Cara Memikat Hati Lelaki (Orang Perempuan Mesti Baca)


Tidak ada dalam mana-mana buku yang menunjukkan cara memikat hati lelaki, terutamanya lelaki Melayu. Bukanlah bermakna ia sukar. Cuma ilmu memikat hati lelaki ini perlukan sedikit kesabaran.

Ingin kami tegaskan di sini, kami tidak akan berkongsi cara memikat hati lelaki yang sudah berpunya. Dan anda yang sedang membaca artikel ini, hentikanlah perbuatan yang tidak bermoral ini.

Cara memikat hati lelaki

Apa yang kami harapkan juga, jika anda pelajar sekolah, tips ini tidak berkenaan untuk anda. Tidak perlu baca dan fokus sahaja pada pelajaran di sekolah.

Sebaliknya, jika anda yang sudah stabil dan berkerjaya; dan sedang berkira-kira untuk mencari pasangan untuk berumahtangga, silakan baca.

Dan jika anda seorang isteri yang mahu memenangi, menggoda dan memikat hati suami, anda adalah golongan pembaca sasaran yang sebenarnya.

Berikut kami senaraikan beberapa cara memikat hati lelaki (atau suami) yang boleh dijadikan panduan.

Bagaimana nak memikat hati lelaki? Teruskan membaca di bahagian bawah ini.

 

Jangan nampak terdesak

Lelaki tak suka orang perempuan yang terhegeh-hegeh untuk memikat hati dia. Salah satu cara memikat hati lelaki ialah be cool.

Relaks.

Kalau dia suka, dia akan balas. Kalau dia peduli, dia akan kembali.

Misal kata, jika seorang isteri mahukan suami balas mesej dia, janganlah Whatsapp suami bertalu-talu. Lelaki lambat balas mesej itu sudah diketahui.

Jika terus tunjukkan keterdesakan, bimbang dia akan rasa tidak selesa.

 

Untuk memikat hati lelaki, jadikan dia superhero

Tak boleh buka penutup air mineral yang ketat?

Minta tolong dia buka untuk anda. Nampak remeh, tetapi lelaki akan rasa macam hero.

 

Jangan kongkong lelaki

Biarlah dia nak buat apa sekalipun. Jangan terlalu menghalang hobi dia.

Dengan kata lain, cara memikat hati lelaki ialah dengan berikan dia kebebasan.

Tidak ada orang yang suka dikongkong bukan?

 

Jangan bandingkan dengan bapa mertua

Seorang lelaki mendambakan yang dia menjadi idola isteri.

Jadi, dengan membandingkan kebaikan ayah sendiri dengan suami, dia akan rasa tak selesa. Suami akan rasa insecure. Siapa yang suka dibanding-bandingkan?

 

Jangan bandingkan anda dengan perempuan lain

Buat apa bandingkan dengan perempuan lain? Ayat yang mungkin keluar dari mulut seorang perempuan ialah “Kalaulah saya cantik macam dia, mesti best kan?”

Antara lain, “Kalaulah dapat handbag macam dia, mesti seronok kan?”.

Menurut VixenDaily, bila bercakap begini, ini menunjukkan anda seorang yang miserable atau kurang keyakinan diri

 

Cara memikat hati lelaki dalam diam

Diam ada banyak makna. Ada yang diam tak berkata-kata secara berhadapan.

Dalam kes sebegini, cara memikat hati lelaki dalam diam yang terbaik ialah dengan menunjukkan perangai baik. Tunjukkan sifat penyayang. Nescaya, akan cair hati lelaki itu.

Jika anda seorang isteri, sudah-sudahlah untuk berperangai masam dan marah-marah di rumah. Sesekali tukar penampilan diri yang lebih menarik bila berada di dalam rumah.

 

Cara memikat hati lelaki ialah dengan senyum

Mudah sahaja bukan?

Tidak perlu buat apa-apa. Bila bersua muka, maniskan muka dengan senyuman. Janganlah masam berpanjangan.

 

Akhir kalam

Cara memikat hati lelaki

Usahlah terlalu bersusah payah memikat hati lelaki jika dia tidak menunjukkan sedikit minat pun pada anda. Barangkali itu tanda lelaki ego. Orang dah tak suka, buat apa tunggu?

Bagi yang belum berkahwin, pastikan mencari lelaki yang baik untuk dijadikan suami. Ingat, calon menantu yang baik ialah yang menggelabah bila tiba waktu Maghrib.

Bagi yang sudah berkahwin, terimalah seadanya sikap suami kita. Kalau ada kekurangan, sama-sama perbaiki. Ingat, suami yang baik ialah yang solat subuh berjemaah di masjid.

Kami dapat rasakan, isteri yang berjaya memikat hati suami ialah yang berjaya membuatkan suami dia gemuk selepas berkahwin.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment