Bagi anda yang tidak sempat membuat permohonan BPN 1.0 sebelum ini; atau mendapat status Tidak Lulus, ini adalah artikel tentang cara mohon BPN 2.0. Permohonan BPN 2.0 telah dibuka pada 15 Oktober 2020 melalui portal rasmi LHDN.
Langkau terus artikel ini untuk mendapatkan panduan dan cara daftar BPR serta buat permohonan BPR; iaitu Bantuan Prihatin Rakyat yang baru.
Izinkan kami berkongsi.
Bagi yang sudah memohon dan memang sedia layak menerima wang bantuan BPN 2.0, hanya jika ada apa-apa perubahan maklumat peribadi, ada dikehendaki untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional 2.0.
Kandungan
Bila boleh mohon BPN 2.0?
Seperti yang dimaklumkan di atas, mana-mana individidu yang tidak tersenarai sebagai penerima selepas buat semakan BPN 2.0, anda boleh mula memohon melalui portal rasmi LHDN pada:
- Hari: Khamis
- Tarikh: 15 Oktober 2020,
Bagi yang memang tidak pernah memohon BPN selama ini, tetapi yakin anda memang layak, anda juga boleh membuat permohonan baru BPN 2.0.
#1 Cara mohon BPN 2.0 secara online
Bagi mana-mana pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah; Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberi saranan agar permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini dibuat secara online. Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Permohonan baru ini boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020. Mana-mana penerima bantuan BPN sedia ada yang pernah menerima bayaran sebelum ini, anda tidak perlu kemukakan permohonan baru.
Berikut ialah panduan dan untuk apply BPN 2.0 dengan merujuk kepada panduan BPN 1.0 terdahulu.
Pertama sekali, sebelum buat apa-apa, sila baca cara semak kelayakan BPN 2.0 terlebih dahulu. Jika tidak menepati kriteria, buat apa mohon? Jika menepati syarat, barulah boleh teruskan buat permohonan.
Sekiranya anda masih belum daftar ID pengguna dan kata lalaun, sila baca cara pendaftaran BPN 2.0 terlebih dahulu.
Baca panduan di bawah hanya selepas anda berjaya buat pendaftaran dan berjaya Log Masuk.
- Layari portal rasmi BPN di pautan berikut: https://bpn.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk
- Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
- Soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?” akan keluar
- Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
- Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
- Kami andaikan anda klik Ya
- Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
- Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Log Masuk
- Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
- Maklumat Pemohon
- Pengesahan
- Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
- Nama
- Nombor MyKad
- Jantina
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- No Telefon Rumah
- Pekerjaan
- Status Perkahwinan
- Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
- Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
- Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
- Nama anak
- No Kad Pengenalan anak
- Umur anak
- Status anak
- Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
- Klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian Pengesahan
- Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
- Masukkan Captcha seperti yang tertera
- Klik Sahkan Captcha
- Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
- Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Klik butang jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
- Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
- Jika anda belum daftar BPN 2.0, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
- Jika anda sudah daftar BPN 2.0 seperti di atas, klik Tidak
- Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
- Sila check status penghantaran BPN 2.0, samada terpapar status Permohonan Diterima atau tidak.
- Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
- Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
- Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
- Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
- Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
- Jika ada apa-apa pertanyaan untuk permohonan baru BPN 2.0 ini, sila ajukan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
#2 Apply BPN 2.0 dengan download & isi borang offline
Bagi mana-mana pemohon yang tidak berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah; anda boleh kemukan permohonan dengan mengisi borang.
Cara mohon BPN 2.0 seperti ini adalah sesuai untuk golongan tak tidak berapa mahir menggunakan komputer seperti OKU, ibu tunggal dan warga emas; dan juga yang mempunyai masalah rangkaian telefon bimbit terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Berikut ialah cara untuk membuat permohonan secara mengisi borang:
- Download borang BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBaharu(BPN%202.0).pdf
- Isikan maklumat yang dikehendaki siap-siap di rumah. Ini dapat menjimatkan masa.
- Isi Bahagian A: Maklumat Pemohon
- Isi Bahagian B: Maklumat Pasangan
- Isi Bahagian C: Maklumat Anak
- Isi Bahagian D: Maklumat Waris
- Isi Bahagian E: Perakuan Pemohon
- Hantar borang ke kaunter LHDN
Tidak mahu terima duit BPN walaupun layak?
Bagi anda yang menerima bantuan BPN sebelum ini tetapi menolak untuk menerima pembayaran untuk BPN 2.0, ada beberapa perkara yang anda perlu buat:
- Tulis surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia, dengan menyertakan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- Nombor Kad Pengenalan
- Sebab kenapa ingin pulangkan semula duit BPN 2.0
- Sertakan cheque atau bank draft atas nama Akauntan Negara Malaysia
- Masukkan jumlah amaun yang ingin dipulangkan
- Hantar ke alamat berikut:
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592, Putrajaya, MALAYSIA
- Pejabat Belanjawan Negara
Akhir kalam
Bagi sesiapa yang terlepas pandang dengan permohonan BPN sebelum ini, jangan ambil ringan. Jangan terlepas lagi tarikh untuk mohon BPN 2.0 yang terbaru ini. Cara mohon BPN 2.0 kali ini sungguh mudah. Jika guna secara offline sekalipun, kertasnya cuma sehelai sahaja.
Seterusnya, tunggu pengumuman dari LHDN tentang tarikh bayaran BPN 2.0 untuk membolehkan anda buat semakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 terus ke bank.
Jika tidak bernasib baik kerana mendapat status Tidak Lulus, sila buat rayuan BPN 2.0 sebelum tamat tempoh.
Semoga bermanfaat.
Update acc CIMB 7616918652