Bagaimana cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan dibayar oleh kerajaan pada bulan April dan Mei 2020 nanti?
Sekadar mengingatkan, sila semak tarikh bayaran BPN terlebih dahulu bagi mengelakkan tersalah informasi.
Kandungan
Kriteria kelayakan BPN
Sebelum itu, izinkan kami imbas kembali siapa yang layak menerima bantuan ini.
Di bawah ialah screenshot daripada siaran media di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia.
Pastikan anda berada dalam golongan ini untuk melayakkan untuk buat pendaftaran bagi menerima Bantuan Prihatin Nasional ini.
Isi rumah berpendapatan bawah RM4000
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan RM1600.
- Jumlah RM1000 pada bulan April 2020
- Jumlah RM600 pada bulan Mei 2020
Isi rumah berpendapatan RM4000-RM8000
- Bantuan untuk yang sudah berkahwin
- Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
- Keluarga ini akan menerima bantuan RM1000.
- Jumlah RM500 pada bulan April 2020
- Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan bawah RM2000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
- Khas untuk yang gaji bawah RM2000
- Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM800
- Jumlah RM500 pada bulan April 2020
- Jumlah RM300 pada bulan Mei 2020
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2000-RM4000
- Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
- Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
- Mereka akan menerima bantuan sebanyak RM500
- Jumlah RM250 pada bulan April 2020
- Jumlah RM250 pada bulan Mei 2020
Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional
Bagi yang belum buat permohonan, sila baca cara mohon Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu.
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud - Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40)
Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.
- Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja. - Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
Pembayaran BPN bagi pedalaman Sabah dan Sarawak
Kaedah pembayaran BPN akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak.
Pembukaan kaunter ini akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia.
Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Jumlah amaun pembayaran BPN
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM1600.
- Amaun RM1000 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM600 akan diberi pada bulan Mei 2020
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM1000.
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM800.
- Amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM500.
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Akhir kalam
Diharapkan agar kita semua bersabar dalam menunggu duit BPN masuk ke dalam akaun masing-masing.
Walaupun duit BPN itu penting, kami faham kerana ada berjuta-juta yang perlu diproses.
Diharapkan juga agar perkongsian mengenai cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional ini jelas dan membuatkan anda lebih memahami.
Berhati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.
Layari laman rasmi https://www.treasury.gov.my/ms/ untuk maklumat rasmi dan sahih.
Semoga bermanfaat.
HI , Saya nak tanya bagaimana jika nak apply Isi rumah berpendapatan RM4000-RM8000.
Saya ada 2 org anak yang bersekolah
Mcmane nk mohon bantuan bujang yg pendapatan 2000 kebwh sebyk rm800 tu
Masuk je dekat sini bpn.hasil.gov.my
Bila dpt perihatin check2 xada masuk
KenApe bpn 2.0 saya dapat rm200 kn dapat rm300 mne lagi rm100
Saya bpn lulus.. Masalahnya skrg nombor akaun saya yg lama tu sudah tidak pakai lagi.. So bagaimana ye saya nak update nombor akaun yg baru
saya pun hadapi masalah yg sama
Saya pun sma cm tu jgk, memg x bole kemaskini ke?
saya Pun Sama MCM Ni Juga..
Hai..minta bantuan…
dulu saya penerima bsh sudah hampir 2tahun saya tidak layak dapat bsh,now saya semak secara automatik BPN saya layak dapat isi rumah 4000- 8000 mungkin ,tapi sampai skrg satu fasa kemasukan wang langsung saya tak dapat,boleh bantu saya (adakah saya perlu daftar semula BPN atau kerajaan akan dpat sgla details bsh saya yang lama😊
Asalamualaikum
Saya nk tanya macaman nk mohon bantuan isi rumah 2020.
Saya sudah hilang sumber pendapatan
Saya ada 2 anak dan satu isteri di bawah tangungan.
Harap dapat pandangan dan nasihat dari pihak yang mengatur bantuan perhatin nasinol.
Saya dari wilayah persekutuan labuan saya akuan yang didaftar telah tidak digunakan no telefon telah tukar nombor baru begitu juga pasangan saya
Assalamualaikum.. Jika belum mohon, atau belum ada y bantu… insha’Allah kwn bantu mana y mampu..
Sy, seorang ibu tunggal dan mempunyai 2org anak, mcm mana nak apply BPN, Terima Kasih.
Sya nak tanya mcm mna nak mohon bantuan isi rumah2020. Tlg beritahu sya. Saya ada 2 budak belajar.
Saya masih bujang. Saya yang menanggung ibu saya yang dah tua dan dua orang adik beradik saya yang bujang, yang juga menganggur kerana keadaan sekarang ini. Adakah saya layak memohon BPN?
puan boleh mohon untuk puan,boleh mohon untuk ibu puan,2 adik puan boleh mohon…..mohon asing2.https://bpn.hasil.gov.my/
HOW TO APPLY FOR THE BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?
PLS GIVE US THE LINK THAT WE CAN APPLY FOR THE BANTUAN.
How do I apply for BPN? I am a single mother. I have been MC for 6 months due to illness. Any link for apply? Thank you.
https://bpn.hasil.gov.my/ Just click the link.. Hopefully can help u
Saya masih bujang. Saya yang menanggung ibu saya yang dah tua . saya yang juga menganggur kerana keadaan sekarang ini. Adakah saya layak memohon BPN?
Macam nak apply bantuan prihatin ni. Saya tak dapat bantuan brim langsung. Nak mohon bantuan ni pun link tak da.
Bayar hutang
bagaimana nak memohon saya pandapatan tidak tetap dan suami tidak bekerja anak 5 orang
Macammane nk mohon bantuan rm800 tu.sy dah tak keje skrg ni
Hai saya nak tanya,tahun ni saya belum dapat brim.saya tak pasti perlu kemaskini atau tidak?
Assalam …bagaimana cara sy nak memohon secara online utk bantuan prihatin ini.. sy seorng pemandu yg msh menyara 3 org ank yg msh belajar.. harap dpt maklumat yg sahih dan tak trpedaya dgn kata2 sahaja….
Saya ibu tunggal anak 1 tinggal rumah sewa kerja mnjahit .. saya betul2 hilang pendapatan.. dulu dapat bantuan sara hidup tapi ada daftar perniagaan terus di batalkan
Saya ibu tunggal,tetapi kelulusan hanya Rm800 sahaja..gaji saya Rm2000 ke bawah..untuk ibu tunggal pun cuma dapat Rm800 je ke??
When can the bantuan 1600
Hi nak tau mcam mana kita nak update bpn ni sebab bsh saya pakai baucer, so saya nak pakai acc bank..so sya nak update nak letak no acc dlm borang kmaskini
Hai sorry, sudah dapat tahu caranya bagaimana??
nak tanya cara menukar status bujang BPN ke berkhawin..ada borang ke?
Bsh pemohon suami i……tapi duit masuk account i………..
Saya dari wilayah persekutuan labuan saya akuan yang didaftar telah tidak digunakan no telefon telah tukar nombor baru begitu juga pasangan saya. Saya semak bpn lulus apa patut saya buat
Tuan,
Saya ada terima email daripada bpn.hasil.gov.my memaklumkan atas perkara BPN dan “semakan status” selanjunya memberi keputusan LULUS.
Masaalah saya adalah bahawa sehingga ini saya tiada di tuntut detail bank dan akaun bank dan sebaliknya tidak memaklumkan detail tersebut kepada pihak LHDN.
Tolong beritahu saya bagaimana saya bolih memberi maklumat bank dan nombor akaun supaya melengkapkan rekod saya di pihak LHDN supaya bayaran yang akan di-lakukan nanti bolih diuruskan secara terus ke- bank saya.
Sekian, Terma Kasih
Salam saya dari sarawak..kira kategori bujang..saya tanggung ibu saya ..saya masih tidak faham bagaimana bpn ini diagihkan..samaada masuk ke akaun automatik ataupun pergi kaunter bank?
Saya nak bertanya bpn masuk akaun bsh yng terkini ke data bsh..sebab klau yng terkini bsh akaun isteri saya..boleh tahu tak masuk akaun isteri atau suami sebab akaun saya dah..tak aktif klau dia ikut data bsh akaun isteri saya aktif
Assalamualaikum bilak masuk bantuan prihatin status berkawin ke acount bank bsn sampai sekarang belum masuk dapat menerimah sekian terimah kasih
saya mahu tanya bila tarikh pembayaran bpn yang menerima tunai???bila boleh ambil?
Salam 1malaysia. . .
Saya nak tnya klau saya guna kan acc bank ibu saya untuk msuk duit BPN saya boleh tidak? ?
hai..nak tanya mcm mn nak ambil bpn kalau tiada akaun bank…?adakah perlu tunggu baucar / terus ke bank berdekatan utk ambil bpn ??
salam cik, saya nak tanya no acc sy tertukar dgn no acc suami, status gagal utk dikreditkan. apa sy perlu buat ya cik…
Saya lulus dpt bpn automatik sbb sudh daftar dgn LHDN tpi dlm data LHDN syabbelum update no akaun bank. Sya cuba kemas kini tpi tdk berjaya sbb sya tdk nombor pin dri LHDN dan kata laluan tdk tepat.
Assalammualaikum.. sya tlh buat semakan.. status GAGAL KREDIT sebabnya AKAUN ADA KOD.. sya tk fhm kod apa yg ada di akaun sya.. bila syg nk kemaskini.. sya tk dpt nk akses kemaskini.. adakah sya perlu kemaskini atau sya kena tunggu no baucer di serah… dan bila boleh buat tuntutan baucer.??? Harap pihak puan dpt memberikan sya respon ats pertanyaan sya..
Assalammualaikum.. dan bagaimana pula dengan status yg lulus.. tapi dalam maklumat akaun bank tk ada.. bagaimana nak kemaskini maklumat akaun bank.??? Terima kasih
Hai selamat tengahari bpn saya ada terima sms bpn lulus tapi saya tak akuan bank bsn saya Minta puan siti no Siri dia kata kkm tanyak saya pun tak Tau macam mana nak Cari no Siri
Hai selamat tengahari bpn saya ada terima sms bpn lulus tapi saya tak akuan bank bsn saya Minta No Siri saya pun tak Tau macam mana nak Cari no Siri
Selamat tengah hari .
Dimanakah ay boleh mendapatkan no siri ?
Salam, lulus bpn tapi takde akaun macam mana nak amik.. Nak kena tunggu dapat baucer ke… Atau terus pergi bsn tunjuk mykad di kaunter amik duit .. Boleh ke macam tu
Sma sya pn mcm ni
Sma sya pn mcm ni..tk boleh kemaskini ke
Saya Hardy bin mohammad penerima bantuan sara hidup gagal keradt, BPN lulus ada terima sms, bila buat tunai kat BSN pihak bank minta ni baucer, semak nombor baucer belum ada, dimana hendak saya semak ni baucer fasa1 sekarang ni dah fasa 2
Smpai skrg Baki 300 tak masuk. Fasa 1 da dapat pun lambat juga. Ni fasa 2 lagi pun sama.
Bpn fasa1 dpt rm1000 buat semakan ada no voucer skrg bpn fasa2 buat semakan msh mcm fasa1 kenapa ?
sbb isteri saya bru akuan bank
bolah nk bertanya
brpa hari bulan akan dpat yg xda akaun bank ke skrng dah bolah pg ke kaunter…
Askum&slmt pagi..nak tanya kenapa bagi status bujang gaji dibawah rm2000 yang lulus mendapatkan bantuan hanya mendapatkan bantuan sebanyak Rm500 sahaja jumlah keseluruhan..saya dari golongan yang baru sahaja lulus setelah membuat kemaskini status…mohon pencerahan..terima kasih
Hi tuan/puan.. I Nak tanye.. I punya status dah lulus Tapi I Salah masukkan nombor account bank saya..saya dekat Singapore sekarang kerana pkp.. boleh tak suami saya keluarkan duit itu?
saya penerima bantuan bujang d bawah rm2000. saya baru ada kesempatan untuk claim BPN setelah ianya gagal dikreditkan. BPN lulus rm800. Tetapi ketika saya claim, saya hanya mendapat rm300. Hanya bulan mei sahaja yang dapat penunaian. Bagaimana dengan bayaran fasa 1 iaitu rm500? Perlukah saya sekali lagi pergi ke kaunter BSN untuk membuat penunaian?