Cara Guna Pregnancy Test Kit (Jenis Strip, Casette & Clearblue Digital)


First-timer memang begitu. Memang tak reti nak guna pregnancy kit yang dibeli di farmasi. Jadi, jika anda inginkan kepastian, izinkan kami kongsikan cara guna pregnancy test bagi memudahkan pemahaman anda.

Persediaan / Pra-Syarat

  • Anda perlu tunggu 1 hingga 2 minggu selepas haid/period pertama anda terlepas.
  • Pengiraan tarikh haid yang salah boleh menjejaskan ujian anda.
  • Anda juga perlukan menggunakan air kencing yang pertama sebagai sampel ujian sejurus anda bangun dari tidur.
  • Air kencing anda adalah paling pekat pada waktu pagi setelah anda bangun tidur (hCG paling tinggi).
  • Hormon hCG merupakan hormon kehamilan.
  • Anda juga boleh baca artikel berkenaan masalah kerap kencing terutamanya bagi bakal ibu seperti anda
  • Sila baca artikel ini untuk mengetahui punca kencing kotor.

Cara guna pregnancy test

Terdapat empat jenis cara yang anda boleh guna untuk semak tanda anda mengandung.

#1 Cara guna pregnancy test jenis strip

Berikut merupakan panduan guna pregnancy test jenis strip. Caranya seperti di bawah.

  1. Pastikan anda semak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test sebelum menggunakannya.
  2. Baca risalah arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
  3. Lakukan test di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
  4. Anda boleh kumpulkan kencing anda dalam satu cawan plastik
  5. Celupkan strip secara menegak ke dalam sampel kencing anda selama 10-15 saat.
  6. Pastikan tidak melebihi line maksimum.
  7. Letakkan strip tersebut pada tempat yang bersih, rata, kering.
  8. Keputusan boleh dibaca dalam 3 minit.
  9. Sekiranya ada 2 tanda berwarna bermaksud keputusan anda positif (mengandung).

 

#2 Jenis casette

Cara guna pregnancy test jenis casette adalah seperti di bawah.

  1. Pastikan anda semak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test sebelum menggunakannya.
  2. Baca risalah arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
  3. Lakukan test di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
  4. Anda boleh kumpulkan kencing anda dalam satu cawan plastik
  5. Titiskan 3 hingga 5 titik urine anda menggunakan dropper pada tempat yang disediakan pada bahagian pregnancy test jenis casette ini.
  6. Letakkan indikator tersebut pada tempat yang bersih, rata, kering.
  7. Keputusan boleh dibaca dalam beberapa saat.
  8. Sekiranya ada 2 tanda berwarna bermaksud keputusan anda positif (mengandung).

 

#3 Cara guna pregnancy test jenis Clearblue

Berikut merupakan contoh pregnancy test jenama Clearblue. Anda juga boleh menggunakan jenama lain tapi caranya sama seperti di bawah.

  1. Pastikan anda semak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test sebelum menggunakannya.
  2. Baca risalah arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
  3. Lakukan test di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
  4. Anda boleh kumpulkan kencing anda dalam satu cawan plastik atau terus letakkan bahagian mudah serap menghala ke bawah aliran kencing anda selama 5 saat.
  5. Kemudian, masukkan kembali tudung indikator pregnancy test tersebut.
  6. Letakkan indikator tersebut pada tempat yang kering dan secara mendatar.
  7. Pastikan bahagian mudah serap sentiasa hala ke bawah sepanjang ujian diambil.
  8. Keputusan boleh dibaca selepas 3 minit.
  9. Sekiranya ada tanda tambah bermaksud anda mengandung.
  10. Tapi, sekiranya ada tanda tolak membawa maksud anda tidak mengandung.
  11. Anda rujuk pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan pregnancy test jenis Clearblue.
  12. Anda boleh dapatkan pregnancy test jenis Clearblue ini di Shopee, Watsons dan Guardian.

 

#4 Clearblue jenis digital

Berikut merupakan panduan guna pregnancy test jenis digital jenama Clearblue. Caranya seperti di bawah:

  1. Pastikan anda semak tarikh tamat tempoh pakej pregnancy test sebelum menggunakannya.
  2. Baca risalah arahan yang diberi sebelum menggunakannya.
  3. Lakukan test di waktu pagi pada air kencing pertama sejurus anda bangun dari tidur.
  4. Anda boleh kumpulkan kencing anda dalam satu cawan plastik atau terus letakkan bahagian mudah serap menghala ke bawah aliran kencing anda selama 5 saat.
  5. Kemudian, masukkan kembali tudung indikator pregnancy test tersebut
  6. Letakkan indikator tersebut pada tempat yang kering dan secara mendatar.
  7. Pastikan bahagian mudah serap sentiasa hala ke bawah sepanjang ujian diambil.
  8. Keputusan boleh dibaca selepas 3 minit.
  9. Anda boleh dapatkan pregnancy test jenis Clearblue ini di Shopee, Watsons dan Guardian

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara guna pregnancy test telah memudahkan lagi urusan anda.

Sekiranya anda tidak pasti dengan keputusan yang diperoleh daripada pregnancy test, anda boleh terus berjumpa dengan doktor pakar sakit puan bagi pengesahan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment