Cara Daftar UPU, Kemasukan Sesi 2020 (Pendaftaran Online)


Sebagai seorang lepasan SPM, kini pasti anda sibuk mencari informasi bagaimana cara daftar UPU secara online bukan? Selepas daftar, barulah boleh buat permohonan.

Usah bimbang, kami akan kongsikan cara daftar dan buat permohonan secara online di upu.moe.gov.my.

Sedikit mengenai UPU

UPU bermaksud Unit Pusat Universiti. Semua pelajar lepasan SPM/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan kenal dengan akronim ini.

UPU merupakan salah satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam(UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Insititut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Selain itu, UPU juga berperanan menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

Cara daftar UPU 2020

Cara daftar UPU online

Pendaftaran UPU 2020 memerlukan anda  daftar akaun baru. Untuk kemasukan baru ini, permohonan hanya boleh dibuat setelah pendaftaran selesai.

  1. Sila pergi ke laman UPU Online di sini: https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login
  2. Isikan No Kad Pengenalan / Mykad
  3. Pastikan nombor kad pengenalan adalah betul
  4. Isikan Nama Ibu
  5. Pilih Soalan Keselamatan 1:
    • Apakah nama sekolah pertama anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Siapakah nama ayah anda?
    • Apakah nama haiwan kegemaran anda?
  6. Masukkan jawapan untuk Soalan Keselamatan 1 yang diberi
  7. Sekarang, untuk meneruskan cara daftar UPU, pilih Soalan Keselamatan 1:
    • Apakah nama sekolah pertama anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Siapakah nama ayah anda?
    • Apakah nama haiwan kegemaran anda?
  8. Anda tidak boleh pilih soalan yang sudah dijawab dalam Soalan Keselamatan 1 tadi.
  9. Masukkan jawapan untuk Soalan Keselamatan 2 yang diberi
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Pastikan password yang dipilih sukar untuk di hack.
  12. Sahkan Kata Laluan tadi
  13. Klik daftar
  14. Proses pendaftran UPU anda kini sudah selesai.

 

Permohonan UPU 2020

Setelah selesai pendaftaran seperti panduan di atas, barulah anda boleh ikut langkah seterusnya untuk buat permohonan UPU 2020.

Bersiap sedialah dengan daftar & buka akaun BSN. Sekiranya anda masih lagi belum beli nombor pin, sila baca cara beli no pin UPU di BSN terlebih dahulu.

 

Akhir kalam

Pendaftaran UPU online 2020

Kami harap, dengan perkongsian cara daftar UPU ini akan memudahkan proses pendaftaran dan permohonan anda.

Janga risau tentang semakan keputusan UPU. Siapkan dulu permohonan.

Sementara itu, carilah kerja sambilan seperti jadi Lalamove rider dan Foodpanda rider untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan.

Jangan lupa berdoa agar dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment