Cara Pam Tayar Kereta (Isi Angin Dengan Betul di Stesen Minyak)


Sebelum jalan jauh, pastikan angin tayar kereta cukup. Kalau tidak, merbahaya. Tak kisahlah anda pandu kereta MyVi manual atau Viva auto, izinkan kami berkongsi cara pam tayar kereta di stesen minyak.

Jika anda berkeluarga, sila ambil perhatian lebih. Ini kerana anda membawa lebih ramai penumpang dalam kenderaan.

Sedikit mengenai pam, angin dan tekanan

Ramai daripada kita yang suka membawa kereta. Berbanding motorsikal, kereta lebih selesa untuk digunakan. Untuk pergi kerja, untuk ke mana-mana destinasi yang agak jauh, untuk dibawa pergi bercuti, semuanya memerlukan kereta.

Walau bagaimanapun, membawa kereta sahaja tanpa mengetahui keadaan semasa kereta pun bukanlah suatu perkara yang bagus. Perkara yang paling mudah ialah minyak di dalam kereta anda dan juga tekanan tayar anda.

Kita sedar bahawa tayar kereta kita perlu sentiasa diisi angin, supaya kereta kita boleh bergerak dan tidak akan berlaku masalah seperti kerosakan pada getah tayar, dan juga memberi kerosakan pada rim.

Tetapi, ada juga antara kita yang tidak mengetahui bagaimana sebenarnya ingin mengisi angina pada tayar dengan betul.

Cara pengisian yang tidak betul, seperti sebanyak mana angin yang perlu diisi, akan memudahkan tayar menjadi rosak, dan mengganggu perjalanan.

Anda perlu mengetahui cara mengepam tayar kereta dengan betul. Selain itu, anda juga perlu mengetahui tips periksa tayar kereta anda.

Cara pam tayar kereta dengan betul

Cara pam tayar kereta

Untuk yang tidak biasa, berikut ialah cara pam angin tayar kereta.

  1. Pertama sekali, apabila anda ingin pam tayar kereta di kawasan seperti stesen minyak, pastikan anda baca manual kereta anda. Ataupun lebih mudah, buka pintu bahagian pemandu dan lihat di bahagian tepi.
  2. Perhatikan kalau ada sticker kecil yang memaparkan info ringkas tentang kadar angin tayar depan dan tayar belakang, serta kadar angin pada tayar yang dibenarkan ketika kereta kosong, ataupun penuh dengan penumpang. Sticker ini selalunya berwarna putih.
  3. Dapatkan jumlah kPa dan juga jumlah PSI. Hafal jumlah salah satu daripada unit itu.
  4. Kemudian, pergi kepada pam. Pam digital dan berjarum boleh digunakan.
  5. Tetapkan jumlah pada penunjuk jarum/digital agar sama dengan jumlah yang anda hafal sebentar tadi. Jumlah ini adalah untuk memastikan anda pam angina ke tayar kereta, bersesuaian dengan kPa/PSI yang telah ditetapkan untuk kereta anda.
  6. Gunakan butang + atau untuk menambah atau mengurangkan jumlah pada meter.
  7. Kemudian, buka penutup punat tayar, dan letakkan kepala pam pada punat tayar.
  8. Tekan sehingga anda dapat pastikan angina sedang memasuki tayar. Cabut kepala pam setelah mesin pam berbunyi bip-bip. Ini tandanya tayar sudah menerima angin sebanyak yang tertera pada sticker di pintu kereta anda.
  9. Jumlah kPa dan PSI ini akan berbeza mengikut kereta, jadi pastikan anda periksa dahulu untuk kereta anda.

 

 

Cara check tekanan angin tayar kereta

Berikut ialah perkongsian dan tips untuk periksa tayar kereta anda.

Guna Pressure Gauge

Sekiranya anda memiliki pressure gauge, anda boleh memeriksa tekanan semasa pada tayar anda.

Sekiranya indicator menunjukkan pada paras 3, maka tayar anda sudah mempunyai tekanan angin yang mencukupi. Sekiranya kurang daripada 3, maka angin perlu ditambah. Sekiranya lebih daripada 3, maka angin perlu dibuang sedikit.

 

Tulisan Pada Sisi Tayar

Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Terdapat perkataan Max Press. 35 PSI, contohnya.

Angka ini menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.

Sejuk ini membawa maksud kepada situasi di mana anda mengepam tayar ketika cuaca sejuk di sekeliling, atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh.

Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada pada julat 30 hingga 32 PSI.

 

Kadar bacaan tekanan tayar angin kereta yang optimum

Tayar anda mestilah diisi pada kadar yang optimum sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang.

Jika kurang, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.

Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.

 

Kalau pam berlebihan?

Bawa kereta, rasa tak sedap

Antara perubahan yang anda boleh rasakan pada kenderaan anda adalah apabila anda mengendalikan kereta anda.

Tayar yang sudah dipam sehingga maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.

Walau bagaimanapun, ada risiko akan terjadi ketika melakukan brek jajap atau threshold braking. Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.

 

Jangka hayat tayar merosot

Selain itu, tayar anda akan cepat menjadi botak.

Apabila tayar anda dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar di bahagian atas akan lebih menonjol, dan membuatkan bahagian tengah tayar menjadi cepat haus.

Malah, kawalan traksi juga akan berkurangan dan tayar anda berisiko untuk meletup.

 

Akhir kalam

Kadar bacaan tekanan tayar angin kereta

Kesimpulannya, mengepam tayar dengan betul tidaklah sesukar mana.

Kenal pasti kenderaan anda dan kenal pasti tayar kereta anda.

Isi angin pada tayar secara optimum demi keselesaan pemanduan anda dan juga untuk memanjangkan hayat tayar kereta anda serta untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya kemalangan.

Layari JKJR untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan jalan raya.

Semoga bermanfaat.

 

Carian dari Google:

  • caca penggunaan pam angin
  • cara pakai pam angin stesen minyak
  • cara pom tayar kereta
  • kadar angin taya viva
  • pam angin tayar viva
  • pam tayar kereta myv
  • Tekanan angin tayar
  • tekanan angin tayar kereta viva
  • tekanan tayar sesuai untuk proton blm

Leave a Comment