Cara Pakai Mask (Pemakaian Pelitup Muka Yang Betul)

Cara Pakai Mask (Pemakaian Pelitup Muka Yang Betul)


Sebagai rakyat Malaysia, pasti ramai yang masih lagi keliru dengan cara pakai mask secara selamat dan betul, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan panduan yang mudah menerangkan cara pemakaian mask yang betul seperti yang dikongsikan oleh portal rasmi kerajaan MyHealth.

Cara pakai mask

#1 Jenis pelitup muka / facemask

Terdapat 2 jenis mask:

  1. Mask muka 3 lapis/surgical mask.
    • Anda hanya boleh pakai 1 kali sahaja.
    • Anda boleh pakai tidak melebihi 8 jam.
    • Sekiranya didapati positif Covid, pakai mask itu tidak melebihi 4 jam.
  2. Mask muka fabrik.
    • Pastikan anda pakai mask muka yang tidak menganggu pernafasan anda.
    • Anda boleh menggunakan semula setelah dicuci.
    • Menjimatkan duit anda sebab dapat digunakan semula.

#2 Cara pakai mask yang betul

Bagi yang lebih suka menonton video dari membaca, boleh ikuti video dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini di YouTube:

Bagi yang lebih suka membaca, berikut merupakan cara buang mask muka 3 lapis/surgical mask.

  • Putuskan bahagian tepi tali mask.
  • Lipatkan mask anda ke arah dalam .
  • Ikatkan mask tersebut dengan tali mask yang telah diputuskan tadi.
  • Buang mask terpakai itu ke dalam tong sampah tertutup.
  • Basuh tangan anda dengan air dan sabun setelah membuang mask itu.

Terdapat juga cara pakai dan guna semula yang betul untuk mask berjenis fabrik.

  • Pastikan anda cuci tangan sebelum menyentuh mask.
  • Cuba check sekiranya terdapat sebarang kerosakan atau kotoran.
  • Kedua-dua tali mask dipegang dan disangkutkan pada telinga anda.
  • Pastikan hidung dan mulut ditutup sepenuhnya.
  • Kalau boleh, elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan luar mask.
  • Masa menanggalkan mask, hanya pegang tali mask sahaja.
  • Cuci bahagian mask dengan sabun/detergen sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
  • Sekiranya anda jenis yang sensitif, anda boleh cuci menggunakan sabun bayi lembut.
  • Anda juga digalakkan membasuh menggunakan air panas bagi membunuh kuman.
  • Kemudian, sidai dan keringkan.
  • Pastikan anda akhiri rutin ini dengan mencuci tangan anda dengan air dan sabun.

#3 Nasihat semasa pakai mask

Berikut merupakan beberapa nasihat sebagai tambahan untuk cara pakai mask yang betul.

  • Jangan pakai mask anda di bawah dagu anda bagi mengelakkan kuman.
  • Jangan berkongsi mask anda dengan orang lain.
  • Jangan buang merata-rata tempat.
  • Sekiranya kotor/rosak/basah, pastikan tukar kepada mask baru.
  • Pakai bahagian berwarna di luar (biru) dan bahagian tidak berwarna (putih) di dalam.
  • Bahagian berwarna mempunyai sifat kalis air (menghalang kotoran memasuki saluran pernafasan).
  • Bahagian tidak berwarna menyerap kelembapan (wap air dari pernafasan).
  • Pastikan bahagian wayar di mask ditekan pada hidung anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara pakai mask dapat memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda ingin tahu cara daftar penerima vaksin Covid, silalah baca artikel ini.

Ingat! Kita masih belum menang.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment