Cara Permohonan BPN Online 2021 (Bantuan Prihatin Nasional)

Ingin kami jelaskan di sini bahawa cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional secara online ini hanyalah untuk golongan yang tidak pernah terima BSH dan juga tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN.

Langkau artikel ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat yang baru sahaja diumumkan dalam Bajet 2021; dan juga bila permohonan BPR boleh dibuat.

Ini juga adalah cara permohonan BPN 1.0 yang lama. Sila baca cara mohon BPN 2.0 atau cara mohon BPR 2021 yang terbaru dalam #bajet2021

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar BPN 2.0 bagi pengguna baru, dan seterusnya buat permohonan BPN 2.0.

Secara ringkasnya:

  1. Sekiranya anda penerima BSH sebelum ini, anda tidak perlu mohon. Hanya tunggu sahaja pengumuman untuk buat semakan secara online.
  2. Sekiranya anda bukan penerima BSH, tetapi berada dalam golongan M40 yang membayar cukai pendapatan di LHDN dan menepati kriteria kelayakan, juga tidak perlu mohon.
  3. Jika anda tidak termasuk dalan dua golongan di atas dan anda rasa diri anda perlu diberikan bantuan kerana tidak tergolong dalam golongan M40 mahupun T20, serta anda tidak pernah memohon bantuan BSH ataupun membayar cukai, sila buat permohonan mulai 1 April 2020 nanti

Semakan pengesahan data akan dibuat dan bantuan secara adil akan diberikan kepada mereka yang layak.

Sila baca cara login Bantuan Prihatin Nasional untuk buat permohonan BPN. Setelah selesai mohon, sila buat semakan BPN, samada diterima atau tidak.

Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.

Sila buat semakan BPN Fasa 2 untuk mengetahui status pembayaran dan duit masuk.

Sedikit mengenai BPN

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional.

Bantuan ini adalah pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.

Bantuan kewangan ini juga adalah bertujuan untuk meringankan pendapatan rakyat yang terjejas teruk akibat Coronavirus COVID-19.

Bantuan Prihatin Nasional

Siapa yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional?

Berikut ialah syot layar daripada siaran media di Facebook Kementerian Kewangan Malaysia.

 

Pastikan anda berada dalam salah satu golongan ini untuk melayakkan untuk buat pendaftaran bagi menerima bantuan ini.

 

BPN Berkahwin, untuk pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah

 

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1600.
  • Amaun sebanyak RM1000 akan diberikan pada bulan April 2020
  • Amaun sebanyak RM600 akan diberikan pada bulan Mei 2020

 

BPN Berkahwin, untuk pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000

 

  • Bantuan untuk yang sudah berkahwin
  • Pendapatan isi rumah ialah campuran pendapatan suami dan isteri
  • Keluarga ini akan menerima bantuan berjumlah RM1000.
  • Jumlah RM500 pada bulan April 2020
  • Jumlan RM500 pada bulan Mei 2020

 

BPN bujang, untuk yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan bawah RM2000

 

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan
  • Khas untuk yang gaji bawah RM2000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM800
  • Jumlah RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Jumlah RM300 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

BPN bujang, untuk yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2000-RM4000

 

  • Bantuan Prihatin Nasional bujang juga diberikan kepada golongan ini
  • Khas untuk yang gaji dalam lingkungan RM2000 – RM4000
  • Individu bujang ini akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan April 2020
  • Jumlah RM250 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Cara permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Pertama sekali, untuk mengetahui samada anda perlu mohon atau tidak, sila baca cara semak Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu. Jika TIDAK LULUS, sila buat rayuan BPN.

Anda perlu mengetahui anda status anda adalah LULUS, TIDAK LULUS atau TIADA REKOD.

 

Sila ikut langkah di bawah untuk buat semakan status.

 

Semak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional

 

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
  6. Masukkan aksara CAPTCHA yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIADA REKOD:  Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional

 

Daftar Bantuan Prihatin Nasional

Seperti yang dinyatakan di atas, jika status semakan BPN ialah TIADA REKOD, barulah perlu buat permohonan baru.

Cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah lebih mudah jika anda mendaftar akaun BPN.

Ikuti langkah untuk mendaftar BPN seperti di bawah.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod
  9. Klik butang Permohonan Baru
  10. Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan
  11. Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?
  12. Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:
    • Kahwin
    • Ibu Bapa Tunggal  Balu / Janda / Dua Dan Mempunyai Anak
    • Bujang
  13. Klik Teruskan
  14. Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?
  15. Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban
  16. Klik Teruskan
  17. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN
  18. Masukkan Nama Penuh anda
  19. Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik
  20. Pilih Kata Kunci Keselamatan
  21. Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja
  22. Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan
  23. Antara soalannya ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran adan?
    • Apakah makanan kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  24. Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan
  25. Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan
  26. Klik Teruskan
  27. Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN sekali lagi
  28. Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda
  29. Klik Teruskan
  30. Isikan Kata Laluan
  31. Isikan Pengesahan Kata Laluan
  32. Klik Daftar
  33. Pendaftaran BPN anda sudah berjaya
  34. Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.

 

Permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional

Sila pastikan proses pendaftaran BPN sudah berjaya terlebih dahulu.

Selepas itu, ikuti langkah untuk mohon BPN seperti di bawah.

  1. Klik Log Masuk
  2. Di bahagian PENGGUNA, masukkan ID Pengguna
  3. ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  4. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  5. Jika betul seperti yang didaftarkan di atas, klik Ya
  6. Jika salah dan tidak seperti yang didaftarkan di atas, klik Tidak
  7. Kami andaikan anda klik Ya
  8. Anda akan dibawa ke bahagian PENGGUNA sekali lagi
  9. Tidak perlu masukkan ID Pengguna kerana ia sudah diisi secara automatik
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Klik Log Masuk
  12. Anda akan dapat lihat dua (2) tab di bahagian atas iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Pengesahan
  13. Di bahagian Maklumat Pemohon, isikan dengan lengkap:
    • Nama
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • No Telefon Rumah
    • Pekerjaan
    • Status Perkahwinan
  14. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  15. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  16. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap
    • Nama anak
    • No Kad Pengenalan anak
    • Umur anak
    • Status anak
    • Jika anda mempunyai anak lebih dari satu, sila isikan ruangan yang lain
  17. Klik Teruskan
  18.  Kini anda berada di bahagian Pengesahan
  19. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  20. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  21. Klik Sahkan Captcha
  22. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  23. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  24. Klik butang   jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  25. Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  26. Jika anda belum daftar BPN, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
  27. Jika anda sudah daftar BPN seperti di atas, klik Tidak
  28. Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
  29. Jika anda memilih Ya untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan.
  30. Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
  31. Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
  32. Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
  33. Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
  34. Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
  35. Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN

 

Status Permohonan BPN: LULUS

Bagi yang berstatus LULUS, sila kemaskini BPN jika perlu.

  1. Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
  2. Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  3. Klik Log Masuk pada bahagian Menu
  4. Masukkan Nombor Mykad anda
  5. Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
  6. Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
  7. Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
  8. Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
  9. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  10. Klik Log Masuk
  11. Jika semuanya baik, anda akan dapat Log masuk
  12. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan\

Jika status LULUS dan ada perubahan dengan Maklumat Pemohon, Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin), Maklumat Waris, Nombor Telefon, Nombor Akaun Bank dan lain-lain yang berkenaa, sila baca cara kemaskini Bantuan Prihatin Nasional

 

Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional: TIDAK LULUS

  1. Jika status permohonan BPN anda tidak lulus, tidak perlu Log Masuk
  2. Selepas masukkan Nombor Mykad anda, klik butang Carian
  3. Masukkan aksara CAPTCHA seperti dipinta
  4. Status TIDAK LULUS akan dipaparkan
  5. Butang ALASAN TIDAK LULUS juga akan dipaparkan
  6. Sebarang persoalan kenapa Bantuan Prihatin Nasional anda tidak lulus, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN

Jika status TIDAK LULUS, boleh cuba cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.

 

Cara permohonan BPN

Izinkan kami berkongsi, siapa yang perlu mohon dan siapa yang tidak perlu mohon.

Ini adalah untuk lebih mudah faham.

1) Siapa yang PERLU memohon?

Untuk mudah faham, cara buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu

  • Kategori yang tidak perlu memohon BPN
  • Kategori yang perlu mohon BPN

Setelah buat semakan dan status anda TIADA REKOD, anda perlu buat permohonan baru BPN.

Berikut ialah sedikit penerangan mengenai golongan yang PERLU buat permohonan BPN.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

 

2) Siapa yang  TIDAK PERLU memohon?

Setelah buat semakan dan status anda LULUS, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN. Tidak perlu buat apa-apa. Hanya tunggu duit masuk sahaja. Duduk diam-diam.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika anda suami isteri telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu mohon BPN
  • Ini bermakna, jika anda pernah terima BSH sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika anda suami isteri telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu mohon BPN
  • Ini bermakna, jika anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika anda telah diluluskan di bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak perlu mohon BPN
  • Ini bermakna, jika anda pernah terima BSH sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di bawah BSH

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

  • Jika anda telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu mohon BPN
  • Ini bermakna, jika anda pernah bayar cukai pendapatan sebelum ini, anda tidak perlu buat permohonan baru BPN
  • Pembayaran BPN akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN

Semoga penerangan mengenai cara permohonan BPN di atas jelas.

 

Cara pembayaran BPN

Setelah berkongsi cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional seperti di atas, izinkan kami berkongi bagaimana pembayaran akan dibuat kepada penerima.

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, duit BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN

 

Isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

Harus diingat, perkongsian di sini bukan hanya mengenai cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Ini akan perkongsian tentang pakej rangsangan secara keseluruhannya.

Berikut ialah senarai penuh isi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia

Akan terima RM500 juta untuk tingkatkan keupayaan dalam menangani Coronavirus COVID19

 

Dana Khas RM8 Juta

Akan terima RM8 juta untuk tanggung kos ujian saringan RM300

Pencarum insurans

Penangguhan bayaran premium selama 3 bulan kepada pencarum insurans yang terjejas.

Petugas khas COVID-19

Tingkatkan elaun petugas khas dari RM400 ke RM600 sebulan sehingga wabak berakhir

 

ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA

Elaun khas RM200 sebulan untuk ATM, PDRM, Kastam, Imigresen, RELA

 

Pelajar IPT

Pelajar di IPT  dapat bayaran sebanyak RM 200 secara one-off

 

Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal

Warga emas, kanak kanak, OKU, gelandangan, orang asal dapat bantuan makanan, kesihatan dan tempat perlindungan

 

Peminjam PTPTN

PTPTN tangguh pembayaran, memberikan penangguhan PTPTN mulai 1 April hingga 30 September 2020

 

MySalam untuk B40

MySalam pula memanjangkan manfaat kepada golongan b40 yang dikuarantin.

 

Pengeluaran pra-persaraan

Pengeluaran pra-persaraan sehingga jumlah RM 1500 tanpa cukai dari April ke Disember 2020.

 

Pengecualian sewa PPR

Memanjangkan pengecualian bayaran sewa PPR kepada enam bulan, ditanggung sepenuh oleh kerajaan dari April – September 2020. Bagi perumahan awam, DBKL memberi pengecualian.

 

Pengecualian sewa premis kerajaan

Pengecualian sewa untuk premis kerajaan seperti kafeteria dan bangunan kedai.

 

Diskaun bil elektrik TNB

15 peratus bil elektrik pelancongan, 2 peratus kepada lain lain- Tambahan, diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik.

 

Internet percuma untuk pengguna

15. Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain, dari April hingga PKP tamat.

 

Bantuan untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah

Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one-off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.

 

Pesara kerajaan

Pesara kerajaan- bantuan RM 500 one-off

 

Dana Makanan

RM 1 billion untuk dana makanan.

 

Dana khas untuk perladangan dan pertanian

RM100 juta untuk kemudahan infrasturktur. Dana khas untuk perladangan kawasan dan pertanian kawasan.

 

Subsidi upah, bantu majikan kekalkan pekerja

Program subsidi upah adalan untuk bantu majikan kekalkan pekerja. Upah RM 600 sebulan untuk tempoh 3 bulan. Khusus untuk mereka pendapatan bawah RM 4000 dan majikan yang mengalami penurunan 50 peratus.

 

Pemandu Grab

Pemandu E-hailing dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 500

 

Pemandu teksi

Pemandu teksi akan dapat Bantuan Prihatin Nasional secara one-off sebanyak RM 600

 

Pekerja kontrak

Kerajaan akan bayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor. Panjangkan tempoh kontrak selama sebulan.

 

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS)

Tambah dana dalam kemudahan khas, kadar faedah akan dikurangkan- Kerajaan akan tingkatkan saiz dana kepada 6.8 billion semua sektor ekonomi untuk tingkatkan akses PKS.

  • Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan,Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%
  • Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
  • Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha 14 taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
  • Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

 

Khidmat Rundingan Majikan

Bantuan Prihatin Nasional hanya untuk pekerja sahaja.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tidak meminggirkan majikan.

KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

 

Pengecualian levi HRDF

Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.

 

Penangguhan ansuran cukai pendapatan LHDN

Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

 

Pinjaman MARA dan TEKUN

Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

 

Modal berniaga untuk usahawan B40

Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.

Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

 

Bayaran balik hutang sektor korporat

Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan 18 yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaan mereka.

 

Skim jaminan modal kerja perniagaan

Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan.

 

Projek kecil

Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4.

 

Akhir kalam

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Layari laman rasmi https://www.treasury.gov.my/ms/ untuk maklumat rasmi dan sahih.

Mari kita semua berdoa agar penularan wabak Coronavirus COVID-19 cepat hilang dari muka bumi ini.

Bagi yang layak menerima duit BPN, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila rujuk tarikh bayaran BPN dan pastikan baca cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional.

Semoga bermanfaat.

206 thoughts on “Cara Permohonan BPN Online 2021 (Bantuan Prihatin Nasional)”

    • assalamualaikum puan, puan tidak perlu apply bantuan nasional prihatin jika puan telah mendapat bsh. Wang akan disalurkan terus menerusi akaun bank bsn.

      Reply
  1. Mcm mne nk mohon..? Tak boleh keluar rumah tuk ke kaunter.., online pn sedapkan hati.. Sampai sekarang xbole log in.. Org berharap sgt.. Mnyakitkn ati..

    Reply
  2. bagaimaman cara untuk apply Bantuan prihatin online ni,minta tolong hantar link atau website untuk daftar online,,terima kasih

    Reply
  3. bagaimaman cara untuk apply Bantuan prihatin utk kerja di swasta dan pelajar IPT online minta tolong hantar link atau website untuk daftar online,,terima kasih

    Reply
    • Belum pasti lagi samada pelajar perlu buat permohonan atau tidak.

      Dikatakan bahawa pelajar-pelajar pengajian tinggi yang layak terima bantuan RM200 itu adalah dari universiti awam, universiti swasta, kolej matrikulasi, politeknik dan kolej komuniti.

      Dan tidak dapat dipastikan samada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), Giat MARA, IKBN, ILP, kolej swasta, Kolej Profesional MARA layak atau tidak.

      Wallahualam.

      Reply
  4. PM baru war2 kan berita ni tadi korang dah tanya mcm mana nak daftar onl. borang pun belum keluar lerrr. tgu la dalam 1 2 mnggu nanti ada la tu link utk daftar online. harap bersabar. dan jangan keluar rumah?

    Reply
  5. salam… Saya nak mohon BPN ni Saya adah tanggungan 3orang Saya BSH pun tak lulus atas sebab isteri saya warga negara Thailand

    Reply
  6. Assalammualaikim dan salam sejahtera. Maaflah saya menegur saudara/ri.
    Tidakkah anda semua membaca setiap pemakluman masej berikut dengan teliti dan tidak seladar membaca sekali imbas??

    Kan, pemaklum sudah beritahu, mereka pun belum ketahui bagaimana caranya untuk memohon bantuan tersebut sebab kerajaan pun masih belum beritahu tatacara bagaimana yang sepatutnya di lakukan oleh saudara/ri di Malaysia untuk memohon bantuan tersebut.

    Tolonglah, fahami dahulu pemakluman tersebut. Dan baca dengan teliti setiap isi masej tersebut.

    Sekian, terima kasih…
    ☺?

    Reply
  7. Yang Tak Faham Kenapa KWSP Buat Pengeluaran I.Lestari mcm Tu tak masuk akal.. Apply 1/4 tpi dapat Bulan 5.. fikir logik lah… Kami nie dh tak keje 1 Bulan.. Kononnya kerajaan keluarkan syarat walaupun cuti wajib bayar gaji PEKERJA.. Kita pun faham masalah company takde income sebulan.. Sepatutnya Dari Sekarang Semua Permohonan Dah Boleh Buat Kenape Nak Tunggu 1/4.. Yang Entah Belum tentu dapat Dalam Bulan Tu.. haii.. Makan Maggi lagilah Bulan 4

    Reply
  8. Saya Zurina, ni la nama yang akan di sebut pada permulaan coversation, Macam mana nak apply..macam mana, duit x ada nk bagi anak makan, laki pon x ada duit, dia dekat n. Sembilan, aku dgn anak dekat KL, Cuma kata2 saja dgn ayat… Bg tahu macam mana nak mohon laaaa… Pampers anak x ada, susu anak pon x ada niii,ni tinggal beras, mkn bubur je nih… nk jual nasi lemak dari rumah ke rumah pon org x buka pintu, saya accident patah tangan kiri boleh jln dgn anak jual nasi nk hidup org x nak beli, mcm mana nak hidup ni, call number 0388882010 ckp sabar cik.. Ckp dh berkali kali update nk attach file bantuan rm600 perkeso, x boleh load attach number yg kamu bagi 038892359 0388862409 0388903404 Sorang pon x angkat.. Cakap call balik bila x ada orang angkat, bila call ckp dgn org lain, mcm x ada hati perut nk layan, aku x ada duit giler,,, mcm mana nak terus kan kelangsungan hidup, adakah aku perlu jd pelac*r… Tolong la bantu weiii,,, ya Allahhhhh

    Reply
  9. Perkeso rm600 tu dh isi panjang2 sampai last tu suruh load attch.. X boleh attch.. Nk mohon zakat selangor, bukan ddk selangor, tp dh tutup pulak bantuan tu.. Yg bantuan lain cuma indah Rupa dari khabar… Orang keje kerajaan gaji dah masuk, boleh terus kan hidup.. Ni kami yang kerja sendiri.. Kerja bukan kerajaan nak makan apaaaa… Fikir laa… Kereta x bergerak x apa.. Ni perut yang x bergerak nak makan apa… Kucing 5 ekor dah hantar dekat bawah… Berharap dia boleh cari makan sendiri… Nak makan pon x ada duit nihh… Tinggal beras sekampit dgn duit rm100 dlm tangan… Fikir laa.. Ni email saya.. [email protected]

    Reply
  10. Content dah menarik. Tapi sayang menipu. Kalau tak tahu cara nak apply bagitau la awal2 di atas sekali. Ni tak. Dekat bawah baru nak bagi tahu. Ingat berkat ke buat duit dengan memainkan perasaan orang? Orang punya laa tercari2 cara nak mohon.

    Reply
  11. Saya amat gembira dengan usaha kerajaan membantu rakyatnya.

    Dengan kategori ini:

    Bantuan Prihatin Nasional
    Bayaran tunai secara ‘one off‘ dan pertama kali disalurkan kepada golongan M40 dan kebawah.

    Jumlah bayaran RM1600 kepada isi rumah (4000 kebawah).

    Bayaran Bantuan Prihatin Nasional pada bulan April RM 1000, RM 600 bulan Mei.

    RM 1000 (pendapatan lebih RM4000- RM 8000). Bayaran bulan April RM500, Mei RM 500
    RM 800 (bujang berusia 21 keatas dan pendapatan RM 2000 ke bawah) RM 500 April, RM 300 bulan Mei
    RM 500 (individu bujang 21 keatas pendapatan lebih RM 2000- RM 4000) RM 250 April, RM 250 Mei
    Baki tunai BSH- dibayar Julai 2020

    kenapa golongan bujang yang gajinya tidak tersenarai di kategori atas tidak di beri bantuan? Golongan ini juga mempunyai bebanan sara hidup untuk diri sendiri dan juga keluarganya?

    Reply
  12. Salam saya suri rumah suami je kerja gaji dia rm 4k je memang tak cukup jadi bagaimana saya nak dapat duit rm1600 as mentioned by the pm..
    Plz help tq

    Reply
  13. sape yg tanya camna nk apply tu…. korang x baca ke artikel ni?? adoiii… aku pun nk apply.. tp tolongla baca dulu sblm nk tulis komen… berat66 sekmung…

    Reply
    • ***bersambang salam… Saya nak mohon BPN ni Saya adah tanggungan 3orang dan juga Saya sakit stroke d sakit jantung 4 thn Saya BSH pun tak lulus pasal suami guna nama sy tp tidak duduk bersama2 .

      ps:puteri shahira

      Reply
    • saya baru pension 26hb jan tahun ini 60 tahun. saya pembayar cukai hasil tapi pemohon baru bsh februari ini. permohonan tidak tahu lulus atau tidak saya ibu tunggal.

      Reply
  14. Saya telah mencari borang bantuan prihatin nasional tetapi tiadak dapat. Saya juga talipao bnanyak kali kepada pejabat tetapi setiap kali talipon “sedang digunakan”.

    Saya harap tuan boleh membantu . Saya seorang pesara, tiada bayar cukai lagi kerana tiada pendapatan. Yang akhir sekali saya berhanti membayar ialah pada tahun 2014.
    Bagaimana saya boleh daftar unuk memohon BPN?

    Reply
  15. *BANTUAN KECEMASAN KHAS COVID-19 BAITULMAL MAIWP YANG DITUTUP SEMENTARA WAKTU SEBELUM INI TELAH DIBUKA SEMULA*

    Nombor ini menerima panggilan masuk dan whatapps yang tinggi

    Mohon untuk terus Whatapps ke talian 01162520935 / 01165475657 / 01165502412 / 01162542728 / 01159209476 untuk maklumbalas yang lebih cepat.

    Reply
  16. Assalammualaikum semua.. Saya pon susah jgk.. Ada insan dlm ni yg bc comment saya, cik norhafiza beri sumbangan Rm150 semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik, murah rezeki, d kurniakan jodoh yg baik2, aminn… yang send email ajak one night pon ada, ya tuhan korang ni, time camni pon ada jgk bahalol mahlol…

    Reply
  17. Assalammualaikum..sya nak tnya…status sya dlm proses penceraian..blom dapat surat cerai…bekas suami mohon bujang sbb tiada tggunggan time bsh..sya tidak pernah pernah dapat bsh atau mana2 duit bantuan bsh selama ini…sbb alasan tiasa surat cerai..sya ada tggungan 2 org ank..so mcmana dlm bantuan prihatin ini sya perlu mohon kategori yg mana..bantuan prihatin ni ada nk menggunakan surat cerai ke…tlg bgi pencerahann…

    Reply
  18. Saya seorang lepasan IPT. Dulu ada menerima bantuan sara hidup. Tetapi sekarang saya sudah bekerja. Selepas buat semakan, maklumat menjelaskan yang saya masih pelajar IPT tersebut. Macam mana ye nak selesaikan?

    Reply
  19. tumpang tanya, if wife dah buat utk permohonan BPN, husband x perlu apply dah kan even husband x buat permohonan baru lagi. thats mean dlm satu family utk husband n wife satu permohonan saja.. betul x??

    Reply
  20. Assalamualaikum dn salam sejahtera.
    Sy ingin bertanya, sy bergaji RM 8800 sebelum tolak kwsp dn cukai. Sy ada 2 orang isteri dn 2 orang anak, soalannya, bolehkan sy memohon bantuan kerajaan ini.
    Terima kasih.

    Reply
  21. Saya seorang pesara berumur 77+ tahun dan juga seorang OKU Saya dalam golongan M40. Bagaimana saya nak memohon bpn. Dimana borang untuk di isi.

    Reply
  22. pendapatan saya 4001-8000,bila tekan semakan status tak lulus.tak faham leh,tiap2 tahun ada bayar tax.boleh kamu tolong,

    Reply
  23. Bila saya check semakan status keluar kemaskini pemohon bila sy tekan xboleh nk buka sedangkn sy dh masukkan kunci keselamatan..

    Reply
  24. hi application register dah lulus tapi bank account saya dah lama tak ade pakai pun dah tutup account macam mana nak update new bank account boleh tolong

    Reply
  25. Kawan saya penerima brim sebelum ini..bsh pun dia dapat tp kenapa utk BPN bila saya semak keluar ”TIADA REKOD”.
    Kena buat permohonan baru pula ke?

    Reply
  26. Macam mana nak mohon kalau xdak akaun Bank. Apa yg saya nak letak semasa pilih akaun Bank tu sbb xdak pulak tulis kat situ.

    Reply
  27. Saya nak bagi account bank untuk bantuan perihatin nasional akuan lama itu isteri punya sekarang nak atas nama saya macam mana caranya

    Reply

Leave a Comment