Cara Kemaskini BPN (Update Maklumat Akaun Bank Online)

Cara kemaskini BPN ini hanyalah untuk individu bujang dan berkahwin B40; dan juga individu bujang dan berkahwin M40. Pastikan anda buat semakan BPN terlebih dahulu untuk memastikan permohonan diterima dan berstatus LULUS.

Ini adalah cara kemaskini BPN 1.0 yang lama. Sila baca cara kemaskini BPN 2.0 yang baru.

Langkau artikel ini untuk buat pendaftaran BPN 2.0 dan seterusnya permohonan BPN 2.0 yang baru.

Soalan lazim kemaskini Bantuan Prihatin Nasional

Apa yang anda mahu kemaskini dalam BPN?

Rata-rata, ini adalah antara keluhan yang diluahkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah dan tercari-cari cara kemaskini BPN.

Nombor MyKad

  • Anda tersilap masukkan Nombor IC sendiri
  • Anda cuba mohon untuk orang lain seperti ayah, mak, abang, kakak dan adik beradik lain
  • Namun tersilap isi Nombor Kad Pengenalan mereka

Nombor telefon

  • Semasa mohon BSH dulu, nombor telefon anda lain
  • Kini, nombor telefon anda telah bertukar

Nombor akaun bank

  • Semasa mohon BSH dulu, anda guna bank lain dan nombor akaun bank juga lain
  • Kini, bank dan nombor akaun anda sudah berubah
  • Contohnya dulu guna Maybank, sekarang mahu guna CIMB
  • Antara lain, Maybank dulu semasa BSH sudah tidak aktif.
  • Dan anda mahu gunakan RHB pula
  • Mungkin juga, dulu anda pilih untuk ambil tunai di BSN
  • Sekarang, mahu duit BPN masuk ke dalam akaun terus

Status perkahwinan

  • Dulu status anda bujang, kini sudah berkahwin
  • Dulu berkahwin, kini sudah bercerai

Maklumat anak

  • Anda mahu kemaskini maklumat anak kerana sudah bertambah ahli keluarga
  • Juga mungkin ada pengurangan ahli keluaraga iaitu anak yang sudah meninggal dunia

Maklumat waris

  • Anda mahu kemaskini maklumat waris kerana nama waris yang diletakkan nama semasa permohonan BSH sudah meninggal dunia
  • Anda mahu letak nama waris yang lain

 

Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #1?

Siapa yang boleh kemaskini dan siapa yang tidak boleh?

Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional:

  • Anda golongan B40
  • Anda LULUS BPN sebab anda memang penerima BSH sebelum ini
  • Ini bermakna anda sebagai individu bujang atau sudah berkahwin, LULUS BPN berdasarkan rekod sebelum BSH ini
  • Untuk BPN kali ini, anda tidak perlu buat permohonan
  • Automatik LULUS
  • Jadi, maklumat diri anda seperti:
    • Nama
    • Nombor IC
    • Maklumat Pasangan
    • Maklumat Anak
    • Nombor Akaun Bank

TIDAK BOLEH dikemaskini.

Macam mana kalau akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun?

Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Sila simpan Nombor Siri baik-baik.

Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.

 

Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #2?

Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini BPN:

  • Anda kategori B40 dan M40
  • Anda baru berkahwin pada akhir tahun 2019
  • Ataupun baru berkahwin pada awal tahun 2020
  • Anda LULUS BPN kategori Bujang
  • Namun, pasangan anda berstatus TIADA REKOD atau TIDAK LAYAK

TIDAK BOLEH dikemaskini status perkahwinan dari kategori Bujang ke Berkahwin.

Anda dan pasangan (suami dan isteri) boleh membuat permohonan baru di bawah kategori Bujang. Anda tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekirangya memohona kategori Bujang, walaupun sudah berkahwin.

Siapa yang TIDAK BOLEH kemaskini #3?

Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, anda tidak dibenarkan untuk kemaskini BPN:

  • Anda kategori B40 dan M40
  • Anda baru sahaja bercerai dengan pasangan
  • Anda LULUS BPN kategori Isi Rumah Berkahwin
  • Kelulusan yang dipaparkan di portal BPN adalah kekal
  • Ini kerana rekod tersebut adalah berdasarkan rekod terkini yang terdapat di dalam pangkalan data BSH dan percukaian LHDN

TIDAK BOLEH dikemaskini status perkahwinan dari Berkahwin ke Bujang.

Anda dan pasangan (suami dan isteri) boleh membuat permohonan baru di bawah kategori Bujang. Anda tidak akan dikenakan tindakan undang-undang sekirangya memohona kategori Bujang, walaupun sudah berkahwin.

 

Siapa yang BOLEH kemaskini?

Jika anda termasuk dalam kriteria di bawah, and dibenarkan untuk kemaskini BPN:

  • Anda golongan M40
  • Anda LULUS BPN sebab anda mohon BPN sebab status TIADA REKOD
  • Anda bukan penerima BSH sebelum ini
  • Anda tidak pernah menerima BSH
  • Ini bermakna anda sebagai individu bujang atau sudah berkahwin, LULUS BPN bukan berdasarkan rekod sebelum BSH ini
  • Tetapi, anda LULUS BPN berdasarkan rekod percukaian sebab anda pembayar cukai pendapatan
  • Jadi, maklumat diri anda BOLEH dikemaskini melalui aplikasi ezHASIL iaitu e-Kemaskini
  • Sila rujuk panduan di bawah untuk kemaskini
  • Jika masih tidak jelas, sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.

Macam mana kalau akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun?

Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional M40 berdasarkan rekod percukaian LHDN.

Semua pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan ke akaun bank, iaitu bank-in terus ke dalam akaun bank. Tidak ada penunaian di mana-mana kaunter BSN.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda perlu membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi ezHASiL iaitu e-Kemaskini.

Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.

 

Cara kemaskini BPN

Cara kemaskini BPN Bujang & Berkahwin B40

Cara kemaskini BPN ini adalah untuk individu bujang dan berkahwin yang termasuk dalam golongan B40.

Seperti sedia maklum, jika status semakan anda ialah LULUS:

  • Anda juga layak sebagai penerima Bantuan Sara Hidup
  • Anda pernah menerima Bantuan Sara Hidup
  • Anda tidak perlu buat permohonan baru BPN.

Ikut langkah di bawah untuk buat proses Kemaskini.

  1. Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
  2. Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  3. Klik Log Masuk pada bahagian Menu
  4. Masukkan Nombor Mykad anda
  5. Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
  6. Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
  7. Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
  8. Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
  9. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  10. Klik Log Masuk Bantuan Prihatin Nasional
  11. Jika semuanya baik, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  12. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  13. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPN
    • Maklumat Pendapatan
  14. Selepas Papar Borang, tekan butang Kemaskini.
  15. Jika ada maklumat Bantuan Prihatin Nasional yang sudah berubah, kami sarankan anda buat kemaskini.
  16. Ada maklumat yang tidak dibenarkan untuk dikemaskini seperti maklumat akaun bank dan status perkahwinan.
  17. Jika masih tidak jelas, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDN.

 

Cara kemaskini BPN Bujang & Berkahwin M40

Cara kemaskini BPN ini adalah untuk individu bujang dan berkahwin yang termasuk dalam golongan M40.

Seperti sedia maklum, jika status semakan anda ialah TIADA REKOD:

  • Anda seorang pembayar cukai pendapatan
  • Anda pernah bayar cukai pendapatan pada LHDN
  • Anda perlu buat permohonan baru BPN.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang pembayar cukai, dalam permohonan baru BPN tidak akan ruangan untuk meletakkan nombor akaun bank bagi menerima bantuan BPN.

Sila ikuti langkah berikut untuk kemaskini BPN:

  1. Sila layari laman web rasmi ezHASIL LHDN: https://ez.hasil.gov.my
  2. Di bahagian Log Masuk, masukkan No Rujukan iaitu Nombor Pengenalan diri
  3. Nombor Pengenalan bukan MyKad sahaja. Ia termasuk juga:
    • Nombor Kad Pengenalan Baru
    • Nombor Pasport
    • Nombor Tentera
    • Nombor Polist
  4. Klik Hantar
  5. Akan keluar satu paparan Frasa Keselamatan Frasa Keselamatan di bawah adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.”
  6. Pastikan Frasa Keselamatan adalah sama seperti yang didaftarkan sebelum ini.
  7. Jika sama, masukkan Kata Laluan anda
  8. Klik Teruskan
  9. Di bahagian menu atas, klik Profil
  10. Semak Maklumat Asas anda seperti:
    • Nama
    • No Rujukan
    • No Cukai Pendapatan
    • Alamat
    • No Telefon
    • No Telefon Bimbit
    • Alamat Emel
  11. Tidak perlu buat apa-apa di bahagian Sijil Digital Individu. Pastikan status sijil Sah sahaja.
  12. Klik e-Kemaskini Profil Diri untuk kemaskini Bantuan Prihatin Nasional
  13. Akan keluar mesej “Sila tutup fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda”
  14. Tekan Close
  15. Matikan fungsi pop-up blocker di pelayar Internet anda seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan lain-lain. Sila buat carian di Google. Contohnya jika guna Chrome, cari “how to turn of pop-up blocker in Chrome”.
  16. Anda akan dibawa ke satu paparan yang baru
  17. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan seperti:
    • Nama
    • No Rujukan
    • No Cukai Pendapatan
    • Alamat
    • No Telefon
    • No Telefon Bimbit
    • Alamat Emel
    • Bank
    • No Akaun Bank
  18. Walau bagaimanapun, ada maklumat yang tidak dibenarkan untuk dikemaskini seperti maklumat akaun bank.
  19. Klik Hantar
  20. Proses kemaskini BPN anda kini sudah selesai

 

Pembayaran BPN 2020

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40 Bujang & Berkahwin)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
    Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank
  2. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud
  3. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40 Bujang & Berkahwin)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan M40, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja.
  2. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
  3. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
    Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.

 

Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia

Cara kemaskini Bantuan Prihatin Nasional sudah dikongsikan di atas.

Walau bagaimanapun, jika anda masih khuatir dan perlukan penjelasan lanjut demi maklumat yang lebih sahih, sila hubungi nombor telefon di bawah.

Nombor telefon

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Email

Waktu operasi 24 jam

 

Telegram

 

Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nombor telefon

  • 1-800-882-747
  • 03-8911 1000

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Akhir kalam

Perlu beringat, proses permohonan, semakan dan kemaskini adalah antara pemohon dan juga kerajaan.

Tidak ada orang tengah yang terlibat dalam urusan ini.

Jangan berikan maklumat diri kepada scammer seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Nombor Telefon, Nombor MyKad dan lain-lain lagi.

Harap kita semua  dapat terus bersabar dalam proses permohonan BPN ini.

Semua perkongsian cara kemaskini BPN ini dapat memudahkan lagi kerja anda.

Jika segala-galanya berjalan lancar, sila semak kelulusan BPN dan rujuk tarikh bayaran BPN yang pertama iaitu dijangka akan dibayar mulai 6 April 2020.

Semoga bermanfaat.

67 thoughts on “Cara Kemaskini BPN (Update Maklumat Akaun Bank Online)”

      • Boss nak tanya boss nombor kad pengenalan waris saya salah 1 angka sahaja tapi nama semua betul adakah waris saya boleh menunaikan baucer di bank atau kena kemaskini nombor kad pegenalanya dulu?

        Reply
    • Saya cek status tidak layak sebab suami isteri dpt yg heran saya sj yg dpt suami xdk akaun ambk gj pon cash mcm mn saya nk buat rayuan bpn saya cl bpn xagkt buh rm10 abis terus sebab cl byk kali…harap sgt tolg saya fmily da 7 org kj sorg mcm mn nk mkn lg..brg dapur tolg lar

      Reply
  1. saya nak tukar bank akaun bsh mcm mana caranya hong leong tukar kepada cimb 7630236786
    muhamad haidy bin muhamad idris

    Reply
  2. status bpn lulus..tapi tidak boleh kemaskini acc bank….bank yag dulu sudah tidak active..jadi ingin membut petukaran no acc tersebut…

    Reply
  3. Sekarang saya tak akuan bsn macam mana dapat no Siri saya nak pakai duit lagi tambah 14 hari apa nak buat puan rohani

    Reply
  4. Assalamualaikum..The Rohani..klo nak kemaskini num account bank MCM mana..bab dkt bpn xbley nk kemaskini..ada kaedah lain x..klo tngu pkp lmbt lagi laa nk habis..bab ritu pergi BSN..dia ckp akan byr lepas pkp..tpi skg ni pkp ditambah lagi..ni kira bila pulak boleh dptnya..sllu klo ada masalah MCM ni diorang akan hntr voucher ka..MCM mna..terima kasih

    Reply
  5. bpn show lulus tapi sampai sekarang i didt receive the money… i got msg that by 6 to 12 april willreceive the money tapi belum

    Reply
  6. Mcmn ya..sblom ni sya mmng dpt BSH..dn sya ade mohon dn kmaskni jga BPN..sya x psti BSH dn BPN sma..so sya check still xde respon..buntu..mcmn ya..tolong bntu

    Reply
  7. Mcmn ya..sblom ni sya mmng dpt BSH..sya x kmaskini BSH..tpi sya ade mohon dn kmaskini BPN..sya x tau yng BSH dn BPN ni sma..smpi skrg still x dpt result llus ke x..so mcmn ye..sya nk kna hubungi lhdn ke mcmn..buntu

    Reply
  8. Status saya lulus BPN, tapi macam mana saya nak kemaskini bank account? dah tak pakai cimb. sekarang pakai akaun lain. Please advise on this matter immediately

    Reply
  9. saya penerima BSH tapi saya dapat bantuan prihatin nasianal rm500 bulan april sahaja kelulusan rm1000.

    Reply
  10. Hai.. Macam mana nak tukar nombor akaun? Status sudah LULUS, tapi GAGAL KREDIT sebab nombor akaun bank tidak matched..

    Reply
  11. Sy nk ty lau xda no baucer xleh nk g bnk bsn ke?? P sy cek dh lulus… Mcmne sy nk taw no baucer sy dh ad ke blum???

    Reply
  12. Bayaran bpn utk yg petama d luluskan,yg kedua kali tak di lulukan.yang mengatakan pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi.mahu penjelasan

    Reply
  13. Macam mana nak kemaskini status berkahwin ke bercerai bermohonan BSH & BPN? Sbb maklumat BSH & BPN ikut yang terdahulu.

    Reply
  14. Macam mana nak kemaskini akaun bank..sebab tak aktif akaun yang di gunakan sekarang mahu tukar ke acc Hong leong

    Reply
  15. duit bantuan bpn dapat dah tapi nak tukar nom akaun bank saya tak reti untuk akan datang nanti senang masuk ke akaun bank yang saya pakai..akaun bank lama saya maybank tak pakai dah sekarang pakai akaun cimb

    Reply
  16. Sebelum ini bantuan bpn telah dikeluar melalui akaun bank isreri sy kerana semase itu sy tak mempunyi akaun.setelah sy mendapat pangeluaran i.sinarmengunakn akaun sy sendiri..isteri sy telah mendapat satu masalah peribadi yg sukar untuk menyatakan..kerana terlalu peribadi..sy ingin bantuan 3.0 ini boleh dikeluarkn ke akayn saya uatau saya harus menghantar borang baru?

    Reply
  17. Saya Sabree bin Zulkifli sebelum ni saya guna no tlfn lain. bantuan bpn saya dapat sekarang ni saya tak dapat daripada kerajaan. akaun bank BSN bagai mana nk ke kemaskini

    Reply

Leave a Comment