Cara Hapuskan Anai Anai Dalam Rumah (Halau, Basmi & Bunuh)


Rasa tak selesa dan jadi marah juga bila banyak perabot dan bahagian dalam rumah yang rosak dek serangga perosak ini. Jadi, bagaimana cara hapuskan anai anai, yang ada di dalam dan luar rumah?

Usah bimbang, kami akan kongsikan cara untuk basmi, halau dan kata-kata yang lebih keras lagi, bunuh anai-anai itu.

Langkau artikel ini untuk cara menghapuskan cicak, semut dan tikus.

Sedikit mengenai anai-anai

Menurut Wikipedia, anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil termite.

Di Malaysia, ada tiga spesis anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya spesis Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.

Anai anai makan kayu

Memandangkan makanan utama anai-anai ialah kayu, jadi kawasan rumah kita boleh dianggap seperti zon merah, apabila perabut ataupun sebarang obek di rumah yang diperbuat daripada kayu mudah terdedah kepada anai-anai. Kebiasaannya, serangan haiwan ini tidak disedari kerana ia tidak memakan bahagian luar kayu.

Sebagai contoh, apabila ia berjaya memasuki kedalam rumah, kehadirannya tidak disedari dalam jangka waktu tertentu. Hal ini kerana, mereka menyembunyikan kehadirannya dengan bergerak di belakang struktur kayu.

Ia menyerang kawasan rumah mahupun bangunan melalui retakan asas dalaman dan juga jurang di antara lantai dan dinding. Selain daripada itu, saluran elektrik, saluran paip serta saluran kabel telefon merupakan laluan bagi anai-anai untuk menembusi ke dalam rumah mahupun bangunan.

Anda boleh mengupah perkhidmatan daripada syarikat kawalan serangga untuk menghalau anai-anai dari rumah anda, tetapi sudah semestinya akan melibatkan kos yang agak tinggi.  Anda boleh mencegahnya sendiri, tetapi pertama sekali anda perlu mengetahui tanda-tanda kehadiran anai-anai di rumah anda.

Tanda rumah ada anai anai

Laluan anai anai

Anda boleh mengesan kehadiran anai-anai dengan mudah apabila melihat laluan anai-anai pada dinding rumah ataupun ia dikenali sebagai terowong anai-anai.

Ia biasanya muncul pada kerangka pintu atau kerangka tingkap, skirting lantai atau pada perabot. Laluan ini selalunya bersaiz kecil sahaja seperti saiz pensel.

Terowong atau laluan anai-anai yang dimusnahkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan waktu yang singkat.

 

Perubahan tekstur warna

 

Sekiranya anda mendapati terdapat perubahan warna pada lantai parquet mahupun kerangka pintu atau tingkap dan sebagainya, ini jelas menujukkan kehadiran anai-anai pada tempat tersebut.

Contohnya, warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

 

Ada rekahan atau lubang dalam rumah

Jika terdapat rekahan mahupun lubang pada lantai atau tempat yang biasa dihinggapi anai-anai, ambil pemutar skru dan cucuk pada tempat tersebut.

Ketuk perlahan-lahan untuk mengesan pada lubang kayu itu.

Bezakan bunyi yang yang keluar dari ketukan itu. Ataupun jika terdapat selut berpasir, sah anai-anai sedang membiak.

 

 

Kehadiran kelkatu

Anda boleh mengesan kehadiran anai-anai ialah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu seperti yang dinyatakan di atas.

Kelkatu biasanya akan keluar dari kawasan sarangnya untuk membina koloni yang baru.

 

Cara hapuskan anai anai

Cara hapuskan anai anai

Walaupun ada kaedah moden, kami masukkan juga petua tradisional orang lama. Mudah-mudahakan, berkesan.

Garam dapur

Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja.

Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.

 

Air kapur sireh

Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.

 

Hapuskan anai anai guna air cucian beras

Air pertama dari basuhan beras juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya hanya sembur atau siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.

 

Guna minyak tanah

Kebiasaannya orang guna minyak tanah untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah.

 

Hapuskan anai anai guna tembakau

Penggunaan tembakau juga dapat menghalau anai-anai dari rumah. Caranya anda perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.

 

Jemur di tempat panas

Anai-anai suka berada ditempat yang lembap dan terlindung. Jika anda mempunyai perabot rumah yang dihuni oleh haiwan perosak ini, jemur perabot tersebut dibawah sinar matahari.Jemur perabot tersebut berulang kali sehingga anai-anai keluar.

 

Guna racun anai anai

Caranya cukup mudah.

Anda beli sahaja racun anai-anai di pasaran, termasuk jenis organik yang tidak membahayakan. Pastikan racun tersebut diguna pakai mengikut aturan.

Mohon maaf kerana kami tidak ada cadangan untuk racun anai anai terbaik di pasaran. Kami sarankan anda pergi ke mana-mana kedai hardware untuk penerangan lebih lanjut.

 

Hubungi syarikat pest control

Antara pilihan terakhir selain daripada menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak.

Daripada anda buat sendiri petua yang mungkin tidak menjadi, dan tidak berani untuk buat racun sendiri yang mungkin membahayakan keluarga, lebih baik hubungi syarikat pest control.

Mereka lebih arif.

Yang lebih penting, syarikat kawalan serangga seperti ini ada menawarkan warranty selama beberapa tahun.

Jika anai-anai masih lagi datang selepas rawatan, anda boleh panggil mereka semula untuk buat sekali lagi.

 

 

Akhir kalam

Racun anai anai

Sebelum panggil syarikat pest control, cuba dahulu petua dan cara hapuskan anai anai secara tradisional terlebih dahulu.

Lakukannya sekarang sekiranya rumah anda terdapat tanda-tanda laluan anai-anai.

Segera lakukannya untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan pada barangan kayu ataupun perabt berasaskan kayu di rumah anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • pkai hapus anai2

Leave a Comment