5 Cara Elak Hamil (Bagi Pasangan Suami Isteri Yang Belum Bersedia)

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga semestinya mengimpikan untuk mempunyai anak. Namun, ada yang pasangan yang memilih cara elak hamil kerana belum bersedia menggalas tanggungjawab menjadi ibu bapa dalam waktu yang singkat.

Pekara ini sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan jika ada pasangan suami isteri yang ingin merancang terlebih dahulu. Mana-mana pasangan juga mempunyai cara masing-masing untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai cara elak hamil bagi pasangan suami isteri yang belum bersedia.

Mari ikuti perkongsian kami.

5 cara untuk elak hamil

Berikut merupakan cara-cara untuk elak hamil bagi pasangan suami isteri yang ingin tahu.

1. Memakai sarung getah ketika berhubungan suami isteri

Jika kita lihat pada cara elak hamil ini, ia menyatakan untuk memakai kondom atau sarung getah. Kondom atau sarung getah adalah merupakan alat pencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti AIDS dan Siflis.

Sarung getah ini berfungsi untuk menampung dan menghalang air mani daripada memasuki bahagian kelamin isteri.

Memakai kondom merupakan salah satu cara yang diyakini untuk elak hamil kerana ia telah diuji secara saintifik dan selamat digunakan. Anda juga masih boleh merasakan kenikmatan ketika bersama tanpa perlu rasa risau.

Tambahan lagi, pemakaian kondom adalah sangat mudah untuk digunakan ketika bersama.

Kondom ini dijual dalam pelbagai jenis dan saiz mengikut kesesuaian dan cita rasa anda. Anda boleh membeli kondom di mana-mana farmasi, drugstore, atau pembelian secara atas talian melalui aplikasi beli-belah di telefon pintar anda.

 

2. Makan pil pencegahan kehamilan untuk isteri yang elak hamil

Untuk mencegah kehamilan, bukan suami sahaja yang harus mencari cara elak hamil. Tetapi, untuk isteri juga anda boleh mengambil pil pencegahan kehamilan. Ini adalah salah satu cara yang mudah, jimat masa, dan tenaga untuk dicuba.

Namun begitu, pengambilan pil cegah hamil ini mesti diambil secara konsisten. Anda harus sentiasa alert dan tidak boleh mengamalkan sikap hentam kromo. Jika anda main redah sahaja makan pil dengan tidak teratur, anda mungkin masih boleh hamil.

Sia-sia sahajalah usaha anda.

Pil ini selalunya mesti diambil setiap hari dan mengikut waktu yang anda telah tetapkan. Namun, sila rujuk pek bungkusan pil terlebih dahulu sebelum mengambil pil tersebut.

Sebagai tambahan, sebelum anda ingin mengambil pil cegah hamil ini. Anda boleh hadir ke mana-mana klinik atau hospital untuk mendapat nasihat doktor sebagai langkah keselamatan dan penjelasan yang lebih terperinci.

 

3. Jangan melakukan hubungan intim semasa hari ovulasi isteri

Bagi pasangan suami isteri yang ingin mencuba cara elak hamil. Pastikan anda sentiasa peka dengan sebarang perubahan yang berlaku. Sebagai contoh ialah hari di mana perempuan biasanya akan terjadi Ovulasi.

Ovulasi ini kebiasaannya akan berlaku 3 hingga 5 hari setelah haid. Ada juga sesetengah perempuan yang mengalami proses Ovulasi 14 hari selepas haid. Hari di mana berlakunya proses Ovulasi ini adalah waktu yang subur untuk hamil. Jadi kepada pasangan yang mahu mendapatkan anak, anda boleh bersama pada waktu Ovulasi.

Untuk pasangan yang elak hamil, jangan bersama pada hari Ovulasi isteri anda. Salah satu cara mudah untuk memastikan pasangan suami isteri sentiasa peka dengan perubahan ini ialah dengan memuat turun aplikasi haid di telefon pintar anda.

Aplikasi tersebut akan mencatatkan hari datang bulan, waktu subur, waktu peluang rendah untuk hamil, dan banyak lagi. Selamat mencuba.

 

4. Suami jangan lakukan ejakulasi ke dalam kemaluan isteri

Mungkin cara elak hamil ini nampak macam familiar. Tetapi masih ramai lagi pasangan suami isteri yang elak untuk hamil masih gagal melakukannya. Salah satu cara yang sangat berkesan adalah jangan pancut ke dalam kemaluan isteri.

Ianya merupakan cara yang sangat mudah tanpa perlu menggunakan apa-apa alatan atau pengambilan ubat-ubatan.

Anda hanya perlu lakukan proses ejakulasi di luar kemaluan isteri ketika melakukan hubungan intim. Ini adalah untuk mengelakkan sperma dari bergabung dengan sel yang membentuk telur. Suami hanya perlu lebih berusaha untuk berjaya melakukannya.

Namun begitu, pastikan anda tidak duduk dalam posisi yang menyukarkan ketika berhubungan intim kerana jika ada sedikit air mani anda yang berjaya masuk. Isteri anda berisiko untuk hamil. Walaupun cara ini terbukti berkesan, tetapi keberkesanannya bergantung kepada keazaman suami isteri tersebut.

 

5. Isteri pakai alat perancang keluarga

Terdapat beberapa alat untuk mencegah kehamilan. Salah satunya ialah alat perancang keluarga IUD. Alat perancang ini adalah alat yang paling kerap digunakan untuk isteri yang ingin merancang atau mencegah kehamilan mereka.

Kelebihan memakai alat IUD ini adalah sesuai untuk anda yang tidak ada masa atau lupa untuk makan pil cegah hamil secara konsisten tetapi mahu mencegah kehamilan. Pemakaian alat ini adalah terbukti berkesan oleh kerana permintaannya yang tinggi di klinik-klinik atau hospital.

Alat ini akan dipasang di dalam rahim. Ia berbentuk T dan diperbuat daripada plastik. Alat ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Ia mampu berfungsi selama 5 tahun dan memerlukan pantauan khusus dari doktor kerana alat ini berisiko untuk terkena jangkitan.

Namun, ia adalah cara elak hamil yang diyakini dalam jangka masa yang lama. Maka anda tidak perlu risau untuk bersama tanpa memikirkan risiko untuk anda hamil.

 

Akhir kalam

Semua pasangan inginkan yang terbaik untuk rumah tangga mereka. Jadi buatlah pilihan yang tepat untuk kebahagiaan keluarga anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu pasangan yang belum bersedia dan ingin mengetahui cara elak hamil.

Sekadar berkongsi, bagi pasangan yang nak cepat ada anak dan mahu isteri cepat hamil, anda bolehlah belajar cara buat anak dengan betul supaya pengetahuan anda lebih luas dan kreatif.

Sesungguhnya manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment