Cara Membuat Rayuan BPN 2.0 (Status Permohonan Tidak Lulus)


Bagi anda yang mendapat status Tidak Lulus selepas membuat permohonan BPN 2.0 baru-baru ini, anda boleh baca cara membuat rayuan BPN 2.0 seperti di bawah ini.

Bagi yang masih belum buat apa-apa, sila lakukan pendaftaran BPN 2.0 terlebih dahulu.

#1 Cara membuat rayuan BPN 2.0 online

Sebelum membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini, anda perlu buat semakan BPN 2.0 terlebih dahulu. Ini adalah untuk melihat status Lulus atau Tidak Lulus.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat empat (4) status semak Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan dipaparkan:
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Tiada Rekod
    • Tidak Layak
  10. Pastikan status yang terpapar ialah Tidak Lulus
  11. Jika ya, teruskan dengan langkah dengan klik butang Permohonan Rayuan
  12. Tidak perlu isi apa-apa, tidak perlu membuat kemaskini BPN 2.0 hanya klik butang Permohonan Rayuan itu sahaja
  13. Selepas itu, paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  14. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

 

#2 Cara membuat Bantuan Prihatin Nasional di kaunter LHDN

Mengikut proses rayuan BPN 1.0 Fasa Kedua sebelum ini, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN. Sila rujuk cara isi borang rayuan BPN 1.0 untuk penerangan yang lebih terperinci. Sekiranya ada panduan terbaru untuk BPN 2.0, kami akan kemaskini.

Berikut ialah cara membuat rayuan BPN 2.0 di mana-mana cawangan LHDN berdekatan.

  1. Sila rujuk laman Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bilakah tarikh boleh mula buat rayuan BPN 2.0 di cawangan
  2. Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:
    • Kad Pengenalan (MyKad)
    • Surat rayuan
    • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
  3. Sila berpakaian sopan dan beradab semasa hadirkan diri ke kaunter LHDN.
  4. Sila pastikan anda mengikut SOP PKPB sepanjang berurusan di LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

 

#3 Rayuan BPN 2.0 melalui email

Ini juga adalah salah satu proses rayuan BPN 1.0 Fasa Kedua melalui email yang dikongsikan sebelum ini.

  1. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke [email protected]
  2. Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang semakin kurang disebabkan Coronavirus COVID-19
  3. Kami cadangkan anda hantar dengan conoth tajuk seperti berikut:
    • RAYUAN BPN: 800505-05-5555
    • PERMOHONAN RAYUAN BPN. NO K/P: 801010-10-5333
  4. Pastikan anda tekan butang Send
  5. Buat pengesahan email telah dihantar dengan semak Sent folder
  6. Akhir sekali, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDN

 

Akhir kalam

Jangan bersedih jika status semakan anda Tidak Lulus. Mungkin itu bukan rezeki kita buat masa ini.

Walau bagaimanapun, merayu tetap merayu. Cuba sahaja cara membuat rayuan BPN 2.0 seperti yang dikongsikan di atas. Tidak salah mencuba. Dapat atau tidak, itu perkara kedua.

Sekiranya semua berjalan lancar, sila buat semakan tarikh pembayaran BPN 2.0 untuk mengetahui bila duit akan dikreditkan dan juga cara bayaran BPN 2.0 kepada semua pemohon.

Diharapkan agar proses rayuan ini dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • rayuan bpn 2 0

1 thought on “Cara Membuat Rayuan BPN 2.0 (Status Permohonan Tidak Lulus)”

Leave a Comment