Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2020 (Permohonan Online)


Jika anda menepati kriteria, boleh sahaja daftar dengan mengikuti cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 yang kami tulis ini.

Jangan risau, permohonan untuk golongan bujang dan OKU pun lebih kurang sama sahaja. Cuma ada beberapa perkara yang tidak perlu diisi seperti maklumat anak.

Maklumat berkaitan

Cara Isi Borang BSH 2020 (Hantar melalui kaunter LHDN, bukan online)

Tarikh Pembayaran BSH 2020

Cara Pembayaran BSH 2020

Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2020

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020

Saat artikel ini dikemaskini, laman web BSH di https://bsh.hasil.gov.my tidak dapat diakses.

Sementara menunggu ia diperbaiki, anda boleh rujuk cara memohon BSH 2020 di sini terlebih dahulu..

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 #1 (Pengenalan)

  • Panduan Bantuan Sara Hidup ini adalah bersumberkan penerangan rasmi oleh LHDN yang boleh didapati di sini.
  • Kami sekadar menulis semula cara buat permohonan BSH 2020 yang lebih mudah difahami dan lebih senang untuk buat rujukan tanpa buka fail PDF.

 

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 #2 (Klik bsh.hasil.gov.my)

 

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 #3 (Maklumat Pemohon)

Panduan dari LHDN

Lengkapkan Maklumat Pemohon dalam borang Bantuan Sara Hidup ini:

(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”.
(b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
(c) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon.
(e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.

*Pastikan Nombor Telefon Diisi Dengan Betul Untuk Kegunaan Log Masuk Dalam MyBSH.

(f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-

– Kahwin.
– Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak.
– Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas.

(g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan:-
– RM 0 – 1,000
– RM 1,001 – 2,000 – RM 2,001 – 3,000 – RM 3,001 – 4,000

 

Maklumat tambahan

Nama

  • Isikan nama seperti di dalam MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan jangan dibiarkan kosong.

 

Nombor kad pengenalan (MyKAD)

  • Teruskan mengisi borang Bantuan Sara Hidup ini
  • Isikan nombor kad pengenalan seperti di MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh ditinggalkan.

 

Umur

  • Isikan umur pada tahun 2020.
  • Bukan umur pada tahun lepas
  • Jika anda lahir pada 31 Disember sekalipun, dan belum lagi masuk umur mengikut tarikh lahir, sila masukkan umur pada tahun ini.
  • Ruangan ini wajib diisi dan tidak boleh dibiarkan kosong.

 

Jantina

  • Isikan ‘1’ untuk lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk perempuan.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh dikosongkan.

 

Nombor Telefon Rumah

  • Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat.
  • Informasi ini hanya untuk kegunaan rasmi BSH sahaja.
  • Jika anda tiada telefon tetap di rumah, kosongkan sahaja.
  • Sila isikan nombor telefon bimbit dalam ruangan yang seterusnya.

 

Nombor Telefon Bimbit

  • Isi nombor telefon bimbit dalam borang Bantuan Sara Hidup ini
  • Nombor telefon bimbit ini hanya untuk kegunaan penyaluran maklumat kepada pemohon BSH sahaja.
  • Nombor telefon bimbit wajib diisi semasa pengemukaan secara dalam talian.
  • Nombor telefon bimbit yang didaftarkan akan digunakan semasa proses semakan dan kemas kini permohonan BSH 2020 secara dalam talian.
  • Pastikan nombor telefon bimbit yang diisi adalah milik pemohon sendiri dan aktif serta masih boleh dihubungi.
  • Jangan sesekali meletakkan nombor telefon yang tidak aktif kerana anda akan mengalami kesukaran untuk menerima nombor TAC.
  • Transaction Authorization Code (TAC), iaitu sama seperti yang anda terima dari Maybank2u untuk membuat urusan bayaran bil atau pindahan wang, akan dihantar ke nombor handphone yang didaftarkan.
  • Jika nombor handphone yang diisi adalah milik individu berlainan, individu berkenaan dan pemohon akan dipertanggungjawabkan ke atas semua maklumat permohonan BSH.
  • Bukan itu sahaja, jika nombor telefon bimbit anda tidak sah, anda juga mungkin mengalami masalah untuk menyemak dan kemaskini permohonan.

 

Pendapatan Kasar Bulanan

  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank anda
  • Pilih ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Pilih ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Pilih ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Pilih ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Alamat Surat Menyurat

  • Masukkan alamat terkini anda
  • Pastikan maklumat tentang alamat adalah lengkap dan betul
  • Ini adalah untuk memastikan penyerahan surat makluman sampai kepada pemohon.

 

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 #4 (Masukkan Maklumat Pasangan)

Panduan dari LHDN

Untuk status pemohon yang ‘Berkahwin’, isikan Maklumat Pasangan seperti :-

(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:- – No.MyKad / MyPR / MyKAS.
– No. KP Lama / Sijil Lahir.
– No. Pasport.

(b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport.

(c) Pilih Jantina Pasangan.

(d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan:-
– RM 0 – 1,000
– RM 1,001 – 2,000 – RM 2,001 – 3,000 – RM 3,001 – 4,000

(e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan

 

Maklumat tambahan

Status Perkahwinan dengan Pasangan

  • Dalam mengisi borang Bantuan Sara Hidup ini, pastikan status perkahwinan pemohon yang diisi adalah pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
  • Isi ‘1’ jika status pemohon ialah Kahwin
  • Jika isi ‘1’, pemohon perlu mengisi ruangan B2 sehingga B8 dan B11 untuk memasukkan maklumat pasangan.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak kandung
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung, pemohon dikehendaki untuk mengisi ruangan B9 dan B10.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak tidak sah taraf
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak tak sah taraf, pemohon tidak perlu mengisi Bahagian B
  • Isi ‘3’ jika pemohon adalah warga emas yang hidup sebatang kara
  • Jika pemohon berumur 60 tahun ke atas, pemohon perlu mengisi ruangan B1 sahaja.

 

Nama Pasangan

  • Isikan nama penuh pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan lain seperti MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan.

 

No. MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

  • Teruskan mengisi borang Bantuan Sara Hidup
  • Isikan nombor pengenalan pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nombor kad pengenalan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nombor kad MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi.

 

No. KP Lama / Sijil Lahir Pasangan

  • Isikan Nombor KP Lama / Sijil Lahir seperti di KP Lama / Sijil Lahir jika tidak mempunyai dokumen pengenalan B3.
  • Bagi yang tidak mempunyai kad pengenalan lama, masukkan nombor surat beranak

 

No. Pasport Pasangan

  • Isikan Nombor Pasport pasangan seperti di Pasport
  • Hanya perlu masukkan jika pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan B3 dan B4.

 

Jantina Pasangan

  • Teruskan mengisi borang Bantuan Sara Hidup ini
  • Isikan ‘1’ untuk Lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk Perempuan
  • Hati-hati dalam mengisi bahagian ini
  • Jika pemohon ialah suami, isikan ‘2’ untuk isteri
  • Jika pemohon ialah isteri, iskan ‘1’ untuk suami

Negara Asal Pasangan

  • Hanya untuk pemohon yang mempunyai pasangan bukan warganegara Malaysia
  • Jika B5 diisi, isikan Negara Asal pasangan yang Bukan Warganegara Malaysia.

 

Tarikh Perkahwinan dengan Pasangan

  • Isikan tarikh perkahwinan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perkahwinan adalah merujuk kepada tarikh perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri.

Status Perceraian / Kematian Pasangan

  • Teruskan mengisi borang Bantuan Sara Hidup ini
  • Isikan ‘1’ untuk Perceraian
  • Isikan ‘2’ untuk Kematian Pasangan.

 

Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan

  • Isikan tarikh perceraian dengan pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Isikan tarikh kematian pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perceraian adalah merujuk kepada tarikh perceraian yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Tarikh Kematian Pasangan pula adalah merujuk kepada tarikh Kematian Pasangan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara.

 

Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan

  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan pasangan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah earnings yang pasangan terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank pasangan
  • Tulis ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Tulis ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Tulis ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Tulis ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 #5 (Isi Status Ibu bapa dan Maklumat Anak)

Untuk status ‘Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak’, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan.

 

Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-

– Isikan nombor MyKad/MyKid anak,
– Isikan nama anak,
– Isikan umur anak,
– Status anak samada ‘Anak Kandung’ / ‘Anak Angkat’.
* Anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi.

 

Cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 # 6 (Maklumat Bank dan Dokumen Sokongan)

Untuk menerima duit Bantuan Sara Hidup, anda perlu memberikan maklumat bank.

Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-
– Pilih jenis akaun bank yang masih aktif.
– Masukkan nombor akaun bank.

 

*Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun kepada tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pemohon perlu memilih jenis ‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’.

 

Permohonan BSH 2020  #7 (Isi Maklumat Waris)

Seterusnya, proses permohonan Bantuan Sara Hidup memerlukan anda memasukkan maklumat waris.

Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-

(a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
– No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
– No. Kad Pengenalan Lama
– Sijil Lahir
– No. Pasport

(b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Beranak / Pasport.

(c) Isikan Nama Penuh Waris dalam permohonan Bantuan Sara Hidup ini

(d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
– Pasangan
– Ibu / Bapa
– Anak
– Adik-Beradik
– Cucu

(e) Isikan Nombor Telefon Waris.

 

Permohonan BSH 2020 # 8 (Pengesahan)

Langkah seterusnya dalam permohonan Bantuan Sara Hidup, anda perlu buat pengesahan.

Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’.

Paparan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan untuk di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya.

 

Permohonan BSH  2020  #9 (Simpan & Hantar)

Langkah terakhir dalam proses mohon Bantuan Sara Hidup adalah simpanan dan hantar permohonan.

Pada Paparan Simpan / Hantar, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon.

Sekiranya pemohon klik pada butang’ ‘SIMPAN’, data pemohon akan disimpan di dalam MyBSH untuk pemohon membuat sebarang kemaskini sebelum menghantar.

Sekiranya pemohon klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan.

 

Akhir kalam

Permohonan Bantuan Sara Hidup online

Kami berharap, dengan adanya panduan dan cara mohon Bantuan Sara Hidup 2020 ini, serba-sedikit dapat memudahkan urusan permohonan anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bsh permohonan baru 2020
  • permohonan bsh 2020
  • www bsh hasil gov my
  • permohonan baru bsh 2020
  • cara mohin bsh berkahwin
  • cara mohon bsh
  • MOHON UNTUK BSH

6 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Sara Hidup 2020 (Permohonan Online)”

  1. Saya masih bujang. Saya yang menanggung ibu saya sakit jantung n stroke yang dah tua , yang juga menganggur baru2 kerana keadaan sekarang ini. Adakah saya layak memohon ?

    Reply
  2. suami saya sudah meninggalkan rumah dan hilangkan diri sejak tahun 2016. Tiada menanggung lansung pebelanjaan rumah sehingga kini. saya bersama 2 orang anak. adakah saya berlayak untuk memohon bantuan bsh. saya tersinggung mengisi borang online sebab pilihan kahwin atau cerai, suami tiada tetapi belum bercerai, tidak berhubung sehingga kini. 1 anak masih bersekolah uthm atas bantuan ptptn.

    Reply
  3. Saya Ibu tunggal suami dah meninggal anak dah kahwin.
    Dia orang tak jaga saya.saya kena kerja.brim saya dah cancel mengatakan anak dah bear.

    Reply
  4. assalamualaikum…sy dh brstatus brkhwin…sy ingin sgt bntuan bpn…sy ad 3 ank..8 thun,4 thun dn 2 bulan…suami kje kmpung saja…sy tak krja…nak sara ank yg msih kje dan baby n bli susu pmpes ank…byar swe rumah lg…brharap sgt2 dpt bntuan sara hdup bpn ini…

    conteck..01151695587

    Reply

Leave a Comment