Cara Daftar Vaksin Covid AstraZeneca (Register Online & MySejahtera)

Cara Daftar Vaksin Covid AstraZeneca (Register Online & MySejahtera)

Setelah kian lama menunggu, akhirnya vaksin Covid tiba ke negara kita. Pasti ramai tertanya-tanya cara dapatkan vaksin tersebut, bukan? Mungkin ramai masih runsing dengan panduan pendaftarannya, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar vaksin Covid menggunakan aplikasi MySejahtera selaras dengan KKM. 

Persediaan

Pastikan anda telah download aplikasi MySejahtera ke dalam telefon anda.

Sekiranya anda masih belum berdaftar sebagai pengguna My Sejahtara, sila daftar MySejahtera terlebih dahulu.

Anda perlu berdaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum teruskan ke proses pendaftaran bagi Covid vaccine. Selain itu, jika anda mempunyai perniagaan, anda juga menggunakan aplikasi MySejahtera untuk syarikat.


1. Cara daftar vaksin AstraZeneca guna My Sejahtera

Berikut merupakan cara daftar bagi vaksin Covid menggunakan aplikasi MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera yang telah anda muat turun dan berdaftar sebagai pengguna.
  2. Klik Close yang berada di sebelah kanan atas aplikasi ini.
  3. Kemudian, klik pada ikon jarum suntikan COVID-19 Vaccination.
  4. Klik pada Vaccine for (nama anda).
  5. Sahkan nama, MyKad dan MySJ ID anda
  6. Klik Confirm.
  7. Sekiranya ada maklumat yang perlu dikemaskini, klik Edit.
  8. Pop-up Are you sure? akan terpapar.
  9. Kemudian, klik Ok.
  10. Klik Next bagi mengetahui sekiranya anda telah berjaya daftar ke dalam program vaccine.
  11. Anda akan diberitahu yang We are currently in phase 1 of the vaccination program for frontliners.
  12. Klik pada CLICK HERE bagi memberikan maklumat tambahan bagi proses pendaftaran Covid vaccine.
  13. Anda perlu jawab beberapa soalan seperti berikut:
    • Adakah anda berminat untuk menerima vaksin COVID-19?
    • Adakah anda mempunyai sejarah penyakit?
    • Adakah anda mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU)?
    • Bagi setiap soalan seperti di atas, anda perlu jawab Ya/Tidak sahaja.
  14. Kemudian, klik Submit.
  15. Cara daftar anda bagi Covid vaccine telah dikemaskini dan berjaya.
  16. Jangan lupa untuk buka paparan notifikasi bagi aplikasi MySejahtera. (turn on your push notification for Mysejahtera App)

 

2. Daftar vaksin Covid AstraZeneca di JKJAV

Selain menggunakan MySejahtera, anda juga boleh mendaftar melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

  1. Layari laman web JKJAV di sini: https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
  2. Isikan maklumat berikut:
    • Nama
    • Umur
    • No Kad Pengenalan / No Passport
    • Sahkan No Kad Pengenalan / No Passport
    • No Telefon
    • Sahkan No Telefon
    • Negeri
    • E-mel
  3. Pilih “Ya” jika betul berminat untuk menerima vaksin Covid-19
  4. Pilih “Ya” atau “Tidak” berkenaan soalan tentang penyakit
  5. Pilih “Ya” atau “Tidak” berkenaan soalan tentang status OKU
  6. Masukkan Alamat Rumah
  7. Tekan butang Hantar

 

Akhir kalam


Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar Covid vaccine menggunakan aplikasi MySejahtera telah memudahkan lagi urusan anda.

Jemput baca artikel ini bagi mengetahui cara lain untuk register sebagai penerima vaksin Covid selain berdaftar di MySejahtera.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Daftar Vaksin Covid AstraZeneca (Register Online & MySejahtera)

Leave a Comment