Satu lagi inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA ialah pemberian Internet secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi di malaysia. Walaupun pemberian Internet percuma ini telah dimulakan sejak PKP, kini tempohnya disambung sehingga Disember 2020. Bagi yang tidak tahu, izinkan kami kongsi cara dapatkan Internet 1GB percuma dari Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan Unifi mobile.
Sedikit mengenai Internet Percuma PENJANA
Untuk makluman, data percuma sebanyak 1GB ini hanya bermula pada bermula 10 Jun hingga 31 Disember 2020.
Data ini juga hanya boleh digunakan dari jam 8.00am sehingga 6.00pm setiap hari.
Ini bermakna selepas penggunaan data percuma 1GB habis digunakan, anda akan menggunakan data sendiri.
Sila rujuk cara tebus Internet percuma mengikut syarikat telekomunikasi di bawah.
Kandungan
Cara dapatkan Internet percuma Celcom
Jenama di bawah Celcom adalah termasuk:
- Celcom
- Xpax
- Yoodo
Jadi, jika anda adalah salah seorang pengguna Celcom, Xpax atau Yoodo, anda tidak perlu buat apa-apa. Secara automatik, anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari.
Ini bermakna anda juga tidak perlu download Celcom Life apps atau SMS untuk mengaktifkan Internet percuma.
Cara tebus data 1GB Internet U Mobile
Ini adalah berita baik untuk semua pelanggan U Mobile. Sama seperti Celcom, anda akan menerima data percuma 1GB ini secara automatik.
Ini adalah terpakai untuk kedua-dua pengguna postpaid dan prepaid.
Cara dapatkan Internet percuma Maxis
Data percuma dari Maxis ini terbahagi kepada pelanggan postpaid dan prepaid.
Untuk pelanggan postpaid Maxis
1) Untuk pelanggan postpaid Maxis biasa
- Jika anda pengguna Maxis postpaid biasa, pastikan anda sudah muat turun aplikasi MyMaxis di App Store atau Google Play dalam telefon bimbit anda
- Klik aplikasi MyMaxis
- Klik pada Get More Data
- Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
2) Untuk pelanggan postpaid Maxis Biz
- Jika anda pengguna Maxis Biz, pastikan anda juga sudah muat turun aplikasi MyMaxis dalam telefon bimbit anda
- Sila rujuk pautan untuk ke App Store atau Google Play seperti di atas
- Klik aplikasi MyMaxis
- Klik pada Get More Data
- Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
3) Untuk pelanggan postpaid Hotlink Flex
- Jika anda pengguna Hotlink Flex, pastikan anda juga sudah muat turun aplikasi Hotlink Postpaid dalam telefon bimbit anda
- Pergi ke App Store atau Google Play untuk muat turun
- Klik aplikasi Hotlink Postpaid
- Klik pada Get More Data
- Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass
Selain itu, jika anda tidak mengunakan app MyMaxis atau Hotlink Postpaid, anda juga boleh claim data Internet percuma ini dengan dengan menelefon *100#.
Untuk pelanggan prepaid Maxis Hotlink
1) Untuk pelanggan prepaid Hotlink
- Jika anda pengguna Maxis Hotlink, pastikan anda sudah muat turun aplikasi Hotlink dalam telefon bimbit anda
- Jangan tersilap dengan aplikasi Hotlink Prepaid pula
- Muat turun dari App Store atau Google Play
- Klik aplikasi Hotlink
- Pilih tab ‘Shop’
- Aktifkan pass
- Selain itu, klik paparan selepas masuk ke dalam app Hotlink
- Pilih “Free 1GB Pass”
Cara claim data 1GB Internet Digi
Data percuma dari Digi ini hanya perlu diaktifkan sekali sahaja.
Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini dengan memuat turun aplikasi MyDigi.
Sila dapatkan dari:
- Apple App Store untuk pengguna iPhone
- Google Play Store untuk pengguna Android.
Untuk pelanggan postpaid Digi
- Jika anda pelanggan pascabayar Digi, anda perlu tebus gunakan app MyDigi
- Pastikan anda sudah muat turun aplikasi MyDigi dalam telefon bimbit anda
- Klik aplikasi MyDigi
- Klik di bahagian Reward
Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi > Rewards.
Untuk pelanggan prepaid Digi
- Jika anda pelanggan prabayar Digi, anda tidak boleh gunakan app MyDigi
- Sila dail *128# melalui telefon bimbit anda
- Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
Akhir kalam
Walaupun cara dapatkan data Internet percuma masih lagi belum dikeluarkan secara rasmi oleh syarikat telekomunikasi, kami berpendapat ia adalah sama dengan pengaktifan sebelum ini semasa PKP.
Kami akan kemaskini sekiranya terdapat apa-apa perubahan.
Kami juga menyambut baik dengan langkah kerajaan melalui inisiatif PENJANA yang sudi memberikan data percuma.
Walaupun sekadar 1GB sahaja setiap hari, ia semestinya dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Gunakalan data percuma ini dengan berhemah. Jangan buka yang bukan-bukan.
Semoga bermanfaat.
Please give me
Saya menggunakan digital prepaid next
Saya x de duit nk beli toupop
Saya xde duit nk beli toupop
Saya xde duit nk beli toipop
Bgi sya top up percuma blh lah
Nak GB percuma
Nak internet percuma
Nak 1gb
nak internet percuma