Cara Memohon BSH 2020 Online (Untuk Permohonan Baru)


Jika anda menepati kriteria, boleh sahaja daftar dengan mengikuti cara memohon BSH 2020 yang kami tulis ini.

Jangan risau, permohonan untuk golongan bujang dan OKU pun lebih kurang sama sahaja. Cuma ada beberapa perkara yang tidak perlu diisi seperti maklumat anak.

Maklumat berkaitan

Cara Isi Borang BSH 2020 (Hantar melalui kaunter LHDN, bukan online)

Tarikh Pembayaran BSH 2020

Cara Pembayaran BSH 2020

Cara Memohon BSH 2020

Semasa artikel ini ditulis, permohonan BSH 2020 online di MyBSH masih lagi belum dibuka pautannya.

Maka, izinkan kami berkongsi dahulu contoh permohonan BSH terdahulu, yang kami rasa lebih kurang sama sahaja dengan BSH 2020.

Sementara menunggu , anda boleh rujuk cara memohon BSH 2020 di sini terlebih dahulu..

Cara memohon BSH 2020 #1 (Pengenalan)

Cara memohon BSH 2020

  • Panduan ini adalah dari penerangan rasmi oleh LHDN yang boleh didapati di sini.
  • Kami sekadar menulis semula cara buat permohonan BSH 2020 yang lebih mudah difahami dan lebih senang untuk buat rujukan tanpa buka fail PDF.

 

Cara memohon BSH 2020 #2 (Klik bsh.hasil.gov.my)

Cara memohon BSH 2020

 

Cara memohon BSH 2020 #3 (Maklumat Pemohon)

Cara buat permohonan BSH 2020

Panduan dari LHDN

Lengkapkan Maklumat Pemohon:-

(a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”.
(b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
(c) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
(d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon.
(e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.

*Pastikan Nombor Telefon Diisi Dengan Betul Untuk Kegunaan Log Masuk Dalam MyBSH.

(f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-

– Kahwin.
– Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak.
– Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas.

(g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan:-
– RM 0 – 1,000
– RM 1,001 – 2,000 – RM 2,001 – 3,000 – RM 3,001 – 4,000

 

Maklumat tambahan

Nama

  • Isikan nama seperti di dalam MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan jangan dibiarkan kosong.

 

Nombor kad pengenalan (MyKAD)

  • Isikan nombor kad pengenalan seperti di MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh ditinggalkan.

 

Umur

  • Isikan umur pada tahun 2020.
  • Bukan umur pada tahun lepas
  • Jika anda lahir pada 31 Disember sekalipun, dan belum lagi masuk umur mengikut tarikh lahir, sila masukkan umur pada tahun ini.
  • Ruangan ini wajib diisi dan tidak boleh dibiarkan kosong.

 

Jantina

  • Isikan ‘1’ untuk lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk perempuan.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh dikosongkan.

 

Nombor Telefon Rumah

  • Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat.
  • Informasi ini hanya untuk kegunaan rasmi BSH sahaja.
  • Jika anda tiada telefon tetap di rumah, kosongkan sahaja.
  • Sila isikan nombor telefon bimbit dalam ruangan yang seterusnya.

 

Nombor Telefon Bimbit

  • Nombor telefon bimbit ini hanya untuk kegunaan penyaluran maklumat kepada pemohon BSH sahaja.
  • Nombor telefon bimbit wajib diisi semasa pengemukaan secara dalam talian.
  • Nombor telefon bimbit yang didaftarkan akan digunakan semasa proses semakan dan kemas kini permohonan BSH 2020 secara dalam talian.
  • Pastikan nombor telefon bimbit yang diisi adalah milik pemohon sendiri dan aktif serta masih boleh dihubungi.
  • Jangan sesekali meletakkan nombor telefon yang tidak aktif kerana anda akan mengalami kesukaran untuk menerima nombor TAC.
  • Transaction Authorization Code (TAC), iaitu sama seperti yang anda terima dari Maybank2u untuk membuat urusan bayaran bil atau pindahan wang, akan dihantar ke nombor handphone yang didaftarkan.
  • Jika nombor handphone yang diisi adalah milik individu berlainan, individu berkenaan dan pemohon akan dipertanggungjawabkan ke atas semua maklumat permohonan BSH.
  • Bukan itu sahaja, jika nombor telefon bimbit anda tidak sah, anda juga mungkin mengalami masalah untuk menyemak dan kemaskini permohonan.

 

Pendapatan Kasar Bulanan

  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank anda
  • Pilih ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Pilih ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Pilih ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Pilih ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Alamat Surat Menyurat

  • Masukkan alamat terkini anda
  • Pastikan maklumat tentang alamat adalah lengkap dan betul
  • Ini adalah untuk memastikan penyerahan surat makluman sampai kepada pemohon.

 

Cara buat permohonan BSH 2020 #4 (Masukkan Maklumat Pasangan)

Cara mohon BSH online

Panduan dari LHDN

Untuk status pemohon yang ‘Berkahwin’, isikan Maklumat Pasangan seperti :-

(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:- – No.MyKad / MyPR / MyKAS.
– No. KP Lama / Sijil Lahir.
– No. Pasport.

(b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport.

(c) Pilih Jantina Pasangan.

(d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan:-
– RM 0 – 1,000
– RM 1,001 – 2,000 – RM 2,001 – 3,000 – RM 3,001 – 4,000

(e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan

 

Maklumat tambahan

Status Perkahwinan dengan Pasangan

  • Pastikan status perkahwinan pemohon yang diisi adalah pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
  • Isi ‘1’ jika status pemohon ialah Kahwin
  • Jika isi ‘1’, pemohon perlu mengisi ruangan B2 sehingga B8 dan B11 untuk memasukkan maklumat pasangan.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak kandung
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung, pemohon dikehendaki untuk mengisi ruangan B9 dan B10.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak tidak sah taraf
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak tak sah taraf, pemohon tidak perlu mengisi Bahagian B
  • Isi ‘3’ jika pemohon adalah warga emas yang hidup sebatang kara
  • Jika pemohon berumur 60 tahun ke atas, pemohon perlu mengisi ruangan B1 sahaja.

 

Nama Pasangan

  • Isikan nama penuh pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan lain seperti MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan.

 

No. MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

  • Isikan nombor pengenalan pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nombor kad pengenalan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nombor kad MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi.

 

No. KP Lama / Sijil Lahir Pasangan

  • Isikan Nombor KP Lama / Sijil Lahir seperti di KP Lama / Sijil Lahir jika tidak mempunyai dokumen pengenalan B3.
  • Bagi yang tidak mempunyai kad pengenalan lama, masukkan nombor surat beranak

 

No. Pasport Pasangan

  • Isikan Nombor Pasport pasangan seperti di Pasport
  • Hanya perlu masukkan jika pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan B3 dan B4.

 

Jantina Pasangan

  • Isikan ‘1’ untuk Lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk Perempuan
  • Hati-hati dalam mengisi bahagian ini
  • Jika pemohon ialah suami, isikan ‘2’ untuk isteri
  • Jika pemohon ialah isteri, iskan ‘1’ untuk suami

Negara Asal Pasangan

  • Hanya untuk pemohon yang mempunyai pasangan bukan warganegara Malaysia
  • Jika B5 diisi, isikan Negara Asal pasangan yang Bukan Warganegara Malaysia.

 

Tarikh Perkahwinan dengan Pasangan

  • Isikan tarikh perkahwinan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perkahwinan adalah merujuk kepada tarikh perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri.

Status Perceraian / Kematian Pasangan

  • Isikan ‘1’ untuk Perceraian
  • Isikan ‘2’ untuk Kematian Pasangan.

 

Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan

  • Isikan tarikh perceraian dengan pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Isikan tarikh kematian pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perceraian adalah merujuk kepada tarikh perceraian yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Tarikh Kematian Pasangan pula adalah merujuk kepada tarikh Kematian Pasangan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara.

 

Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan

  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan pasangan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah earnings yang pasangan terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank pasangan
  • Tulis ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Tulis ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Tulis ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Tulis ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Cara buat permohonan BSH 2020 #5 (Isi Status Ibu bapa dan Maklumat Anak)

Status Ibu Bapa Tunggal BSH

 

Untuk status ‘Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak’, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan.

 

Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-

– Isikan nombor MyKad/MyKid anak,
– Isikan nama anak,
– Isikan umur anak,
– Status anak samada ‘Anak Kandung’ / ‘Anak Angkat’.
* Anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi.

 

Cara buat permohonan BSH 2020 # 6 (Maklumat Bank dan Dokumen Sokongan)

Maklumat Bank BSH

Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-
– Pilih jenis akaun bank yang masih aktif.
– Masukkan nombor akaun bank.

 

*Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun kepada tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pemohon perlu memilih jenis ‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’.

 

Permohonan BSH 2020 Online  #7 (Isi Maklumat Waris)

Maklumat waris BSH

Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-

(a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
– No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
– No. Kad Pengenalan Lama
– Sijil Lahir
– No. Pasport

(b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Beranak / Pasport. (c) Isikan Nama Penuh Waris.

(d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
– Pasangan
– Ibu / Bapa
– Anak
– Adik-Beradik
– Cucu

(e) Isikan Nombor Telefon Waris.

 

Permohonan BSH 2020 Online  # 8 (Pengesahan)

Pengesahan BSH 2020

Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’.

Paparan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan untuk di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya.

 

Permohonan BSH 2020 Online  #9 (Simpan & Hantar)

Hantar Permohonan BSH 2020

Pada Paparan Simpan / Hantar, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon.

Sekiranya pemohon klik pada butang’ ‘SIMPAN’, data pemohon akan disimpan di dalam MyBSH untuk pemohon membuat sebarang kemaskini sebelum menghantar.

Sekiranya pemohon klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan.

 

Akhir kalam

Cara Buat Permohonan BSH 2020 Online

Kami berharap, dengan adanya panduan dan cara memohon BSH 2020 ini, serba-sedikit dapat memudahkan urusan permohonan anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bsh online 2020
  • surat permohonan bsh 2020
  • www bsh hasil gov my
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment