Ramai sedia maklum, amaun bayaran BPN 2.0 untuk Isi Rumah iaitu yang sudah berkahwin adalah lebih tinggi daripada pembayaran BPN 2.0 kepada golongan Bujang. Jadi, sekiranya semasa menerima BPN 1.0 dahulu, status anda adalah Bujang, anda perlu kemaskini BPN Bujang kepada Berkahwin.
Ini membolehkan anda mendapat sedikit lebihan amaun pembayaran BPN 2.0.
Sebelum itu, jika anda masih lagi belum buat pendaftaran dan ini adalah pengalaman kali pertama untuk apply bantuan, sila baca baik-baik cara daftar BPN 2.0 terlebih dahulu.
Beza amaun bayaran Bujang & Berkahwin
Berikut ialah ringkasan berkenaan jumlah pembayaran yang bakal diterima. Kami asingkan kepada dua kategori iaitu B40 dan M40.
#1 Jika kemaskini BPN Bujang B40 ke Berkahwin B40:
- Jumlah bantuan BPN 2.0 Bujang B40 ialah RM500
- Jumlah bantuan BPN 2.0 Berkahwin B40 ialah RM1,000
- Jadi, jika anda kemaskini status dari Bujang kepada Berkahwin, anda bakal menerima tambahan sebanyak 50% ialah RM500
#2 Jika kemaskini BPN Bujang M40 ke Berkahwin M40:
- Jumlah bantuan BPN 2.0 Bujang M40 ialah RM300
- Jumlah bantuan BPN 2.0 Berkahwin M40 ialah RM600
- Jadi, jika anda kemaskini status dari Bujang kepada Berkahwin, anda bakal menerima tambahan sebanyak 50% ialah RM300
- Walaupun tidak sebanyak golongan B40, ia serba sedikit dapat membantu untuk membeli barang kegunaan harian
Cara kemaskini BPN 2.0 Bujang
Untuk makluman, jangan terperanjat jika proses untuk kemaskini status ini tidaklah semudah yang disangka. Sila baca baik-baik dan ikut arahan untuk kemaskini BPN 2.0 seperti yang diberikan di bawah:
Langkah #1: Buat Proses Pembatalan Permohonan BPN 2.0
- Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0 di sini
- Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap
- Nama (seperti di MyKad)
- Nombor MyKad
- Nombor Telefon
- Alasan Pembatalan
- Yang paling penting ialah di bahagian Alasan Pembatalan.
- Sila tick “Perubahan Status Perkahwin (Bujang / Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda kepada Kahwin)
- Isikan Perakuan Pemohon dengan lengkap
- Nama
- Nombor MyKad
- Tandatangan
- Tarikh
- Selepas lengkap kesemuanya, bawa Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0 yang telah siap diisi ke mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan
- Dokumen yang diperlukan ialah:
- Salinan Kad Pengenalan suami
- Salinan Kad Pengenalan isteri
- Salinan sijil nikah
- Suami dan isteri digalakkan untuk hadir sendiri ke cawangan LHDN semasa proses serahan borang.
- Ini kerana, sekiranya ada apa-apa masalah, boleh dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan.
- Berbanding jika suami hadir bersendirian, bimbang akan membuang masa sekiranya perlu balik semula ke rumah untuk mendapatkan maklumat yang tidak lengkap
Langkah #2: Buat Proses Permohonan Baru BPN 2.0
Untuk mohon BPN 2.0 selepas buat pembatalan, anda ada dua pilihan iaitu mohon dengan mengisi borang ataupun buat permohonan secara online.
- Jika anda lebih selesa isi borang dan mengantar semula ke kaunter LHDN:
- Sila download Borang Permohonan Baharu BPN 2.0 di sini
- Isikan semua Bahagian A hinggga Bahagian E dengan lengkap
- Untuk panduan, sila baca cara mohon BPN 2.0 dengan mengisi borang offline
- Jika anda malas untuk isi borang dan lebih suka untuk buat permohonan baharu BPN 2.0 secara online:
- Boleh terus ke portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan ikon Cari
- Ikut arahan yang terpapar sehingga selesai
- Untuk panduan, sila baca cara buat permohonan baharu BPN 2.0 secara online
Akhir kalam
Benar, ada yang kata cara kemaskini BPN Bujang kepada Berkahwin ini sangatlah leceh. Ada juga yang memberikan pendapat kenapa kerajaan tidak menyediakan kemudahan untuk mengemaskini secara online sahaja?
Bukankah sekarang masih lagi musim Covid-19. Tambahan lagi kebanyakan negeri terutama Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?
Terus terang, kami tidak ada jawapan mengenai perkara ini. Apa yang kami boleh nasihatkan, tidak perlu terburu-buru. Proses permohonan masih lagi panjang.
Tunggulah sehingga semuanya reda, barulah buat pembatalan dan permohonan. Jika semuanya berjalan lancar, boleh terus dapatkan maklumat tentang tarikh bayaran BPN 2.0 masuk dan juga cara pembayaran BPN 2.0.
Semoga bermanfaat.
Dulu bujang sekarang sudah berkahwin
sudah berkawin anak seorang
Kalau tak kemaskini bole ke ?
Dulu anak 2 Sekarang 3
Status Duda anak 2,,tp kna pa dapat yg bujang 300??mcm mana nk kemaskini
macam mana nk kemaskini online erk
Dulu bujang sekarang dah khawin ada anak1
sy nk kemaskini no acc
maybank
no ac :162106505576
dulu bujang sekarang dah kahwin
Dulu bujang sekarang dah khwin mcm mana nk kemaskini??
Status ibu tunggal ank 5orang
Dulu bujang skrg bru kahwin ..dan skrg masih pkp..perlu pergi ke LHDN ke utk hantar borang pembatalan?