Cara Hilangkan Batuk Berkahak (Guna Petua Tradisional)


Jika anda mencari macam mana cara hilangkan batuk berkahak, sila baca petua tradisional seperti di bawah.

Sedikit mengenai batuk berkahak

Selsema dan batuk berkahak sering dikaitkan dengan jangkitan kuman dalam saluran pernafasan mereka.

Orang yang tersentuh atau terkena kawasan yang mudah untuk dijangkiti kuman seperti kawasan berdebu, bau asap rokok, kotoran atas tanah dan lain-lain, juga berdepan dengan risikon untuk dijangkiti.

Cara hilangkan batuk berkahak

Cara hilangkan batuk berkahak

Hilangkan batuk berkahak dengan kunyit

Kunyit merupakan ubat tradisional bagi merawat selsema dan batuk.

Bukan itu sahaja, apabila anda sapu kunyit pada batang hidung dan dahi, hingus lama-kelamaan akan kering dan sekaligus mengurangkan kahak yang berada dalam kerongkong anda.

Anda dinasihatkan untuk cuba beberapa kali sebelum melihat hasil keputusannya.

 

Hilangkan batuk berkahak dengan bawang

Bawang bertindak sebagai penyerap bakteria yang terdapat di udara.

Oleh itu, potongan bawang putih dan bawang merah yang diletakkan di dalam satu bekas berhampiran dengan tempat tidur anda boleh mengurangkan dan lama-kelamaan menghilangkan selsema dan juga batuk.

Ia merupakan petua tradisional yang telah menunjukkan hasil yang positif dalam menghilangkan selsema dan batuk berkahak.

 

Hilangkan batuk berkahak dengan madu

Madu merupakan raja segala ubat. Bagi merawat batuk berkahak, anda hanya perlu campurkan madu dengan limau nipis atau limau kasturi dalam satu sudu besar.

Setelah ianya sebati, telan.

Insya-Allah batuk anda akan berkurangan dan hilang dalam masa beberapa jam.

 

Bersihkan debu dalam bilik dan rumah

Bilik dan rumah yang bersih memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan anda.

Debu yang terkumpul merupakan punca utama bayi dan kanak-kanak di dalam rumah menghidap selsema dan mengalami batuk.

Bersihkan bilik, pakaian dan rumah anda secara berkala supaya jumlah debu dan habuk terkumpul dalam rumah anda dapat dikurangkan.

 

Pasangkan pembersih udara

Pengaliran udara yang baik akan mengurangkan dan menghilangkan selsema dan batuk .

Pasangkan alat penapis udara bagi mendapatkan pengaliran udara yang baik yang sekaligus akan meningkatkan kesihatan isi rumah anda.

Mungkin perlu keluar sedikit modal untuk beli pembersih udara. Namun, percayalah. Ia sesungguhnya berbaloi.

 

Sapu minyak masak

Antara cara lain untuk meredakan batuk berkahak ialah menggunakan minyak masak.

Kedengaran pelik bukan?

Minyak masak bukan sahaja untuk kegunaan di dapur malah ianya boleh digunakan untuk menghilangkan batuk anda.

Hanya sapukan minyak masak dalam kuantiti yang kecil pada dada.

 

Mandian lemon

Petua yang dapat menghilangkan batuk secara mandian ini dapat keringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian.

Bau lemon ini dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi terutamanya apabila dimandikan dengan air suam atau panas.

 

Minum air suam

Mengikut Kandang Kerbau Hospital di Singapura, selalunya gejala-gejala batuk berkahak akan menjadi lebih baik tanpa memerlukan sebarang ubat. Jika anak anda yang batuk, hanya perlu pastikan anak mendapat banyak rehat dan sentiasa dalam keadaan hangat.

Rawatan terbaik tanpa ubat untuk batuk termasuk minum banyak air, terutamanya minuman panas untuk meredakan tekak.

 

Guna titisan air garam

Sumber dari Kandang Kerbau Hospital juga menyatakan, bagi bayi dengan hidung tersumbat, gunakan titisan air garam atau garam.

Juga boleh gunakan secaran semburan untuk melembapkan saluran hidung dan melonggarkan lendir. Kemudian bersihkan hidung dengan jarum suntik, iaitu juga dipanggil syringe.

 

Akhir kalam

Punca batuk berkahak

Kesimpulannya, terdapat pelbagai petua dan ubat tradisional yang boleh anda cuba bagi merawat batuk berkahak yang dialami oleh anda sebelum anda menetapkan temujanji dengan doktor.

Menggunakan tips dan petua tradisional, jangan terlalu berharap agar sakit itu hilang dengan cepat. Sila berjumpa doktor di klinik berhampiran jika batuk menjadi semakin teruk.

Semoga petua-petua dan cara hilangkan batuk berkahak di atas bermanfaat dalam meredakan batuk berkahak.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment