Cara Mohon MySalam 2021 (Daftar Skim Bantuan Takaful Online)


Buat penerima bantuan kerajaan seperti BPR 2021, BPN 2.0, BPN dan BSH, pada hari ini kami akan berkongsi berita baik dengan anda iaitu anda layak menuntut wang sehingga RM8,000 melalui satu program khas iaitu MySalam Skim Perlindungan B40. Izinkan kami terangkan  kepada anda tentang kaedah bagaimana dan cara mohon MySalam untuk panduan kita semua.

Cara mohon MySalam

Sedikit sebanyak tentang MySalam

Skim ini merupakan salah satu inisiasi dan usaha kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima  yang berumur 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan mereka.

Walaupun anda bukan penerima bantuan sara hidup, anda masih boleh membuat permohonan dan mendaftar program tersebut. Di bawah skim ini penerima akan mendapat pelbagai manfaat iaitu:

  • Sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital, anda akan menerima bayaran harian (allowances) sebanyak RM50 sehari (Maksimum 14 hari sahaja).
  • Sekiranya anda disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal (daripada senarai 45 penyakit kritikal di bawah), anda akan menerima pembayaran one-off sebanyak RM8000.
  • Skim ini memberi manfaat pendapatan gantian sekiranya anda sedang menjalani rawatan di hospital.
  • Hospital di seluruh Malaysia terlibat bagi memastikan rakyat mendapat bantuan yang diperlukan.
  • Skim ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.
  • Semakan tuntutan boleh anda lakukan secara atas talian dengan menggunakan kad pengenalan anda sahaja.
  • Skim ini dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Cara untuk buat permohonan MySalam

Berikut ialah cara mohon MySalam yang ringkas:

  1. Anda boleh melayari laman web rasmi MySalam untuk memulakan proses permohonan.
  2. Setelah itu, anda perlu log masuk ke dalam akaun anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan anda.
  3. Kata laluan akan dihantar kepada SMS anda.
  4. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun MySalam lagi, anda perlu membuat pendaftaran baru sebagai ahli baru yang ingin mendaftar akaun MySalam.
  5. Apabila sudah selesai log masuk dan membuat pendaftaran baru, anda perlu mencari dan klik pada Download Form.
  6. Muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement Form.
  7. Isi borang tersebut dengan maklumat peribadi anda dan pastikan maklumat anda adalah sahih.
  8. Setelah selesai, serahkan borang anda kepada doktor anda,
  9. Kemudian log masuk semula ke dalam portal akaun MySalam anda dan klik pada Claims.
  10. Selepas itu, klik Claims Submission dan klik Cl Claims.
  11. Isi borang yang disediakan bagi membolehkan anda untuk menerima pembayaran.
  12. Kemudian muat naik beberapa dokumen yang diminta seperti surat pengesahan doktor dan salinan kad pengenalan anda bagi proses pengesahan.
  13. Akhir sekali, klik pada Submit dan tunggu bayaran tuntutan anda masuk ke dalam akaun anda.

 

Senarai penyakit kritikal (45 penyakit kritikal)

Cara mohon MySalam sudah dikongsikan di atas. Sekarang, kami akan berkongsi pula apakah penyakit kritikal yang tersenarai dalam skim ini.

ysaSenarai penyakit kritikal telah diperluaskan daripada 36 penyakit kritikal kepada 45 penyakit kritikal yang di cover oleh takaful MySalam:

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan membantu dan memudahkan proses anda untuk memohon dan mendaftar bersama MySalam.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Mohon MySalam 2021 (Daftar Skim Bantuan Takaful Online)

1 thought on “Cara Mohon MySalam 2021 (Daftar Skim Bantuan Takaful Online)”

Leave a Comment