Bukan sedikit, malahan terlalu ramai yang terjejas akibat hilang pendapatan akibat penularan wabak Coronavirus COVID19 ini. Izinkan kami berkongsi cara mohon bantuan kewangan yang ada.
Kandungan
Cara mohon bantuan kewangan Bantuan Prihatin Nasional
Ramai sedia maklum, bantuan wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion ini adalah untuk pelbagai golongan termasuk bujang, B40, M40, pelajar IPT, pemandu Grab, pesara kerajaan, kakitangan awam dan lain-lain lagi.
Tidak perlu kami tulis panjang lebar di sini.
Jemput klik pautan ini untuk baca lebih lanjut mengenai permohonan BPN.
Cara mohon bantuan kewangan dari PERKESO (RM600 sebulan)
PERKESO memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) iaitu bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada majikan yang perlu diberikan kepada setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan wabak Coronavirus COVID-19.
Langkah ini adalah penting kepada ia dapat memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, yang hilang sumber pendapatan.
Golongan yang layak
- Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020
- Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
- Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
- Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja
- Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja
Cara buat permohonan bantuan kewangan PERKESO
Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja. Ini bermakna, pekerja tidak perlu buat apa-apa melainkan utnuk maklumkan dan ingatkan majikan supaya buat permohonan ERPC-19.
Buat masa ini, tiada sistem online dibangunkan. Majikan perlu buat secara manual dengan mengisi borang dan email kepada pihak SOCSO.
- Majikan perlu download borang ERPC-19
- Majikan perlu isi borang ERPC-19
- Masukkan butiran majikan seperti berikut:
- No Kod Majikan
- No Akaun Bank
- Nama Bank
- Nama Perusahaan
- Industri
- Alamat Surat Menyurat
- Nombor Telefon Majikan
- Nombor Faks
- E-mel
- Pernyataan jika mempunyai pekerja asing atau tidak
- Masukkan maklumat pekerja seperti berikut:
- Nama Pekerja
- No Kad Pengenalan
- Jawatan
- Nombor Telefon Pekerja
- Email Pekerja
- Tempoh Notis Cuti Tanpa Gaji (berapa hari)
- Gaji Semasa dalam Ringgit Malaysia (RM)
- Sediakan dokumen sokongan diminta seperti berikut:
- Salinan Penyata Akaun Perusahaan berserta Nombor Pendaftaran majikan
- Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat
- Lampiran senarai pekerja yang terlibat dalam format Microsoft Excel
- Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.
- Email borang dan lampiran Excel untuk senarai pekerja yang terlibat ke [email protected]
Cara mohon bantuan kewangan dari NADMA (RM100 sehari)
Kadar Bantuan Khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah RM100 sehari.
Bantuan khas RM100 ini adalah sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Bantuan khas RM100 ini juga adalah bagi sesiapa yang masuk wad, dan menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19 .
Untuk makluman, bantuan khas ini akan diberikan sekali sahaja one off sahaja dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Golongan yang layak
- Warganegara Malaysia yang bekerja, tetapi telah kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja, tetapp tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Warganegara Malaysia yang bekerja, tetapi telah kehilangan sumber pendapatan kerana menjalani rawatan di wad hospital disebabkan COVID-19.
- Warganegara Malaysia yang bekerja, tetapi tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital disebabkan COVID-19.
Golongan yang tidak layak
- Bukan warganegara Malaysia
- Memang tidak bekerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan semasa menjalani rawatan di wad hospital disebabkan COVID-19
Cara buat permohonan bantuan kewangan NADMA
- Layari laman web NADMA di sini: http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19
- Muat turun dokumen-dokumen di laman web
• Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
• Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
• Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank - Sila baca garis panduan yang diberikan dengan teliti
- Isi borang dalam Lampiran A, B dan C dengan cermat
- Sediakan dokumen sokongan diminta seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan, dengan perakuan sah
- Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di
Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan - Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di
rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta
Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di
- Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM
untuk merawat Covid-19 (warded)- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk
merawat Covid-19.
- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun, dengan perakuan sah
- Walau bagaimanapun, jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan
penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan
kuasa kepada waris seperti di Lampiran C berserta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
- Hantar borang permohonan ke alamat berikut:
- Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
- Ketua Pengarah
Cara pembayaran bantuan NADMA
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak
dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Permohonan bantuan kewangan dari Zakat Selangor (RM500 sekali sahaja)
Bantuan agihan khas Lembaga Zakat Selangor ini adalah sebanyak RM15 juta. Ini adalah untuk keperluan kebajikan dan perubatan untuk pemohon yang terjejas teruk akibat wabak Coronavirus.
Golongan yang layak
- Individu dan keluarga dari golongan B40 yang terjejas pendapatan (maksimum RM500 sahaja untuk setiap keluarga)
- Petugas hadapan COVID-19 dan pelajar (makanan bernilai RM30 untuk setiap petugas dan pelajar)
- Hospital-hospital yang menangani COVID-19 (bantuan dari segi peralatan dan perubatan)
- Peniaga kecil / penjaja (maksimum RM500 sahaja untuk setiap keluarga)
Cara buat permohonan bantuan kewangan LZS
- Layari laman web Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) LZS di sini: https://bkc19.zakatselangor.com.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Klik Daftar
- Baca syarat permohonan BKC19
- Lengkapkan permohonan
- Sediakan dokumen sokongan yang perlu dimuat-naik seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
- Untuk yang bekerja: Slip gaji / slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja / makluman dicutikan gaji / makluman dikurangkan gaji bulanan
- Untuk yang bekerja sendiri atau peniaga / penjaja kecil: Lesen erniagaan / resit sewa tapak perniagaan / dan apa-apa lagi dokumen yang membuktikan pendapatan
- Salinan bil api / bil air / bil Internet / cukai pintu atas nama pemohon, untuk membuktikan status mastautin
Status terkini
Dalam masa hanya dua hari, iaitu dari 25 – 27 Mac 2020, Lembaga Zakat Selangor telah menerima lebih 45,000 permohonan Bantuan Khas COVID-19.
Menurut laman web LZS, oleh kerana terlalu ramai yang memohon dan ia melebihi jangkaan, mereka akan
Permohonan kini sudah ditutup.
Maklumat terkini samada boleh mohon lagi, atau ditutup sepenuhnya, akan dimaklumkan pada 31 Mac 2020.
Akhir kalam
Kami sangat-sangat menyambut baik langkah kerajaan, agensi kerajaan dan Lembaga Zakat selangor yang ikhlas memberikan bantuan kewangan untuk meringankan beban orang yang dilanda kesusahan.
Bagi yang betul-betul terjejas dan kurang berkemampuan, kami harap anda bersabar atas dugaan ini. Sama-sama jaga perbelanjaan dan jangan terlalu boros berbelanja. Sentiasalah beringat untuk masa mendatang. Berjimat dahulu, sebelum duit bantuan masuk dalam akaun bank.
Bagi yang tidak berapa terjejas dan mempunyai kemampuan, kami harap anda dapat membantu golongan yang tersepit dan tidak mampu. Semoga sedikit pertolongan yang kita berikan, menjadi asbab untuk Allah berikan rezeki yang lebih banyak lagi. Semakin kita memberi, semakin banyak Allah ganti.
Sama-sama kita tempuhi tahun 2020 yang mencabar ini.
Semoga perkongsian mengenai bantuan kewangan Coronavirus COVID-19 ini serba-sedikit dapat melegakan kerisauan anda.
Bagi yang memohon BPN, jangan lupa untuk semak cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional, setelah selesai buat permohonan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- mohon bantuan kewangan
sy nak apply bantuan
Sy Nk mohon bantuan kewaang
Brim yg terakhir terima 2017
2018, apply tidak layak
2019 apply tidak layak
2020 apply tiada dalam permohonan
Merasa pelik dan hairan maklumat sy dibuang begitu sahaja
brim terakhir 2017
*2018 rujuk lembaga hasil
minta penyata kewangan sah
tidak dapat di penuhi
gagal
Macam mane isi permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional? Tolong nyatakan.
Terima kasih.
Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.?????
ni menatang pa ni,apa 2 hinga 6 tu
ni pa plak? Penyata Akaun Perusahaan???
ni pa dia?Nombor Pendaftaran majikan
Suami saya pemandu grab full time (pendpt TIADA sepanjang PKP sejak 18Mac 2020 TIADA pendpt)macammna nak Mohon bantuan online
Sy nk mohon bantuan..sy asnaf dri mula pkp smpai skrng sy tak dapat mne² bantuan..saya perlukan bantuan kewangannya.nk buat online tak tahu.harap dpt membantu saya.
Assalamualaikum….Saya bekerja sendiri sebagai mekanik dan bengkel hanya di hadapan rumah persendirian tidak mempunyai premis bengkel….Bagaimana saya boleh memohon bantuan untuk perusahaan kecil terjejas akibat covid 19.. sejak perintah kawalan PKP dibuat,saya hilang punca pendapatan…
Saya nak Minta bantuan untuk budjang
Sy nk mohon bantuan..sy dri mula pkp smpai skrng sy tak dapat mne² bantuan..saya perlukan bantuan kewangannya.nk buat online tak tahu.harap dpt membantu saya.
Saya nak mohon bantuan kewangan, sy merantau kerja di KL, Daripada sabah