Cara Kemaskini BSH 2020 (Status Bujang, Kahwin, Cerai & Mati)


Dulu bujang, sekarang sudah berkahwin. Dulu berkahwin, sekarang sudah bercerai. Dulu belum ada anak, sekarang sudah ada anak. Jika anda termasuk dalam salah satu situasi tersebut, anda perlu tahu cara kemaskini BSH untuk tahun 2020.

Maklumat berkaitan

Permohonan BSH 2020 Secara Online

Cara Isi Borang BSH 2020 Secara Manual

Tarikh Pembayaran BSH 2020

Cara Pembayaran BSH 2020

Cara Kemaskini BSH 2020

Semasa artikel ini ditulis, borang BSH 2020 masih lagi belum dikeluarkan.

Maka, izinkan kami berkongsi dahulu contoh borang BSH 2019, yang kami rasa lebih kurang sama sahaja dengan BSH 2020.

Sementara menunggu tarikh rasmi permohonan BSH 2020, anda boleh rujuk borang ini dahulu.

Boleh download dalam format PDF di sini: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-01(Permohonan(BSH)2019).pdf

Borang BSH 2020 Borang BSH 2020

Sedikit tentang cara kemaskini BSH 2020

  • Artikel ini bertujuan membantu pemohon kemaskini BSH 2020, berdasarkan penerangan dari BSH 2019
  • Borang permohonan ini boleh dimuat turun di Portal Rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini: https://bsh.hasil.gov.my.
  • Penghantaran borang BSH 2020 secara faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA.
  • Boleh download contoh penerangan permohonan BSH 2019 yang rasmi di sini
  • Semua maklumat perlu diisi dalam Bahasa Melayu, bukan Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa
  • Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam atau biru sahaja

 

Cara kemaskini BSH 2020

Kami tulis panduan kemaskini BSH 2020 ini berdasarkan penerangan BSH 2019.

Kategori

Kategori BSH 2020

  • Untuk tujuan kemaskini BSH 2020, sila maklumkan status anda yang terkini.
  • Sila baca cara kemaskini BSH seperti di bawah
  • Lihat di bahagian kiri borang, berdekatan dengan lambang Malaysia, atau jata negara.
  • Isikan kotak berdasarkan status perkahwinan pemohon pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
  • Ada 3 pilihan:
    • ‘1’ jika status Kahwin
    • ‘2’ jika status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan mempunyai anak
    • ‘3’ untuk Individu Berumur 60 tahun ke atas.
  • Masukkan 1 jika status anda pada tahun ini ialah sudah berkahwin
  • Masukkan 2 jika status anda pada tahun ini ialah ibu tunggal, bapa tunggal, balu, janda ataupun duda. Kesemua pilihan tadi ialah untuk yang mempunyai anak sahaja.
  • Masukkan 3 jika anda berumur 60 tahun dan ke atas

 

Bahagian-bahagian dalam borang BSH 2020

Sebelum ini, izinkan kami berkongsi sedikit-sebanyak tentang bahagian-bahagian dalam borang permohonan BSH 2020 ini.

Untuk makluman, borang permohonan BSH 2020 mempunyai enam bahagian yang terdiri daripada:

  • Bahagian A: Berkenaan Maklumat Pemohon
  • Bahagian B: Maklumat Pasangan
  • Bahagian C: Maklumat Anak
  • Bahagian D: Maklumat Bank Pemohon (Akaun Persendirian)
  • Bahagian E: Maklumat Waris
  • Bahagian F: Perakuan Pemohon

Penerangan lebih lanjut seperti di bawah.

 

Kemaskini BSH Bahagian A (Maklumat Pemohon)

BSH Bahagian A

Berikut adalah cara kemaskini BSH jika ada pertukaran nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit dan pendapatan bulanan.

Nama

  • Isikan nama seperti di dalam MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan jangan dibiarkan kosong.
  • Tidak ada yang perlu dikemaskini di sini

 

Nombor kad pengenalan (MyKAD)

  • Isikan nombor kad pengenalan seperti di MyKAD.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh ditinggalkan.
  • Tidak ada yang perlu dikemaskini di sini

 

Umur

  • Isikan umur pada tahun 2020.
  • Bukan umur pada tahun lepas
  • Jika anda lahir pada 31 Disember sekalipun, dan belum lagi masuk umur mengikut tarikh lahir, sila masukkan umur pada tahun ini.
  • Ruangan ini wajib diisi dan tidak boleh dibiarkan kosong.
  • Tidak ada yang perlu dikemaskini di sini

 

Jantina

  • Isikan ‘1’ untuk lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk perempuan.
  • Ruangan ini perlu diisi dan tidak boleh dikosongkan.
  • Tidak ada yang perlu dikemaskini di sini

 

Nombor Telefon Rumah

  • Sila kemaskini nombor telefon rumah anda jika ada nombor yang baru
  • Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini hanya untuk kegunaan rasmi BSH sahaja.
  • Jika anda tiada telefon tetap di rumah, kosongkan sahaja.
  • Sila isikan nombor telefon bimbit dalam ruangan yang seterusnya.

 

Nombor Telefon Bimbit

  • Sila kemaskini nombor telefon bimbit anda jika ada nombor yang baru
  • Pastikan nombor ini adalah aktif
  • Nombor telefon bimbit ini hanya untuk kegunaan penyaluran maklumat kepada pemohon BSH sahaja.
  • Nombor telefon bimbit wajib diisi semasa pengemukaan secara dalam talian.
  • Nombor telefon bimbit yang didaftarkan akan digunakan semasa proses semakan dan kemas kini permohonan BSH 2020 secara dalam talian.
  • Pastikan nombor telefon bimbit yang diisi adalah milik pemohon sendiri dan aktif serta masih boleh dihubungi.
  • Jangan sesekali meletakkan nombor telefon yang tidak aktif kerana anda akan mengalami kesukaran untuk menerima nombor TAC.
  • Transaction Authorization Code (TAC), iaitu sama seperti yang anda terima dari Maybank2u untuk membuat urusan bayaran bil atau pindahan wang, akan dihantar ke nombor handphone yang didaftarkan.
  • Jika nombor handphone yang diisi adalah milik individu berlainan, individu berkenaan dan pemohon akan dipertanggungjawabkan ke atas semua maklumat permohonan BSH.
  • Bukan itu sahaja, jika nombor telefon bimbit anda tidak sah, anda juga mungkin mengalami masalah untuk menyemak dan kemaskini permohonan.

 

Pendapatan Kasar Bulanan

  • Sila kemaskini pendapatan anda yang terkini
  • Jangan menipu dengan meletakkan gaji yang lebih rendah
  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah income yang anda terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain seperti zakat, pinjaman dan lain-lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank anda
  • Pilih ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Pilih ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Pilih ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Pilih ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Alamat Surat Menyurat

  • Sila kemaskini alamat rumah anda yang terkini
  • Masukkan alamat terkini anda
  • Pastikan maklumat tentang alamat adalah lengkap dan betul
  • Ini adalah untuk memastikan penyerahan surat makluman sampai kepada pemohon.

 

Kemaskini BSH Bahagian B (Maklumat Pasangan)

BSH Bahagian B

Berikut adalah cara kemaskini BSH jika ada berlaku pertukaran status dari bujang ke berkahwin, atau perceraian dengan pasangan dan juga kematian pasanan.

Status Perkahwinan dengan Pasangan

  • Sila kemaskini status perkahwinan anda yang terkini
  • Pastikan status perkahwinan pemohon yang diisi adalah pada tempoh permohonan BSH tahun 2020.
  • Isi ‘1’ jika status pemohon ialah Kahwin
  • Jika isi ‘1’, pemohon perlu mengisi ruangan B2 sehingga B8 dan B11 untuk memasukkan maklumat pasangan.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak kandung
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak kandung, pemohon dikehendaki untuk mengisi ruangan B9 dan B10.
  • Isi ‘2’ jika status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda, yang mempunyai anak tidak sah taraf
  • Jika isi ‘2’ dengan status pemohon ialah Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak tak sah taraf, pemohon tidak perlu mengisi Bahagian B
  • Isi ‘3’ jika pemohon adalah warga emas yang hidup sebatang kara
  • Jika pemohon berumur 60 tahun ke atas, pemohon perlu mengisi ruangan B1 sahaja.

 

Nama Pasangan

  • Sila kemaskini nama pasangan anda
  • Ini adalah untuk yang baru berkahwin, ataupun berkahwin lain
  • Isikan nama penuh pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nama penuh pasangan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan lain seperti MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan.

 

No. MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

  • Jika perlu, sila kemaskini nombor pengenalan
  • Ini penting, terutama sekali yang baru berkahwin atau yang berkahwin lain
  • Isikan nombor pengenalan pasangan
  • Jika pasangan ialah warga negara Malaysia, isikan nombor kad pengenalan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi pengenalan MyKAD
  • Jika pasangan ialah bukan warga negara Malaysia, isikan nombor kad MyPR / MyKAS / Pasport / UNHCR / Pas Sempadan seperti yang terdapat dalam dokumen rasmi.

 

No. KP Lama / Sijil Lahir Pasangan

  • Jika perlu, sila kemaskini nombor pengenalan
  • Ini penting, terutama sekali yang baru berkahwin atau yang berkahwin lain
  • Isikan Nombor KP Lama / Sijil Lahir seperti di KP Lama / Sijil Lahir jika tidak mempunyai dokumen pengenalan B3.
  • Bagi yang tidak mempunyai kad pengenalan lama, masukkan nombor surat beranak

 

No. Pasport Pasangan

  • Jika perlu, sila kemaskini nombor passport pengenalan
  • Ini perlu untuk yang baru berkahwin atau yang berkahwin lain
  • Isikan Nombor Pasport pasangan seperti di Pasport
  • Hanya perlu masukkan jika pasangan tidak mempunyai dokumen pengenalan B3 dan B4.

 

Jantina Pasangan

  • Isikan ‘1’ untuk Lelaki
  • Isikan ‘2’ untuk Perempuan
  • Hati-hati dalam mengisi bahagian ini
  • Jika pemohon ialah suami, isikan ‘2’ untuk isteri
  • Jika pemohon ialah isteri, iskan ‘1’ untuk suami
  • Tidak perlu kemaskini

 

Negara Asal Pasangan

  • Hanya untuk pemohon yang mempunyai pasangan bukan warganegara Malaysia
  • Jika B5 diisi, isikan Negara Asal pasangan yang Bukan Warganegara Malaysia.
  • Sila kemaskini jika perlu

 

Tarikh Perkahwinan dengan Pasangan

  • Isikan tarikh perkahwinan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perkahwinan adalah merujuk kepada tarikh perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri.
  • Sila kemaskini jika perlu

 

Status Perceraian / Kematian Pasangan

  • Sila kemaskini untuk memberitahu pihak LHDN yang anda sudah bercerai atau kematian pasangan
  • Jika dulu berkahwin, sekarang bercerai, isikan ‘1’ untuk Perceraian
  • Jika dulu pasangan masih hidup, sekarang sudah meninggal dunia, isikan ‘2’ untuk Kematian Pasangan.

 

Tarikh Perceraian / Kematian Pasangan

  • Sila kemaskini maklumat tentang tarikh yang diperlukan
  • Isikan tarikh perceraian dengan pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Isikan tarikh kematian pasangan mengikut turutan: hari, bulan dan tahun.
  • Tarikh perceraian adalah merujuk kepada tarikh perceraian yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara / Jabatan Agama Islam Negeri atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
  • Tarikh Kematian Pasangan pula adalah merujuk kepada tarikh Kematian Pasangan yang didaftarkan di Jabatan pendaftaran Negara.

 

Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan

  • Sila kemaskini maklumat tentang pendapatan pasangan
  • Pastikan buat pilihan dengan betul dengan menyemak slip gaji bulanan pasangan anda
  • Masukkan pendapatan kasar, dan bukan gaji bersih
  • Gaji kasar ialah jumlah earnings yang pasangan terima setiap bulan sebelum ditolak apa-apa komitmen lain
  • Gaji bersih ialah apa yang masuk dalam akaun bank pasangan
  • Tulis ‘1’ jika julat pendapatan adalah RM0 – RM1,000
  • Tulis ‘2’ jika julat pendapatan adalah RM1,001 – RM2,000
  • Tulis ‘3’ jika julat pendapatan adalah RM2,001 – RM3,000
  • Tulis ‘4’ jika julat pendapatan adalah RMRM3,001 – RM4,000

 

Kemaskini BSH Bahagian C (Maklumat Anak)

BSH Bahagian C

Berikut adalah cara kemaskini BSH jika ada pertambahan anak.

Nama Anak

  • Sila kemaskini maklumat tentang maklumat anak
  • Jika ada pertambahan anak, sila letakkan maklumat anak yang baru
  • Isikan nama seperti dokumen pengenalan MyKAD, jika sudah berusia 12 tahun dan ke atas
  • Isikan nama seperti dokumen pengenalan MyKID, jika berusia 12 tahun ke bawah

 

No. MyKAD / MyKID Anak

  • Sila kemaskini maklumat tentang nombor pengenalan anak
  • Jika ada pertambahan anak, sila letakkan maklumat anak yang baru
  • Isikan nombor kad pengenalan seperti dokumen pengenalan MyKAD, jika sudah berusia 12 tahun dan ke atas
  • Isikan nombor MyKID seperti dokumen pengenalan MyKID, jika berusia 12 tahun ke bawah
  • Jika pemohon kemukakan Sijil Lahir, Nombor MyKID yang perlu didaftarkan seperti gambar di bawah

 

Nombor MyKID Anak untuk BSH 2020

Umur Anak

  • Sila kemaskini umur anak
  • Isikan umur anak pada tahun ini
  • Iaitu tahun 2020, bukan tahun sebelumnya

 

Status Anak

  • Sila kemaskini status anak
  • Isikan ‘1’ untuk Anak Kandung
  • Isikan ‘2’ untuk Anak Angkat.
  • Pemohon perlu kemukakan Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat bagi pembuktian hubungan pertalian.

 

Kemaskini BSH Bahagian D (Maklumat Akaun Bank)

BSH Bahagian D

 

Nama Bank

  • Sila kemaskini maklumat tentang akaun bank anda terkini
  • Jika anda sudah tutup akaun yang digunakan pada tahun sebelumnya, anda perlu kemaskini nombor akaun baru
  • Jika anda berhajat untuk tukar bank, contohnya dari CIMB ke Maybank, sila kemaskini maklumat ini juga
  • Masukkan nama bank untuk menerima duit BSH
  • Jika anda ada akaun dengan BSH, ia lebih digalakkan
  • Jika pemohon dan pasangan adalah warganegara, isikan nama dan nombor akaun bank isteri
  • Walau bagaimanapun, jika pasangan adalah bukan warganegara / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / Warga Emas Sebatang Kara, isikan nama dan nombor akaun bank pemohon
  • Berikut ialah senarai bank yang mempunyai fasiliti untuk proses pengkreditan terus ke dalam akaun pemohon:
    • Affin Bank
    • Agro Bank
    • Alliance Bank Malaysia Berhad
    • Am Bank Berhad
    • Al Rajhi Bank
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Rakyat
    • Muamalat Malaysia Berhad
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • Hong Leong Bank
    • Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
    • Maybank
    • OCBC Bank
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
    • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

 

No Akaun Bank

  • Sila kemaskini nombor akaun bank jika perlu
  • Masukkan nombor akaun bank anda
  • Pastikan semak berkali-kali bagi memastikan nombor akaun tidak salah
  • Diingatkan sekali lagi, jika pemohon dan pasangan adalah warganegara, isikan nama dan nombor akaun bank isteri
  • Walau bagaimanapun, jika pasangan adalah bukan warganegara / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda / Warga Emas Sebatang Kara, isikan nama dan nombor akaun bank pemohon

 

Maklumat tambahan

  • Ruangan ini tidak mandatori, maka tidak wajib diisi
  • Jika anda mempunyai akaun bank, itu lebih
  • Ini kerana duit BSH 2020 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank
  • Walau bagaimanapun, jika tiada akaun bank dan tidak pernah membuka akaun bank, akaun bank anda akan dibuka secara automatik dengan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Jika tiada maklumat akaun bank,
  • Seperkara lagi, jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, pembayaran BSH akan tetap disalurkan ke akaun bank pemohon atau pasangan yang akan dibuka oleh Bank Simpanan Nasional
  • Pembukaan akaun bank BSN adalah berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui

 

 

Bahagian E (Maklumat Waris)

Maklumat Waris BSH

Hubungan dengan Waris

  • Jika anda ingin tukar waris, sila kemaskini maklumat waris
  • Isikan sama ada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak
  • Juga boleh letak Adik-beradik / Cucu.

 

Nama Waris

  • Kemaskini maklumat waris
  • Isikan nama seperti dokumen rasmi pengenalan
  • Pastikan sama seperti dalam dokumen rasmi
  • Jika ada bin atau binti, perlu dimasukkan sekali

 

No. MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir / Pasport Waris

  • Sila kemaskini nombor pengenalan waris
  • Isikan Nombor MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir
  • Jika tiada, perlu isikan nombor Pasport seperti di Nombor MyKAD / MyPR / MyKAS / MyKID / Sijil Lahir / Pasport.

No Telefon Waris

  • Sila kemaskini nombor telefon waris
  • Pastikan Nombor Telefon yang diisi adalah milik waris yang didaftarkan, aktif serta masih boleh dihubungi.
  • Nombor Telefon ini hanya untuk kegunaan urusan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH sahaja.

 

Kemaskini BSH Bahagian F (Maklumat Perakuan)

Perakuan Pemohon BSH

Perakuan oleh Pemohon

  • Isi nama dan nombor MyKAD (seperti di MyKAD)
  • Isikan tarikh borang permohonan BSH 2020 dihantar
  • Turunkan tandangan
  • Jika tidak sign, pemohon boleh sahkan dengan menggunakan cap jari

Untuk Kegunaan Pejabat

  • Jangan buat apa-apa
  • Kosongkan ruangan ini
  • Ruangan ini akan diisi oleh Pegawai LHDN sahaja.

 

Akaun Penerimaan Permohonan BSH

Keratan ini akan diserahkan kepada pemohon yang menghantar atau mengemukakan Borang Permohonan BSH ke kaunter LHDN. Jadi, untuk mengesahkan bahawa permohonan BSH telah dihantar, anda perlu mengisi maklumat berikut:

Nama Pemohon

  • Isikan nama penuh seperti dalam MyKAD
  • Jika tiada MyKAD, isikan nama penuh seperti dalam dokumen pengenalan diri yang lain

 

No MyKAD Pemohon

  • Isikan nombor kad pengenalan penuh seperti dalam MyKAD
  • Jika tiada MyKAD, isikan nombor dokumen pengenalan diri yang lain

 

Nama Pegawai Penerima

  • Abaikan ruangan ini
  • Ruangan ini akan diisi oleh pegawai LHDN
  • Sekiranya ada apa-apa masalah dengan permohonan ini, mudah untuk anda rujuk semula dengan pegawai tersebut

 

Tarikh & Cap Terima Cawangan

  • Abaikan ruangan ini juga
  • Ruangan ini akan diisi dan dicop oleh pegawai LHDN
  • Jika ada apa-apa masalah dengan permohonan ini, anda boleh rujuk semula dengan pegawai tersebut

 

Akhir kalam

Cara kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Sila isi borang kemaskini BSH 2020 elok-elok. Sebarang maklumat yang salah, berkemungkinan akan menyebabkan anda tidak dapat terima bantuan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara kemaskini bsh 2020
  • bsh bujang
  • cara kemaskini bsh
  • kemaskini bsh 2020
  • bantuan sara hidup
  • cara kemaskini mybsh 2020
  • kemaskini bsh 2020 berkahwin
  • cara kemaskini status perkahwinan untuk BPN 2020
  • kemaskini bsh 2020 online bujang
  • pertanyaan bsh 2020 untuk duda yang dah bercerai

9 thoughts on “Cara Kemaskini BSH 2020 (Status Bujang, Kahwin, Cerai & Mati)”

  1. Kata laluan saya Di sekat Dan tidak dapat kemaskini untuk tahun 2020, kadi, BSH tak dapat.
    Saya dab Cuba call kesemua talian (sejak tahun 2018)tetapi tidak ads or and yang nawab. Saya kuatir jikalau maklumat akaun bank vary saya tidak do kemaskini, mungkin BPN turut tidak dapat.
    Sila bantu masaalah ini
    Terima kasih

    Reply
  2. saya belum tukar status bujang kepada berkahwin. adakah sy perlu mendownload borang dah menghantar sendiri di LHDN ataupon boleh kemas kini sahaja dalam online?

    Reply
    • Status permohonan BPN sy lulus
      tapi kategori bujang mengikut data terdahulu..bagaimana untuk saya tukar status bujang ke berkahwin

      Reply
    • Mcmane nak tukar dri status bujang k dah kahwin dlm borang bsh nie.. Husband penah kahwin dulu wife dia meninggal.. Jdi pasang dia x ley tukar k nama sy.. Tolong la sy mcmane nak batal borang utk bujang kpd dah kawen..

      Reply
  3. Suami & isteri status kahwin…tp bila isi tarikh status perkhawinan kuar mesej dr lhdn kata lebih dr tarikh semasa…apa maksudnya? Sya leta tarikh kahwin…betul ke

    Reply
  4. saya berkhawin 2016 tapi berpisah pada tahun 2018. saya dapat tahu bekas saya apply bsh menggunakan no ic saya? boleh buat report kat lembaga hasil ke?

    Reply

Leave a Comment