Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Cepat (Keluarkan & Buang)


Apabila si kecil mula batuk dan selesema secara berterusan, biasanya ia cenderung menyebabkan munculnya kahak. Sudah tentu ia akan membuatkan ibu bapa, khususnya hati si ibu susah hati melihat si kecil tidak selesa akibat kahak. Jadi adakah terdapat cara hilangkan kahak bayi yang boleh dilakukan?

Punca kahak

Sebelum kita mengetahui sama ada terdapat petua atau cara untuk hilangkan kahak bayi, kita perlu memahami bagaimana kahak itu berlaku dan terhasil, boleh? Teruskan membaca perkongsian artikel dari kami ini, okay?

Kahak atau dalam istilah English dikenali sebagai phlegm. Ia merupakan cecair yang pekat dan hadir dalam warna yang berbeza, seperti hijau, kuning atau jernih, bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan.

Kahak walaupun tampak cecair lendir atau hingus yang keluar daripada hidung disebabkan alahan, selesema atau keradangan, tetapi ia adalah berbeza kerana ia merupakan lendir yang terhasil daripada saluran udara rendah dan bukannya disebabkan oleh hidung dan sinus.

Kahak ini biasanya akan melekat pada selaput mukus (mucus membrane), malahan kahak  juga akan dikeluarkan melalui selaput ini. Selaput mukus ini wujud pada sepanjang saluran pernafasan, bermula daripada paru-paru hingga ke rongga hidung.

Cara hilangkan kahak bayi

Anda sudah mengetahui secara ringkas mengenai kahak atau phlegm. Jadi adakah terdapat cara untuk menghilangkan kahak pada bayi? Jangan risau, sudah tentu ada. Dan yang penting, kaedah menghilangkan kahak ini tidak memerlukan penggunaan ubat batuk.

Ini kerana penggunaan ubat batuk dan ubat selesema biasanya akan mengundang rasa mengantuk, jadi ia boleh menimbulkan kesukaran pada ibu bapa untuk mengesan sama ada bayi mereka dalam keadaan normal atau tidak, sebab itu penggunaan ubatan seperti itu amatlah tidak digalakkan.

Berikut dikongsikan beberapa petua atau cara hilangkan kahak bayi yang boleh anda cuba dirumah. Antaranya:

 

Biarkan anak terus aktif

Sekiranya si kecil masih aktif bermain seperti biasa, menyusu seperti selalu dan pola pernafasannya adalah normal, maka tiada apa yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa sekalian. Ibu bapa boleh membiarkan mereka bermain seperti biasa, kerana ia dapat membantu mengalihkan perhatian mereka daripada rasa ketidakselesaan yang dialami.

Percayalah apabila anak anda aktif ini akan membantu sistem pertahanan badan mereka untuk melawan kuman yang menjangkiti. Jika mereka masih dan kekal aktif, biasanya batuk mereka akan berkurangan dalam tempoh seminggu.

 

Tambahan makanan berkhasiat

Jika si kecil berusia lebih daripada enam bulan dan sudah mengambil makanan pejal. Anda boleh menambah makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan mereka sebagai cara hilangkan kahak bayi.

Ia sudah pasti dapat memberikan nutrisi tambahan ke dalam sistem imun badan bayi untuk melawan kuman.

 

Mandian wap

Mandian wap merupakan kaedah yang paling mudah dilakukan sebagai cara hilangkan kahak bayi. Anda hanya perlu untuk stimkan bilik mandi sebelum memandikan bayi.

 

Caranya:

  1. Buka air atau pancuran (shower) air  panas.
  2. Tutup pintu dan duduk bersama bayi anda keadaan berwap itu
  3. Lakukan selama lebih kurang 15 minit.

 

Petua hilangkan kahak bayi dengan daun sireh

Adakalanya alam semula jadi merupakan kaedah terbaik untuk dijadikan sebagai sumber rawatan. Anda boleh menggunakan daun sireh sebagai petua hilangkan kahak bayi. Haaa, pastikan anda memilih daun yang betul, okay? Jangan tersalah daun kaduk pulak!

Cara mencuba petua ini adalah dengan:

  1. Melayurkan daun sireh kepada api dapur atau lilin.
  2. Disaran untuk menggunakan dua helai daun, satu untuk bahagian dada dan satu untuk bahagian belakang badan bayi.
  3. Selesai melayur daun, sapukan balm atau Vicks pada daun dan letakkan daun tersebut pada dada dan bahagian belakang badan si kecil.

 

Guna ubat titis hidung

Jika keadaan kahak yang dialami oleh si kecil agak teruk, anda mungkin boleh menggunakan nasal saline drops bagi menghilangkan kahak dan selesema pada bayi.

Tetapi sebelum menggunakan kaedah ini, pastikan anda mendapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor, okay?

 

Hilangkan kahak bayi dengan tepuk percussion

Kaedah ini boleh dilakukan di rumah tetapi anda perlu mengetahui cara yang betul untuk melakukannya. Sebelum mencuba teknik ini, pastikan si kecil tidak minum susu dalam tempoh masa 30 minit hingga sejam. Ia adalah untuk menghindari bayi daripada muntah.

Teknik yang perlu dilakukan:

  1. Letakkan anak dalam posisi meniarap dan di letakkan bantal di bawah perut si manja.
  2. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan pastikan keadaan kaki mereka lurus.
  3. Bentukkan tapak tangan seperti cupping dan tepuk belakang anak secara perlahan dan tidak terlalu kuat.
  4. Lakukan tepukan percussion ini untuk tempoh selama 15 minit, kemudian gerakkan tepukan ke kiri dan ke kanan badan anak. Ia bertujuan untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru.
  5. Selesai menepuk, bayi biasanya akan terbatuk atau bersin sehingga mengeluarkan kahak.

 

Guna terapi stim

Cara hilangkan kahak bayi ini adalah lebih kurang sama seperti mandian wap, cuma ia tidak perlu dilakukan di dalam bilik air.

Kaedah melakukannya adalah seperti:

  1. Letakkan air panas di dalam bekas atau baldi. Anda boleh meletakkan bawang putih atau lemon di dalamnya, jika mahu.
  2. Pegang anak dengan erat pada bahagian tangan dan muka. Halakan muka si kecil ke arah wap air tersebut.
  3. Gunakan kain bersih untuk menutup kepada anak bagi memerangkap haba.
  4. Selepas itu, alihkan bekas atau baldi tersebut.
  5. Tepuk bahagian tepi dada kiri dan kanak si kecil selama satu minit. Anda boleh melakukan teknik tepuk percussion.
  6. Ulangi langkah ini supaya kahak akan keluar dengan lebih banyak.

 

Guna gas nebulizer

Kaedah ini biasanya dilakukan kepada bayi atau kanak-kanak yang mengalami batuk yang akan teruk sehingga mengalami wheezing atau berdehit ketika bernafas.

Fungsi gas nebulizer adalah untuk mencairkan kahak.

 

Sedut kahak guna syringe

Merujuk kepada chkd.org, boleh sahaja sedut kahak dan lendiran itu guna syringe atau apa-apa jenis nasal aspirator atau sucker.

Kenapa?

Ini kerana bayi masih lagi belum pandai menghembus hidungnya. Jadi anda perlu menggunakan jarum suntik atau syringe untuk mengeluarkan lendir yang berlebihan.

Sediakan semangkuk air paip untuk membersihkan syringe tersebut.

Pastikan cuba tangan sebelum dan selepas guna.

 

Cara sedut kahak bayi guna mulut

Anda sudah cuba semua, tapi masih lagi ada kahak?

Cubalah ini sebagai jalan alternatif. Hanya untuk ibu bapa yang tidak geli.

Tapi, bukankah anak sendiri? Buat apa nak geli?

Caranya begini:

  • Pastikan anak dalam keadaan selesa
  • Rapatkan mulut dengan hidung anak
  • Sedut sehingga keluar
  • Ludah kahak yang keluar tadi
  • Anak akan menangis, pujuk dia baik-baik

Kenapa perlu sedut hidung, bukan mulut?

Kalau sedut di mulut, susah. Menggelupur anak itu nanti.

Cuba sedut hingusnya di hidung. Itu lebih mudah.

 

Akhir kata

Cara keluarkan kahak bayi

Bukan semua kaedah atau cara hilangkan kahak bayi yang dikongsikan di atas akan berjaya, namun sebagai ibu bapa, tidak salah untuk mencubanya sebagai ikhtiar, bukan? Siapa tahu, cara tersebut dapat membantu mengatasi masalah kahak si kecil.

Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba sebarang cara atau teknik di atas, pastikan anda mendapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Untuk orang dewasa, boleh rujuk cara hilangkan batuk dan gatal tekak juga.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara membuang kahak bayi
  • Cara menghilang kahak bayi
  • sedut kahak bayi

Leave a Comment