Sejak tengah malam 1 April 2020, ramai rakyat Malaysia yang mencari-cari cara login Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk buat permohonan bantuan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Sila ambil maklum bahawa ini adalah panduan login bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk kemaskini terbaru, sila rujuk cara login BPN 2.0 yang baru.
Ramai yang kecewa kerana aliran trafik yang tinggi hingga menyebabkan ia tidak boleh dicapai.
Andai kata sudah kurang sesak, boleh ikuti cara untuk log masuk BPN seperti di bawah.
Selepas berjaya login dan mohon, jangan lupa buat semakan BPN, samada permohonan diterima atau tidak dan pembayaran duit sudah masuk akaun atau belum.
Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.
Kandungan
Cara login Bantuan Prihatin Nasional
Ada beberapa link yang anda boleh cuba untuk cuba log masuk BPN
Log masuk melalui hasil.gov.my
- Layari hasil.gov.my
- Lihat baris yang pertama
- Klik BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
- Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my
Log masuk melalui bsh.hasil.gov.my
- Layari bsh.hasil.gov.my
- Lihat bahagian atas sekali, iaitu tulis Bantuan Prihatin Nasional
- Klik https://bpn.hasil.gov.my
- Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my
Login Bantuan Prihatin Nasional melalui bpn.hasil.gov.my
Jika anda cuba log masuk melalui hasil.gov.my dan bsh.hasil.gov.my, pautan yang sebenar-benarnya ialah bpn.hasil.gov.my juga.
Untuk menentusahkan bahawa laman BPN yang anda cuba masuk adalah yang sah, pastikan anda nampak paparan seperti di bawah.
- Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang carian
- Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara CAPTCHA yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat tiga (3) status semakan yang akan dipaparkan:
- Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
- Jika status TIADA REKOD: Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
- Sebarangkan persoalan tentang status lulus atau tidak, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN untuk kepastian dan maklumat lanjut
Siapa yang PERLU login & memohon BPN?
Berikut ialah ringkasan mengenai golongan yang PERLU buat permohonan dan login Bantuan Prihatin Nasional.
Jika anda BUKAN golongan di bawah, tidak perlu buat permohonan.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Semoga penerangan mengenai cara mohon Bantuan Prihatin Nasional di atas jelas.
Tak boleh login Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?
Jika anda tidak boleh masuk ke pautan yang diberi, kami sarankan anda hubungi nombor telefon seperti berikut yang khusus untuk pertanyaan mengenai BPN:
Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia
Nombor telefon
- 03-8882 9089
- 03-8882 9087
- 03-8882 9191
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Waktu operasi 24 jam
Telegram
Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Nombor telefon
- 1-800-882-747
- 03-8911 1000
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Akhir kalam
Usah risau jika tidak dapat login Bantuan Prihatin Nasional.
Kemungkinan besar sistem tidak dapat dicapai kerana terlalu ramai yang cuba login dalam satu-satu masa.
Sila bawa bertenang dan cuba lagi.
Jika boleh login, jangan lupa kemaskini BPN.
Akhir sekali, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila ambil maklum dengan tarikh bayaran BPN untuk Fasa 1 & Fasa 2; dan juga cara pembayaran BPN.
Semoga bermanfaat.
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Status lulus tp smlai arini xmsuk2 ..
nak kemas kini tak dapat walaupun dah nak login pun takdpat tp betul smua tk dpt jugal
kemas kini bahagian yg ditanda seruan iaitu tarikh perkahwinan dan type perkenalan pasangan tp dua2 betul tp masih disuruh kemaskini….dah knapa
Tak dapat kemas kini bank akaun. Bagaimana bayaran BPN di buat.
saya semak status permohonan lulus rm 800 and account my bank tapi duit untuk fasa pertama pembayaran saya tidak terima. cmana tu ya.
boleh bagi pencerahan??
Kemaskini profil diri
Status lulus, Bank akaun no. macam mana masuk. bagaimana bayaran BPN di buat.
Dengan segala hormatnya, saya ingin bertanya kenapa bayaran bpn yang kedua saya untuk bulan Mei masih belum dimasukkan ke akaun Maybank saya sehingga hari ini,
Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum.Bagaimana nak betulkan no akaun bank di status BPN. ?. .sbb,sye punya no akaun bank salah.sye nk perbetulkan no akaun bank sye di BPN.blh bantu sye tk.?