lalu untuk menggunakan garam semata-mata yang agak masin, cuba campurkan dengan lemon seperti panduan di bawah.

 

Guna lemon dan garam

  1. Dua bahan ini agak terkenal dengan fungsinya yang pelbagai.
  2. Juga bermanfaat untuk mencerah dan memutihkan gigi, kesegaran pada lemon dan kuasa garam yang ‘membersih’ juga dapat mengawal bau nafas.
  3. Campurkan jus lemon ke dalam garam dan kacau hingga larut.
  4. Jadikannya seperti ubat gigi dan gosok seperti biasa. Namun diingatkan, jangan amal selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi.
  5. Anda juga boleh menggantikan lemon dengan limau nipis.

 

Putihkan gigi dengan kunyit dan mint

  1. Tuangkan sedikit serbuk kunyit dan sedikit ekstrak daun mint pada sebuah mangkuk.
  2. Basahkan berus gigi dengan air dan celupkan berus gigi pada mangkuk tadi yang berisi campuran kunyit.
  3. Kemudian, gosok gigi seperti biasa.
  4. Biarkan selama 5 minit dan berkumur-kumur.

 

Kulit limau atau kulit oren

  1. Siapa sangka, sisa buangan dapur ini juga berkesan merawat masalah gigi kuning.
  2. Cara putihkan gigi dengan kulit limau sangat mudah.
  3. Gosok kulit limau secara teratur pada gigi setiap hari.
  4. Bagaimanapun, diingatkan, kepada anda yang menghidapi masalah gigi sensitif agar berwaspada kerana ia boleh memudaratkan gigi.
  5. Ini kerana kandungan vitamin C yang tinggi pada kulit limau.

 

Guna strawberi

  1. Si kecil molek ini juga tidak kurang hebatnya menjadikan gigi anda putih bersinar.
  2. Kisar buah ini dan jadikannya seperti pes dan gosok pada gigi anda.
  3. Atau paling mudah, makan saja buah ini lebih kerap!
  4. Tidak hanya strawberi, epal dan saderi juga berkesan memutihkan gigi.

 

Putihkan gigi dengan soda bikarbonat

  1. Bahan ini boleh menghilangkan plak dan memutihkan gigi.
  2. Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campur dengan ubat gigi anda.
  3. Gosok dan bilas seperti biasa.
  4. Awas, jangan amalkan selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi.

 

#2 Cara memutihkan gigi (rawatan alternatif, guna kaedah moden)

Rawatan alternatif ini sedikit-sebanyak boleh membantu, sebagai salah satu cara putihkan gigi. Terutama sekali pada orang yang mempunyai duit lebih, dan mahukan kesan yang cepat dan berkesan.

 

Rawatan laser

  1. Ini cara paling pantas untuk memutihkan gigi!
  2. Bahan kimia untuk pemutihan gigi akan bertindak balas dengan laser yang dipancar mengeluarkan radikal oksigen bebas bagi memutihkan gigi setelah pigmen di dalam permukaan gigi dileraikan.
  3. Namun kos penggunaan laser di klinik dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding rawatan pergigian konvensional.
  4. Namun, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk hasil yang luar biasa.

 

Jalur pemutihan

  1. Yang tidak biasa dengar jalur pemutihan, boleh Google dalam Bahasa Inggeris “white stripes”.
  2. Cara putihkan gigi dengan jalur pemutihan cukup mudah.
  3. Ada banyak jual di farmasi.
  4. Jalur pemutihan komersial yang anda beli sama ada di klinik pergigian atau farmasi adalah antara usaha awal memulakan proses pemutihan gigi jika anda tidak mempunyai wang ketika mempertimbangkan rawatan ditawarkan doktor gigi anda.
  5. Kaedah ini berkesan dan berfungsi dengan pantas, bergantung pada jenis jalur yang anda beli.
  6. Jalur dilekatkan pada gigi atas dan bawah dan dikeluarkan selepas bahan kimia pelunturannya beroperasi.
  7. Boleh tonton di YouTube untuk cara penggunaan yang betul.

 

Gel tray

  1. Gel tray yang mengandungi karbamid peroksida juga beroperasi dengan cara sama seperti jalur pemutihan kecuali ia dipasang terus mengikut acuan gigi.
  2. Ia dipakai untuk tempoh masa, biasanya dari beberapa jam sehari setiap hari pada waktu malam sehingga empat minggu dan lebih lama (bergantung kepada tahap perubahan warna dan tahap pemutihan yang diingini).
  3. Ingat, jika tidak pasti, dapatkan konsultasi dari doktor gigi terlebih dahulu.

Gunakan ubat gigi khas

  1. Kalau kurang rajin, gunakan ubat gigi!
  2. Semua ubat gigi membantu menghilangkan kotoran permukaan.
  3. Sesetengah ubat gigi pemutihan mengandungi penggilap lembut atau agen kimia yang memberikan keberkesanan penyingkiran kotoran tambahan.
  4. Bagaimanapun, kaedah ini hanya  boleh membantu menghilangkan kotoran permukaan sahaja dan tidak mengandungi peluntur.
  5. Jadi masa yang diambil untuk melihat hasilnya adalah agak lama.

Bagi yang rajin baca dalam Bahasa Inggeris, boleh baca banyak lagi kaedah dan cara putihkan gigi di WebMD.

 

Akhir kalam

Anda mahu guna cara putihkan gigi dengan petua tradisional atau rawatan alternatif, tepuk dada tanya poket.  Pilihan semestinya di tangan anda.

Terpulang kepada keazaman anda untuk kelihatan cantik. Pendek kata, jangan malas!

Namun, jika anda berduit, terpulang samada sangup berbelanja semata-mata untuk putihkan gigi.

Jemput baca juga berkenaan penulisan lain berkenaan mulut dan gigi seperti cara hilangkan bengkak gusi, cara melegakan sakit tekak dan jenis ubat sakit gigi yang boleh dibeli di farmasi.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment