Cara Mohon Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Permohonan Bantuan Melalui Whatsapp)

Bagi anda yang menonton berita atau baru sahaja menerima SMS dari MKN berkenaan bantuan Bakul Prihatin Negera, izinkan kami berkongsi maklumat lanjut berkenaan cara mohon Bakul Prihatin Negara yang boleh dibuat melalui beberapa cara.

1. Cara mohon Bakul Prihatin Negara melalui Whatsapp 019-2615999

Ini adalah yang yang paling pantas. Namun, kami tidak pasti samada cara ini akan membolehkan anda cepat menerima reply atau tidak. Takut-takut double tick sahaja.

Berikut ialah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Klik pautan ini https://wa.me/60192615999 ; atau
  2. Buka Contacts
  3. Save nombor 019-2615999 sebagai Bakul Prihatin Negara
  4. Hantar mesej Whatsapp ke contacts yang baru disimpan tadi
  5. Untuk panduan ringkas, berikut antara mesej yang boleh dihantar:

Salam,

Saya XXX

Saya berumur XX tahun dan sekarang tinggal di XXX bersama XXX

Sepanjang Covid-19 dan PKP, saya selalu terputus bekalan makanan.

Saya sangat-sangat berharap akan bantuan Bakul Prihatin Negara ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 012-1234XXX

Jika anda sudah hantar mesej Whatsapp seperti di atas, mohon berikan maklumbalas di ruangan komen. Ada antara pembaca kami mengatakan bahawa sehingga 1 jam, masih lagi belum berbalas. Malahan, hanya single tick sahaja.

 

2. Cara mohon bantuan Bakul Prihatin Negara melalui Talian Kasih 15999

Jika anda jenis yang tidak suka taip mesej panjang-panjang melalui Whatsapp, boleh cuba langkah berikut:

  1. Pastikan telefon anda masih lagi mempunyai kredit
  2. Tekan nombor 15999
  3. Tunggu sehingga dijawab
  4. Jika berjawab, maklumkan pada Talian Kasih mengenai masalah ada
  5. Berikut adalah antara yang boleh dimaklumkan pada pihak sana

Assalamualaikum,

Saya XXX

Saya berumur XX tahun dan sekarang tinggal di XXX bersama XXX

Sepanjang Covid-19 dan PKP, saya selalu terputus bekalan makanan.

Saya sangat-sangat berharap akan bantuan Bakul Prihatin Negara ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 012-1234XXX

 

3. Cara mohon Bakul Prihatin Negara melalui Bilik Gerakan JKM Daerah / Negeri

Anda boleh hubungi berdasarkan nombor telefon dan alamat seperti berikut:

IBU PEJABAT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Tingkat 4,
Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972
Faks : 07- 224 0336
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Blok 7,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7416900
Faks : 09-7481264
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Aras Bawah, Zon C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Mu’adzam Shah
06550 Alor Setar
Kota Setar, Kedah.
Tel : 04-700 1700
Faks : 04-731 3407
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Unit G6, Tingkat Bawah IDCC Shah Alam
Jalan Pahat L, 15/L
Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5545 5598
Faks : 03-5545 5229
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis
Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri
01000 Kangar , Perlis.
Tel : 04-9731926
Faks : 04-979 1401
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
No. 36-2, Tingkat 2
Jalan KC 1
Bangunan Kota Cemerlang
75450 , Melaka.
Tel : 06-232 4670
Faks : 06-231 9221
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
Wisma Kebajikan
Lot 4273, Blok 14
Off Jalan Siol Kanan
93050 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-449577
Faks : 082-448741 / 082-448455
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan
Tingkat 1, Blok B,
Wisma Negeri,
Jalan Dato Abd. Malek,
70000 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06 – 765 9555
Faks : 06 – 7629 541
Emel : [email protected]

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah
Tingkat 6 & 8, Blok B,
Bangunan Wisma MUIS
Jalan Sembulan,
88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228
Faks : 088-22 4983 / 088-31 8304
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-5650222
Faks : 09-5165185
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Aras 35, Menara KOMTAR,
10564 Timur Laut, Pulau Pinang.
Tel : 046505259
Faks : 042635964
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
Ipoh
30000 Kinta, Perak.
Tel : 05-2545505
Faks : 05-2546505
Emel : –

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Tingkat 1,
Wisma Negeri,
Jalan Pejabat
20564 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51
Faks : 09-6239864
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 9, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
Kuala Lumpur
50564 , Kuala Lumpur.
Tel : 03-40441188/03-26124000
Faks : 03-40428185
Emel : [email protected]

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan
Peti Surat 81212
Jalan Tun Mustapha
87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan.
Tel : 087-424961
Faks : 087-418185
Emel : [email protected]

 

4. Apa barangan bantuan yang ada dalam Bakul Prihatin Negara?

Berikut adalah beberapa barangan asas yang bakal diterima oleh pemohon:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

 

5. Siapa yang layak menerima bantuan ini?

Mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan dengan COVID-19 layak memohon. Walau bagaimanapun,  setiap keluarga hanya layak untuk memohon satu permohonan Bakul Prihatin Negara.

Contohnya; jika satu keluarga ada 5 orang yang tinggal serumah, hanya seorang sahaja boleh buat permohonan.

 

6. Berapa lama akan terima bantuan?

Maklumat yang kami terima, pemohon bakal menerima bantuan Bakul Prihatin Negara ini dalam masa 24 jam selepas membuat permohonan.

Namun, mungkin lambat, mungkin cepat. Ini kerana penghantaran adalah bergantung kepada beberapa perkara berikut:

  • Hari bekerja (Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti di negeri-negeri tertentu)
  • Jumlah permohonan yang diterima setiap hari (pemprosesan mengambil masa, bukan serta merta)
  • Lokasi, jarak dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon (ada yang jauh di pedalaman)

53 thoughts on “Cara Mohon Bakul Prihatin Negara JKM 2021 (Permohonan Bantuan Melalui Whatsapp)”

  1. Pada masa skrng sy betul2 dlm kesempitan hidup amat memerlukan bantuan..semua jabatan yg berkenaan sy mohon..tp hampa!!adakala sy merasakan fedup utk mohon..sy ingin mencuba lg dgn mendapatkan bantuan bakul prihatin..t.ksh

    Reply
  2. Assalam, saya Muhammad Alif yang terjejas kerana covid 19 tidak dapat berkerja dan saya harap dengan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan kami sekeluarga

    Reply
  3. Pada masa skrg sye betul2 dlm kesempitan hidupsye baru pindah rumah rumah yang saya duduk tu nak duduk kembali dengan saya tak ada wang dengan saya nak cari duit permukaan rumah lagi dengan tak ada kerja lagi betul-betul saya memerlukan bantuan ni saya ibu tunggal dua anak saya menjaga mak saya ..tolonglah saya saya betul-betul memerlukan bantuan sye dh cuba semua jabatan?adakala sye merasakan fedup UTK mohon.. ini sye ingin mencuba lg dgn mendapatkan bantuan bakul prihatin ini..t.ksh

    Reply
  4. saya sekaranh tengah susah nak kene bayar duit sewa rumah , duit pinjaman bank , pastuh barang dapur . Saya jaga mak saya yang tengah uzur sekarang sayang tengah susah sangat saya memerlukan bantuan makanan . Sebab pada masa sekarang pkp nih tak boleh keluar rumah saya haral ada la bantuan makanan sikit untuk kami anak beranak makan .

    Reply
  5. Saya juga berharap dapat bantuan bakul makanan.sepanjang tempoh pkp suami saya hilang pekerjaan..duit simpanan pn xda.sering terputus bekalan makanan.

    Reply
  6. Saya menjaga seorang makcik , 4 orang anak dan sedang mengandung . Saya harap dengan bantuan daripada bakul prihatin negara dapat mengurangkan beban saya .

    Reply
  7. Assalamualaikum
    Saya Nur Hidayah 38 tahun balu anak 5 tinggal di ampang saya tidak bekerja sejak pkp saya memerlukan bakul bantuan makanan saya dah whasap pada number fon tersebut dan ini No saya 0172055300 harap dapat membantu terima kasih

    Reply
  8. Sya sekarang ni tengah susah MKN pun kena jimat2 KJ pun tiada sudah 6 tahun lagi2 pkp ni Sya harap adalah bantuan ni untuk meringankan beban kami sekeluarga

    Reply
  9. salam saya Roselin 28 tahun
    Status ibu tunggal 1anak berumur 2 tahun bersama ibu saya kini berumur 68tahun,
    Tinggal di miri Sarawak
    Pendapatan bulanan rm1050
    Tinggal Di bilik sewa rm350 sebulan.beharap dapat sikit bantuan keperluan dapur
    Belum pernah dapat mana2 bantuan bakul makanan harap2 dapat lh kali ni sekian terima kasih
    Nama:Roselin Anak jabah
    No tel:0128892717
    Email:[email protected]

    Reply
  10. Saya HASSAN BIN ALIMAN berumur43 tahun tinggal di Sabah taman Kinarut selatan saya tidak punya perkerja sudah 7tahun tinggal bersama ibu dan kami 4 adik beradik 3 tak berkerja l bekerja di Johor 1 kami juga ada jagaan anak adik kami di sabah pendapat ibu kami pun tak berapa banyak rm1100.klu di tolak 2 pun belanja dapur yg tinggal saya berharap sangat DPT bantuan makanan lah sejak pkp ni kami betul terdesak harap pihak pengurusan dapat meringankan beban Kamilah sekeluarga no fon 0165325145

    Reply
  11. Assalamualaikum ..Ayah saya ada Mohon untuk bantuan Bakul Prihatin Negara ..harap pihak JKM dapat memberi maklum balas dengan cepat ye..terima kasih

    Nombor WhatsApp Ayah saya
    011-12490881

    Reply
  12. Saya nak mohon bakul makanan, tinggal bersama keluarga di kampung Sepang.
    Masa PKP pendapatan tak ada kehidupan susah.
    Telefon 0102953408

    Reply
  13. Saya tinggal di Bukit Pelandok hendak mohon bakul makanan,masa PKP tak ada pendapatan,kehidupan susah。
    Telefon 0102953408

    Reply
  14. saya seorang ibu tunggal ada seorg anak ,dan saya tinggal bersama family menjaga orang tua,disebabkan pkp ni saya tiada pekerjaan ,harap bantuan bakul prihatin dapat membantu saya dan saya telah pun dah hantar wasap.terima kasih

    Reply
  15. Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak. Dan saya tinggal bersama ibu saya untuk menjaganya. Disebabkan pkp ini, saya tiada pekerjaan, saya harap bantuan ini dapat membantu saya. Dan saya sudah WhatsApp. Terima kasih.

    Reply
  16. Saya amat memerlukan bakul makanan dari pihak kerajaan.keran saya telah diberhentikan kerja tanpa notis dan sekarang tiada lagi sumber pendapatan..harap pihak kerajaan dapat membantu ..sekian terimakasih

    Reply
  17. Saya seorang ibu tungal bersama 3 anak
    Sejak pkp saya tak dpt bekerja lagi,harap bantuan bakul perihatin dapat membantu saya dan saya telah pun mengisi wasap tp tiada sebarang jawabpan .

    Reply
  18. Saya Puan Noridah Binti Ismail,ingin memohon bantuan bakul prihatin ni,tinggal di NO.21,JALAN IMAM AYOB 2 C,TAMAN SERI KAPAR 2,42200 KAPAR,KELANG,SELANGOR,amat terkesan dgn pendamik Covid 19,Dan PKP,suami Ade sakit kencing manis,darah tinggi Dan jantung,tiada pendapatan tetap,Saya dah hantar wassap,tapi tiada respon

    Reply
  19. SALAM..
    SAYA SURIANTE BINTI RAZALI SEORANG IBU TUNGGAL ANAKL TIGA.SEPANJANG COVID 19 DAN PKP INI SAYA SELALU TERPUTUS BEKALAN MAKANAN..KERANA TERPAKSA MEMBAYAR HUTANG KEPERLUAN YANG LAIN. SAYA SANGAT MENGHARAP AGAR DAPAR BANTUAN BEKALAN BAKUL PERIHATIN NEGARA INI.TERIMA KASIH

    Reply
  20. Assalamualaikum saya masnah binti bustarin saya seorang ibu tunggal Salama sy duduk di pusat keurintin barmacam sy mohon bantuan makanan dari mana 2 di sabap kan anak sy tinggal di rumah dan di Keurintin di rumah tapi saya yg masuk ICU di sabap kan positif covid dan mengharap bantuan makanan dan dari mana mana yg perihatin

    Reply
  21. Assalamalaykom dan salam sejahtera semua. Pada yang duduk di area KL, sila tinggalkan number telefon anda. Saya bukan dari pihak kerajaan tapi mau membantu beri sumbangan kecil seperti bakul prihatin yang disenaraikan di atas. Semoga kalian semua tabah dan bersabar dgn dugaan buat masa sekarang. Take care..

    Reply
  22. Saya amsiahrazak saya berumur 22 tahun dan sekarang tinggal di lahad Datu Sabah bersama anak dan suami saya sepanjang covid19 dan pkp.saya selalu terputus bekalan makanan Saya sangat berharap akan bantuan bakul prihatin negara ini..untuk maklumat lanjut.boleh hubungi Saya di talian 0168064920

    Reply
  23. Saya amat memerlukan bantuan bakul makanan kerana kami selalu kekurangan bekalan makanan pada setiap hari sepanjang covid 19 ini..Mempunyai 4 orang anak dan tinggal di Ipoh,perak..Saya harap boleh dapat bantuan bakul prihatin ini. Boleh hubungi atau message di whatsapp 011-30827254..Terima kasih..

    Reply
  24. Assalamualaikum…saya hayati dari pahang…sy tidak bkerja..suami juga hilang sumber pendapatan…xdpt turun ke laut…dan xdpt mniaga…akibat pkp….sy mohon sedikit bantuan untuk anak dn mak sy…pampers dewasa dn pampers baby+susu dupro 2 dn susu untuk warga emas…ank sy berumur 2tahun..mak sy 73.

    Reply
  25. Mohon bakul prihatin sebab dekat 2 tahun takde kerja juga pendapatan..duduk rumah emak bersama 2 org anak dan isteri serta menjaga emak yang sakit ( 5 org ) semua
    ic 741124-11-5239
    Acc 163082024764 mbank
    Tel 0168193390

    Reply
  26. Salam saya dah wsap tp x ada respon sya mmang memerlukan sbb saya stu family kn covid positif
    0176015170 no saya harap pihak tuan

    Reply
  27. Saya bekerja sebagai tukang rumah,sudah 4 bulan tiada pendapatan,rumah sewa,bil api masih tak bayar,barang didapur pun sudah kehabisan,kekadang ambil mesin rumput tapi tak ada hari2,dapat cukup2 beli sayur.sekarang makan kicap dengan telur.nak berhutang kedai tak bagi,minta bantuan kelurga mereka pun cukup pakai sendiri..jadi tolonglah bantu saya,kesian isteri selalu termenung fikir pasal masalah kos sara hidup.pernah dapat bantuan dari jkk kawasan 3 bulan lepas tapi pakai untuk sebulan,syukur jugalah dapat tempoh hari,tapi sekarang betul2 duduk termenung.usaha setiap hari tapi belum ada orang nak mesin rumput.yang boleh hanya tawakal sajalah.bantulah setidak2 sekampit beras pun dh syukur buat kami.

    Reply
  28. Saya jaya, saya tukang urut ibu tunggal, 3 anak masih bersekolah. tiada pekerjaan dan pendapatan. Mohon bakul makanan. Saya tinggal di Seremban Rasah jaya. Hanya dapat kebajikan 300 sahaja. 0172950881

    Reply

Leave a Comment