Cara Kemaskini Email PTPTN (Dapatkan No Pinjaman Secara Online)

Cara Kemaskini Email PTPTN (Dapatkan No Pinjaman Secara Online)


Telah lupa email yang anda gunakan untuk daftar PTPTN anda, ke?Adakah anda ingin update email dan nombor telefon anda yang terkini? Jadi, izinkan kami kongsikan cara kemaskini email PTPTN dengan maklumat yang tepat dan senang difahami.

Persediaan

Sifat lupa telah menjadi satu kebiasaan bagi manusia.

Jadi, jangan risau sekiranya terlupa kerana pasti ada jawapan bagi setiap masalah.

Email PTPTN dan nombor telefon yang terkini penting bagi pihak PTPTN untuk menghubungi anda sekiranya ada sebarang persoalan untuk mereka.

Anda juga boleh baca cara semakan baki PTPTN bagi mengetahui panduan yang lengkap.

Sila baca untuk mengetahui cara pembayaran balik PTPTN menggunakan online banking.

Cara Kemaskini Email PTPTN

Berikut merupakan cara mengemaskini e-mel PTPTN dan cara dapatkan nombor pinjaman secara online.

#1 Melalui portal pengemaskinian maklumat peminjam PTPTN

Sila baca cara di bawah bagi mengetahui cara kemaskini email dan juga telefon bimbit bagi PTPTN anda.

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/mail/Utama
  2. Masukkan MyKad pada ruangan No MyKad.
  3. Sekiranya anda tidak tahu nombor pinjaman anda, hubungi Careline PTPTN (03 2193 3000) yang tertera di bawah butang Log Masuk.
  4. Anda juga boleh dapatkan nombor pinjaman anda melalui online. Sila rujuk bahagian bawah.
  5. Setelah dapatkan nombor pinjaman anda, masukkan nombor pinjaman anda pada ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, klik Log Masuk bagi memulakan cara kemaskini email anda.
  7. Pada bahagian Kemaskini Maklumat, masukkan alamat email terkini anda pada ruangan Emel.
  8. Sekiranya ingin tukar nombor telefon anda, anda boleh berbuat demikian pada ruangan No. Telefon Bimbit.
  9. Kemudian, klik Seterusnya.
  10. Satu pop-up akan timbul mengatakan Anda pasti maklumat yang diisikan betul?
  11. Klik OK supaya cara kemaskini email PTPTN anda berjalan dengan lancar.
  12. Tandakan pada kotak Saya membenarkan maklumat saya disimpan oleh pihak PTPTN untuk rujukan pada tarikh 12-03-2021 11:53:11.
  13. Satu pop-up akan timbul mengatakan Anda pasti?
  14. Klik OK bagi teruskan cara kemaskini email anda.
  15. Kemudian, klik butang Simpan.
  16. Satu pop-up akan timbul mengatakan Maklumat berjaya disimpan.
  17. Klik OK.
  18. Sekiranya anda ingin cetak maklumat tersebut, anda boleh klik Cetak.
  19. Tapi pastikan printer telah disambungkan pada desktop atau laptop anda sebelum berbuat demikian.
  20. Selesai.

#2 Cara dapatkan nombor pinjaman secara online

Bagi cara kemaskini email PTPTN anda, anda perlukan nombor pinjaman anda terlebih dahulu. Oleh itu, sila rujuk cara di bawah.

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login.
  2. Masukkan MyKad pada ruangan No.Kad Pengenalan.
  3. Masukkan kata laluan pada ruangan Kata Laluan.
  4. Klik butang biru LOG MASUK.
  5. Pada sebelah kiri skrin, ada MENU kecil bagi teruskan cara kemaskini email PTPTN anda.
  6. Kemudian, klik PENYATA BAKI.
  7. Scroll sampai bawah sehingga BAKI KESELURUHAN PINJAMAN PADA 03/2021.
  8. Klik Semakan No Pinjaman supaya cara kemaskini email anda berjalan dengan lancar.
  9. Anda akan tiba pada laman MAKLUMAT NO PINJAMAN PEMINJAM.
  10. Nombor pinjaman anda akan tertera pada column No. Pinjaman.
  11. Selesai.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara kemaskini email PTPTN telah memudahkan lagi urusan anda. Kalau nak buat pembayaran nanti, boleh rujuk cara bayar PTPTN secara online.

Sekiranya anda ingin tahu cara apply kerja melalui email, sila dapatkan contohnya melalui artikel ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment