Cara Isi Borang BPN (Permohonan & Rayuan di Kaunter LHDN)


Bagi anda yang masih belum mohon BPN secara online, anda masih lagi ikut cara isi borang BPN ini. Boleh hadirkan diri ke mana-mana cawangan LHDN yang terdekat dan hantar secara manual di kaunter LHDN.

Rujuk cara buat rayuan BPN melalui email, jika anda memilih untuk tidak hadirkan diri ke LHDN, dan bukannya secara online.

Cara isi borang BPN Permohonan

Cara isi borang BPN (Permohonan Bantuan Prihatin Nasional)

  1. Muat turun dahulu borang permohonan BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BorangPermohonanBaharuBantuanPrihatinNasional(Kemaskini01).pdf
  2. Isi Bahagian A iaitu Maklumat Pemohon dengan lengkap
  3. Isi Bahagian B iaitu Maklumat Pasangan. Bahagian ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang sudah berkahwin sahaja. Pemohon BPN bujang tidak perlu isi apa-apa.
  4. Isi Bahagian C iaitu Maklumat Anak. Bahagian ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang sudah berkahwin sahaja. Juga untuk status Bapa Tunggal, Ibu Tunggal, Balu, Janda atau Duda sahaja. Jika maklumat anda tidak wujud dalam mana-mana agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak LHDN berhak untuk mengeluarkannya.
  5. Isi Bahagian D iaitu Maklumat Waris
  6. Isi Bahagian E iaitu Perakuan Pemohon dengan memasukkan Nama Penuh dan Nombor MyKad
  7. Sila turunkan tandatangan atau cap jari
  8. Tuliskan tarikh

 

Cara isi borang BPN Rayuan

  1. Download dahulu borang rayuan BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BorangRayuanBantuanPrihatinNasional(kemaskini01).pdf
  2. Isi Bahagian A iaitu Maklumat Pemohon dengan lengkap
  3. Isi Bahagian B iaitu Maklumat Pasangan. Bahagian ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang sudah berkahwin sahaja. Pemohon BPN bujang tidak perlu isi apa-apa.
  4. Di Bahagian Akuan, masukkan Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan
  5. Sila turunkan tandatangan atau cap jari
  6. Tuliskan tarikh
  7. Kosongkan bahagian Kegunaan Pejabat
  8. Di Bahagian Akuan Penerimaan Rayuan / Pengakuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tuliskan Nama Penuh, Nombor MyKad dan Nama Pegawai Penerima
  9. Keratan ini akan diceraikan oleh LHDN semasa anda menghantar borang ini
  10. Keratan ini akan menjadi bukti penghantaran

 

Dokumen sokongan untuk borang BPN

Berikut ialah senarai dokumen sokongan bagi rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Pemohon sebagai pasangan di permohonan yang sama

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin / Sijil Cerai bagi mengesahkan Maklumat pasangan
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Pasangan telah memohon sebagai Ibu Bapa Tunggal / Bujang

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Cerai / Kahwin / Kematian / dokumen pendaftaran perceraian
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Kahwin dengan maklumat perkahwinan yang sama

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Kahwin dengan maklumat perkahwinan yang berbeza

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Kahwin dengan maklumat pasangan yang sama

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Kahwin / Cerai / Kematian
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Pasangan telah memohon

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Sijil Cerai / kahwin / kematian / dokumen pendaftaran perceraian
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPN
ii. Dokumen pengenalan diri pasangan
iii. Sijil Kahwin / dokumen pertalian
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Pasangan meninggal dunia

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN
ii. Sijil Kematian

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN
ii. Pemohon perlu kemukakan MyKad untuk semakan semasa permohonan bagi penentuan kelayakan umur
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM 8,000

Dokumen yang diperlukan:
i. Bekerja sendiri – Borang Rayuan/Pengakuan BPN
ii. Bekerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan slip gaji terkini
iii. Berhenti kerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan surat majikan atau lain-lain dokumen sokongan

Semakan rekod agensi mendapati pemohon melebih RM 4,000

Dokumen yang diperlukan:
i. Bekerja sendiri – Borang Rayuan/Pengakuan BPN
ii. Bekerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan slip gaji terkini
iii. Berhenti kerja – Borang Rayuan/Pengakuan BPN dan surat majikan atau lain-lain dokumen sokongan

Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN dan
ii. Bukti tamat belajar; atau
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Maklumat pengenalan pemohon berbeza dengan semakan agensi

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang permohonan baharu BPN
ii. Salinan MyKad pemohon
Jika bekerja boleh kemukakan slip gaji terkini bagi penentuan kelayakan

Pemohon / Pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Rayuan/Pengakuan BPN;
ii. Dokumen pembatalan/ pembubaran/ penutupan syarikat atau lain-lain dokumen sokongan (jika ada)

Pemohon meninggal dunia (status sebenar masih hidup)

Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Rayuan/ Pengakuan BPN dan
ii. Salinan MyKad / laporan polis

 

Akhir kalam

Selagi ada peluang untuk isi borang BPN bagi permohonan dan rayuan, cubalah dahulu.

Kalau ada rezeki, Insya Allah kita boleh dapat.

Andai kata tak dapat, janganlah kecewa.

Pasti Allah akan berikan rezeki yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara isibpn
  • cara mengisi borang bpn online
  • isi borang bpn
  • lhdn bpn

10 thoughts on “Cara Isi Borang BPN (Permohonan & Rayuan di Kaunter LHDN)”

  1. untuk borang rayuan pemohon yg Ada Ssm utk bahagian pendapatan syarikat sebulan tu nak kasar ke bersih ye..n pendapatan utk yg bekerja sendiri tu maksudnya mcm mana..sy berniaga so pendapatan dekat column syarikat je la kan..

    Reply
    • Hai nak tanya,boleh ke bukan pemegang acc yang hantar kan borang rayuaan. Ke pemegang acc tu kena pergi sendiri?

      Reply
  2. Assalamualaikum saya nak tanya kalau saya nak memohon BPN dkat nama abg saya tapi abg saya kurang sihat sbab ada orang buat dkat di skrang dia jadi orang tngox mcm orang tidak betul laa tapi kalau saya nak mohon bantuan BPN boleh atau tidak tlong kawan2 semua saya nak tahu sgat. Boleh tak. Buat atas nama abg saya tapi msuk dkat akaun bank mak saya boleh tak mcm tu

    Reply
  3. Assalamualaikum..saya ingin bertanya permohonan BPN saya seawalnya diluluskan sebanyak rm800 dan telah pun diberi rm500 pada fasa pertama.
    untuk fasa ke-2 apabila saya menyemak status saya dinyatakan saya tidak layak menerima BPN. Boleh saya tahu adakah saya akan menerima baki rm300 itu?

    Reply
  4. saya mohd azree bin abd aziz.saya da ada surat dari kementerian kewangan..tpi saya tak dpt duit ..nape ye..

    Reply

Leave a Comment