Cara Kemaskini Gerak Malaysia (Alamat Asal & Destinasi)


Tahniah bagi sesiapa yang sudah buat permohonan Gerak Malaysia. Pastinya anda tertunggu-tunggu bila boleh buat semakan untuk balik ke destinasi yang diinginkan bukan? Dan sebelum dapat kelulusan, bagaimana pula cara kemaskini Gerak Malaysia, terutama bahagian Residential Address yang tersilap isi tempohari?

Untuk mengetahui status kelulusan, sila buat semakan Gerak Malaysia.

Sementara itu, izinkan kami membantu anda untuk proses kemaskini terlebih dahulu, agar perjalanan rentas negeri balik kampung dan balik bandar anda dipermudahkan.

KEMASKINI 3 MEI 2020

Kini, anda sudah boleh kemaskini Alamat Asal dan Alamat Destinasi, dengan syarat update app Gerak Malaysia terlebih dahulu.

Sila pergi ke Google Play Store atau Apple App Store, buat carian Gerak Malaysia, dan klik Update.

Ini dua ruangan yang anda boleh kemaskini:
Alamat Asal: Ini ialah lokasi asal yang anda sedang terkandas sekarang

Alamat Destinasi. Ini ialah lokasi destinasi yang ingin dituju.

Bukan hanya Residental Address sahaja sebelum ini.
PENTING

Ini BUKAN SALURAN RASMI  untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia.

Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.

Sedikit mengenai permohonan Gerak Malaysia

Bagi mereka yang terperangkap dan terkandas di kampung sejak PKP diumumkan pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda.

Namun, anda dikehendaki untuk buat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.

Bagi pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkandas yang terkandas di kampus, tidak perlu buat permohonan balik kampung semasa PKP.

Kemaskini Gerak Malaysia

Kemaskini permohonan balik kampung PKP

Cara kemaskini Alamat Asal & Alamat Destinasi

Kini, anda sudah boleh kemaskini untuk alamat asal dan destinasi.

Namun, ia dengan syarat anda perlu update app Gerak Malaysia terlebih dahulu.

  1. Jika anda gunakan Android, sila pergi Google Play Store
  2. Jika anda gunakan iPhone, sila pergi Apple App Store
  3. Jika anda gunakan Huawei, sila pergi Huawei AppGallery
  4. Tekan butang Update
  5. Selepas itu, sila klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda
  6. Kini, anda boleh mengisi Alamat Asal dan Alamat Destinasi

Alamat Asal: Ini ialah lokasi asal yang anda sedang terkandas sekarang

Alamat Destinasi. Ini ialah lokasi destinasi yang ingin dituju. Bukan hanya Residental Address sahaja sebelum ini.

Boleh rujuk screenshot dari Facebook MyGCC di bawah:

Update Gerak Malaysia online

Kemaskini Gerak Malaysia online

Permohonan Gerak Malaysia online

Permohonan rentas negeri balik kampung Gerak Malaysia

 

 

 

Kenapa perlu kemaskini Gerak Malaysia?

Kemaskini Gerak Malaysia untuk pengesahan perjalanan

Proses kemaskini perlu dilakukan oleh pemohon kerana ini adalah untuk mengesahkan perjalanan anda.

Kemaskini hanya boleh dilakukan bermula 29 April 2020.

Kemaskini Gerak Malaysia ini kebiasaannya adalah untuk dua bahagian atau ruangan ini:

  • Residential Address
  • Alasan untuk pergerakan

Penjelasan lanjut untuk kedua-dua perkara ini ada di bahagian bawah.

 

Cara kemaskini data maklumat peribadi di aplikasi Gerak Malaysia

Cara kemaskini data maklumat peribadi aplikasi Gerak Malaysia

  1. Pastikan anda sudah muat turun dan install aplikasi Gerak Malaysia
  2. Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda
  3. Tunggu hingga loading keseluruhannya
  4. Anda kini sudah masuk dalam aplikasi Gerak Malaysia
  5. Jangan klik Generate QR Code
  6. Lihat di bahagian bawah Generate QR Code, ada satu butang kecil Profile
  7. Lihat baik-baik kerana kedudukan yang agak tersembunyi
  8. Klik butang kecil Profile
  9. Klik ikon pensil
  10. Sila kemaskini maklumat data peribadi anda dalam apps Gerak Malaysia
    • Kemaskini Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
    • Kemaskini Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
    • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung di mana anda berada sekarang.
    • Kemaskini Bandar di ruangan City
    • Kemaskini Poskod di ruangan Postcode
    • Kemaskini jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
    • Kemaskini Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Passport jika berkenaan.
    • Kemaskini email di ruangan Email
    • Jika tiada email, tidak mengapa kerana ruangan ini tidak wajib

 

Kemaskini Gerak Malaysia, untuk ruangan Residential Address

Ini adalah permasalahan yang paling banyak dihadapi. Mungkin anda adalah salah seorang yang tersilap isi ruangan Residential Address?

Bukan kerana tidak boleh isi maklumat dalam Residential Address. Cuma tidak pasti sama perlu masukkan:

  • Alamat yang TERKANDAS di kampung; ATAU
  • Alamat destinasi di bandar

Kami ucapkan tahniah pada pihak MyGCC yang telah mengesahkan perkara ini.

Kemaskini Residential Address Gerak Malaysia

Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, anda perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS.

Anda juga wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.

 

Kemaskini Gerak Malaysia, untuk bahagian alasan untuk pergerakan

Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dipaparkan dengan mesej “Please select a valid reason of travelling out of your home”.

Anda diberikan beberapa pilihan kenapa mahu melakukan pergerakan.

Pilihan yang ada ialah:

  • Emergency Activity
  • Medical Treatment
  • Essential Activity
  • Essential Shopping
  • Interstate Travel

Sekiranya anda tersilap buat pilihan dalam proses permohonan tempohari, sila kemaskini dengan memilih Interstate Travel.

Dikhuatiri jika anda mahu buat pergerakan rentas negeri, tetapi buat pilihan yang salah, anda akan dikenakan tindakan undang-undang.

 

Download borang rentas negeri (tiada app Gerak Malaysia)

Bagi sesiapa yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk install app Gerak Malaysia, anda masih mendapatkan borang rentas negeri. Anda perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.

Walau bagaimanapun, borang ini hanya tertakluk kepada orang awam yang berada di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon membuat pergerakan.

Permohonan manual ini boleh dibuat bermula bila-bila masa. Selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan.

Kelulusan akan diberikan pada hari sama selepas borang berkenaan diserahkan.

Borang download borang rentas negeri dalam bentuk PDF di sini: https://www.lpkpm.org.my/uploads/BORANG%20KEBENARAN%20RENTAS%20NEGERI.pdf

 

Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut

Puas kami buat semakan di laman web rasmi.

Memang tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.

Walalu bagaimanapun, jika anda mengalami masalah teknikal, serta mahu maklumat lanjut berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah:

Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my.

Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.

 

Akhir kalam

Kemaskini permohonan rentas negeri untuk balik kampung PKP

Kami doakan agar permohonan anda selepas kemaskini data peribadi mendapat kelulusan.

Hati-hati memandu. Jika takut mata rasa mengantuk kerana sudah lama tidak jalan jauh, jemput baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.

Diharapkan agar perkongsian cara kemaskini Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.

Jika anda ada permasalahan, terutama sekali yang mahukan perjalanan dua hala untuk ambil isteri, anak, isteri lepas pantang, mak ayah yang rindu nak balik kampung, kerja luar kawasan, sila kongsikan di ruangan komen.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • alamat tempat tinggal dlm gerak malaysia

49 thoughts on “Cara Kemaskini Gerak Malaysia (Alamat Asal & Destinasi)”

  1. Saya terkadas di Lembah Pantai start PKP yg pertama. Saya asala Larkin Johor Bahru datang sini atas faktor kerja. Di tambah pula kerja dgn syarikat yg tidak memberikan Gaji kepada kepada SEMUA kakitangan. Kamu bayangkan duduk di KL tidak semudah yg disangka jika tiada Sumber kewangan. Oleh itu saya minta belas kasihan dari pihak berkuasa utk Benarkan saya balik ke kampung di Larkin yg merupakan kawasan Hijau kerana saya sudah Hilang Sumber pendapatan untuk terus bertahan di sini. Pada tanggal 25/4/2020 saya dapat panggilan dari ayah yg Ibu saya dimasukkan ke HSA JB atas faktor Kencing Manis dan amat menyedihkan Dr terpaksa Potong sebahagian kaki Ibu saya (27-29April) dgn keadaan skrg Ibu memerlukan sokongan moral Dari Anaknya dan tiada siapa yg dapat menjaga nya. Oleh sbb itu dgn masalah yg saya hadapi di KL lebih baik saya pulang ke kampung untuk menjaga ibu buat sementara waktu. Doakan saya dipermudahkan balik ke Larkin…saya rindu dan risau akan Ibu saya….Allah sahaja yang mengetahui…

    Reply
    • Ada pengangkutan awam seperti bas ekspress ke untuk rentas negeri?mak saya dari kl nk ke kuantan tp rentas negeri kan x bole 2 hala,so saya x bole mnghantar la maknanya kan

      Reply
  2. Assalam , tumpang tanye .. Kalau macam ayah sy dri Kuantan dia mahu ambil ibu sy di KL dan bawak pulang ke Kuantan .. Jadi di dalam borang “Gerak Malaysia” nama dan alamat siapa perlu di isi ??? Kerana yg terkandas ibu sy tetapi yg bergerak pergi ambil ayah sy ..

    Reply
    • Assalammualaikum..sy nk tanya ,isteri dan anak2 terkandas di kampung sg.petani kedah dah nk masuk 2bulan sbb balik kampung awal cuti sekolah..isteri sy kata mahu menaiki kereta saya sahaja utk pulang ke rumah..jadi sy dah berape kali rancang utk balik ke kampung ambil isteri dan ank sy 2 org tetapi masih tidak dapat ambil lagi..jadi bolehkah izin kepada saya utk ambil isteri dan ank sy di kampung..sy di rawang selangor hendak ambil isteri di sg.petani kedah.

      Reply
      • saya telah hubungi MKN. saya bertanya soalan yg sama. Suami gerak dari JB ambil saya yg terkandas di BP, jawapan MKN, tidak dibenarkan kerana itu sudah melibatkan 2 hala perjalanan..Hanya perjalanan sehala. MKN beri 2 jalan penyelesaian. 1.Drive sendiri atau 2.naik pengangkutan awam

        Reply
  3. Salam,sy ingin bertanya…Gerak malaysia ni adalah untuk dr kampung yg mn terkandas nak balik ke bandar di rumah masing2…saya ingin tahu,bagaimana pula jika mereka yg balik ke kampung masa cuti persekolahan bulan mac 2020,dan meninggalkan ank di kampung..septtye ank tersebut akn diambil pd akhir cuti persekolah..tetapi dimana pada peteghan cuti sekolah PKP telah dikuatkuasakan…jadi ank tersebut terkandas dikampung…sy minta kerajaan membuat satu cara seperti mn gerak malaysia dilakukan.sy ingin mengambil ank sy dikampung dan bw balik ke rumah kerana utk melakukan pembelajaran dan classonline yg diberikan oleh guru. Sekian Terima Kasih.

    Reply
  4. Aslamm,maaf bertanya kalau budak umor 14 Tahun hendak balik kediaman sendiri,Macam mana ya? Bukan ke ibu bapa yg kena ambil? Difahamkan app gerak malaysia hanya utk laluan sehala sahaja,Bolehkah beri kelonggaran yang sedikit utk kami mengambil anak dikampung? Perjalanan cuma antara daerah sahaja.

    Reply
    • Assalam..sekarang saya terkandas di kl mcm mane ayah saya nak datang amik saya disini? Kene isi gerak malaysia jugak ke?

      Reply
        • assalamualaikum…
          sy dari Kuala Lumpur nak book tiket fly untuk hantar kakak sy seorang sahaja balik ke Kelantan, dah confirm dengan tiketing Firefly mesti bawah bersama surat permohonan balik mesti berchop dari mane2 balai polis, baru pihak penerbangan release passenger menaiki pesawat.
          Masalah saya sekrg, sy dah pergi 2balai polis Kepong & balai Taman Ehsan. Tapi sangat berdukacita kerana mereka tidak boleh membuat pengesahan untuk saya dapatkan CHOP. Kenapa ye??
          Borang onn9 Gerak Malaysia pun sy dah isi..

          Reply
    • ada dpat feedback Ke??soalan sy nk tnya pon sama…ank umur 14thn,x kan nk srh naik grab plak…cuma lain daerah sj..dn mlibatkan 2 hala klau ambik ank…

      Reply
  5. Assalamualaikum,mcm syani bkan dri kampung tpi dri bwa anak dan isteri bercuti di ranau dan skrg mnumpanh d rumah saudara d ranau,tmpt kja sya d lahad datu jdi skrg ni persoalannya sya nk blik ke tmpt yg sya kja,anak dan isteri ikut sekli sbb kmi brgerak dri stu hala ke stu hala lain,yg x fhamnya knp apps gerak malaysia hnya tumpukn bhgian semenanjung sj sdgkn kes positif bnyk dri semenanjung mnkla kes positif sabah skrg ni agak kurang kes baru so mau tanya adakah kmi d sabah ni x boleh buat perjlanan blik tmpt kja sndiri atau hanya semenanjung sj yg d bnarkan

    Reply
  6. Mana satu yang betul ni. Di FB baca minta isi alamat tempat tinggal yang nk dituju. Kalo logiknya fikir pun macam tu. Sbb tu kene on gps.

    Reply
    • Selamat sejahtera, boleh saya tahu alamat mana yang perlu saya isi? alamat tempat tinggal saya atau alamat saya terkandas sekarang? Terima kasih.

      Reply
    • Kannnn sy isi alamat asal lepas tu org cakap isi alamat terkandas ohhh pening lahhh.mane 1 nak Caye ni tadi call PDRM die sruh call MKN call MKN sruh call PDRM…nak BH balik ke tak sebenarnyer ni.😓😭

      Reply
  7. Saya thenmozhi berasal dari kuala lumpur kita sekeluarga datang ke perak bulan Mac dan tidak dapat dikeluarkan selepas itu jadi kita sekeluarga hendak keluar ke Bandar kita di kuala Lumpur boleh tak??

    Reply
  8. Emak saya berada di Melaka dan tinggal seseorangan kerana PKP yg membataskan perjalan saya utk mengambilnya balik ke Shah Alam. Usia 84 Tahun dan ada berapa penyakit yg perlu perhatian dan keperluan makanan dari saya kerana saya adalah anak tunggal dan Ibu saya tinggal bersama saya. Dalam soal ini sememangnya saya mohon sangat2 pelepasan perjalanan pergi dan balik untuk mengambil Emak saya. Shah Alam ke Masjid Tanah, Masjid Tanah ke Shah Alam.

    Reply
  9. Assalamualaikum..mcm saya mase cuti sekolah bwk ank2 blik kg..suami di luar negara..bila suami sudah blik dikuarantin..rumah saya di pasir gudang..rumah mak di kluang..sama negeri johor..nak rentas daerah sahaja…suami nak balik rumah di pasir gudang bila habis kuarantin tp tiada kunci rumah..kami ank2 pn nak blik rumah disbbkan dah lama sgt tinggalkan rumah..

    Reply
  10. Salam..sy berasal terengganu..sekarang saya terkandas di petaling jaya..sejak pkp fasa 1 saya dah tak bekerja sampai lah sekarang..gaji pun tak ada..anak anak dan isteri ada kat kampung..harap bantuan bpn dapat membantu anak isteri saya kat kampung..saya nak balik tapi tak dibenar kan..adakah gerak malaysia ni untuk orang kampung balik kebandar sahaja atau orang yg terkandas di bandar pun boleh balik ke kampung..mohon pencerahan..dan sekarang dah 29/4/20 tak ada apa apa untuk dikemaskini kan lagi..

    Reply
    • sy ambil mak duduk rumah sy 1 hari sblm pkp diadakan kerana baby sittter kpd ank2 sy bersalin..mak tlg jga kn knon nye utk 1 mgu shj.. mak sy pulak bnyk org ambil tempahan baju raya dan terpisah dri ayh sy.. boleh ke sy sndri menghantar mak sy blik kg nnt? atau mak sy kne balik sndri menaiki grab atau pengangkutan awam?

      Reply
  11. Saya telah memohon gerak malaysia melalui telepon.tetapi saya salah tekan shooping macamana saya nak tutar ke interstate travel.

    Reply
    • Salam, anak2 dan istri terkandas di kg semenjak mula pkp, sy di KL. Klu perjalanan sehala bagaimana mereka hendak pulang kr KL. Idea untuk pulang ke KL mengunakan pengangkutan awam adalah sgt berisiko jangkitan berbanding guna kenderaan sendiri. Kerajaan kena bersikap sangat rasional dalam memerangi wabak ini. Kita mahu melindungi ahli keluarga dr jangkitan ini bukan nya makin merisikokan orang awam. Lagi satu adalah sukar untuk anak2 sy yang masih kecik baru 1 thn dan 3 tahun untuk mengunakan pengangkutan awam untuk mengikuti sop perjarakan sosial. Tolong pikirkan wahai MKN

      Reply
  12. Anak² sy terkandas d rmh nenek Mrk d kepong sekali cuti sekolah yg lalu.sy dgn isteri pula tinggal d salak tinggi, sepang…
    Ank² kami 4org berumur 11,10,8,7 tahun… Xkan nk Suruh naik pengangkutan awam?… Mohon pertimbangkan masalah kami ini.

    Reply
  13. Sy dah isi…tapi tak keluar langsung QR code. Madam mana Tu ya?
    Bagaimana yg tiada kenderaan sbb blk kg naik bas ekspres

    Reply
    • isteri saya pun terkandas di kelantan saya diperak kalau boleh dua hala syukur alhamdulilah kalau isteri ada pandai drive takpe ini tersangkut dari pkp 1 lagi macam mana agaknya nak balik hmm

      Reply
  14. Assalammualaikum. Saya menetap di sg besar pada awl cuti sekolah anak2 saya dah berada di kl untuk cuti seminggu sekolah bersama nenek beliau. Tetai 18hb dah mula pkp jd mereka terkandas di sana 2bulan dah.. anak2 saya bawah umur 3 org perempuan. Jd bg saya risiko jika mereka balik pakai transport awam tanpa org dewasa.. bagaimana cara saya hendak ambil mereka bermakna perjalanan saya 2 hala.

    Reply
  15. Saya dh terkandas di kpg sblm PKP 1..Saya sampai ke kpg di Kuching swk pd 12 Mac dn flight kembali ke Johor bharu pd 19hb Mac.. Tp di sbbkn PKP1 dn PKP bersambung sy terus xdpt balik ke Johor utk bekerja.. Tukar flight sudah berapa kali.. 2bulan sy x dpt bekerja dn menganggur.. Gerak Malaysia ini khusus utk semenanjung sahaja ke?? Mcm mana pula kami yg berada di swk sbh….. Nk balik ke semanjung???? Tiket MAS mahal mana yg mampu blh lh mcm kami nk beli tiket MAS telan air liur melampau2 harga nya…. Harap2 pihak yg berwajib tolonglah kami yg terkandas di sek dn di Sabah yg ingin kembali ke semanjung…

    Reply
  16. Salam..
    Dalam apps tu, macam mana nak tahu permohonan kita ni berjaya atau tau? Bila klik generate kod, paparan keluar ayat sama mcm cth diberi tu cuma bahagian bawahnya x ditulis OK tapi DISMISS..

    Ayah, Mak dan Adik saya dari Kuantan, Pahang tetapi terkandas di Skudai, Johor kerana niat nak hadir mjlis perkahwinan msa awal PKP. Tapi mjlis perkahwinan batal dan mereka pulak stranded xlepas nak balik ke kediaman asal.

    Sekarang ni, persoalan saya.. dalam apps tu macam mana nak tahu permohonan kita dah diluluskan atau tidak? Bila klik generate Kod, xkeluar pun kodnya.. Tp xmaklum pula kalau x berjaya.. Hari ni dh 1 Mei.. Mak, ayah dan adik dah risau xdapat balik..

    Reply
  17. assalammualaikum,sy harap sgt dpt lulus kn permohanan sy,sbb sy da lama kt kmpg sblm pkp lg,sy nak balik rumah sy sendiri,dah lama berjauhan dengan suami..

    Reply
  18. Anak saya enam tahun Ada Di rumah pakcik saya.cuti sekolah pada bulan 3 saya hantar utk 5hari.tiba tiba psl korono 19.anak saya tinggal di rumah pakcik. Sudah 1setengah bulan anak saya duk Sana. Anak saya dan saya rindukan kesayangan. Tolong bagi kebenaran utk saya ambil anak saya.

    Reply
  19. Saya nak balik rumah sendiri dipenang skg saya berada dikg dah 2bulan saya nak balik 4beranak gerak Malaysia kenapa x approved lagi

    Reply
  20. Selamat pagi,saya ingin tahu sama ada permohonan saya diluluskan sebab dah lama sangat saya tinggal di kampung.Saya perlu balik rumah saya sendiri untuk jaga mak mertua dan suami.

    Reply
  21. Dah 1mei apa jawapan pun tak ada cakap 29april update apa benda yang nak di update pn aku tak nampak….mohon penjelasan

    Reply
  22. Anak saya terkandas di kampung, perak masa PKP1, saya kena balik kampung bawa pulang mereka. Ini adalah 2 hala, adakah saya kena buat permohonan di balai polis?

    Reply

Leave a Comment